jiran sekeliling. jiran-jiran sekeliling. adakah kedua-duanya betul? terima kasih. | Frasa "jiran sekeliling" adalah betul kerana perkataan jiran bermaksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri dan membawa makna jamak. | Tatabahasa | 17.02.2012 |
1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ... | 1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ... Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektof dan frasa sendi nama. Ayat yang betul; ...alam sekitar ialah alam di sekeliling kita...; dan ...alam sekitar ialah anugerah Tuhan kepada kita.... | Tatabahasa | 10.05.2013 |
Ayat manakah yang betul. Susun semula perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. atau Susun perkatan-perkataan di bawah semula supaya menjadi ayat yang betul. sana, dalam, situ, sini, antara merupakan kata nama arah. adakah 'sekeliling' juga tergolong dalam kata nama arah. contohnya : di dalam kotak, di luar kotak, di sekeliling kotak. Minta penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Yang betul ialah susun semula perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. Perkataan di sekeliling merujuk tempat yang bermaksud kawasan persekitaran. | Tatabahasa | 12.07.2010 |
Rangsangan: Terdapat pelbagai medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis. Antaranya termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Soalan: Dalam perkataan “antaranya’, -nya merujuk kepada pelbagai medium. Adakah penggunaan -nya ini gramatis? | Penggunaan "nya" dalam contoh tersebut tidak gramatis kerana "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sepatutnya ayat tersebut ditulis "Antara medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka." | Tatabahasa | 16.04.2012 |
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul. | Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada ayat-ayat di bawah terdapat kesilapan tatabahasa. 1. Beberapa orang wanita berbual-bual sambil duduk di atas kerusi. 2. Beberapa orang budak lelaki menunggang basikal di sekeliling taman rekreasi. 3. Aku juga berkenalan kawan-kawan lain. Terima kasih atas khidmat nasihat yang diberi. | 1. Beberapa orang wanita berbual-bual sambil duduk di atas kerusi. 2. Beberapa orang budak lelaki menunggang basikal di sekeliling taman rekreasi. 3. Aku juga berkenalan kawan-kawan lain. Ayat no. 1 dan no. 2 betul. Ayat no.3 : Aku berkenalan dengan kawan-kawan baru. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
1. Ibu dan ayah (besar hati / lapang dada) apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini. 2. Mak Limah sedang (memercikkan) air mawar (pada) pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin. 3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat (oleh) kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu. 4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci (punca) merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang. 5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). 6. A Pak Mat memagarkan di sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. B Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (Salah) C Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Adakah A dan C juga betul? Bagaimanakah pula bentuk ayat jika kata memagari digunakan? 7. Polis itu berjaya (memerangkap) penyeluk saku yang sedang (berkeliaran) di kawasan perhentian bas itu. 8. Raju (masih sedang) membaiki basikalnya yang (rosak) itu (sehingga) (terlupa untuk) makan tengah hari. 9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. 10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas. | 1. Ibu dan ayah besar hati apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini. 2. Mak Limah sedang memercikkan air mawar kepada pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin. 3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat oleh kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu. 4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci punca merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang. 5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). - Penggunaan kata kental tidak sesuai dalam ayat ini. 6. (B) Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (C) Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Memagari bermaksud membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling) dan meagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar. 7. Polis itu berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang berkeliaran di kawasan perhentian bas itu. 8. Raju sedang membaiki basikalnya yang rosak itu sehingga terlupa makan tengah hari. 9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. - Memperakukan tidak sesuai dari aspek semantik dalam ayat ini. 10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas. - Perkataan sarat tidak sesuai dalam ayat ini. Untuk melihat adakah perkataan itu sesuai atau tidak dalam ayat, sila rujuk kamus atau layari www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 14.05.2012 |
Apakah terjemahan 'stakeholders' di dalam bahasa melayu? Stakeholders di sini bermaksud pihak-pihak yang terlibat di dalam menjayakan sesebuah perniagaan seperti pelanggan, kakitangan, pemegang saham, pembekal dan masyarakat di sekeliling. Saya menterjemahkannya sebagai 'Rakan-rakan niaga'. Adakah terjemahan ini boleh diterima pakai? Terima kasih. | Encik Rusman, Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan secara harfiah dalam bahasa Melayu kata stakeholder (leg.) pemegang amanah harta/pemegang saham. Walau bagaimanapun, stakeholders yang dimaksudkan oleh tuan dalam konteks perniagaan/ekonomi, iaitu "pihak berkepentingan" dalam sesebuah syarikat atau organisasi sama ada yang terlibat secara langsung atau sebaliknya. Oleh itu. cadangan tuan "Rakan Niaga" tidak dapat diguna pakai dalam konteks ini kerana membawa maksud atau interpretasi yang berbeza. Kami mengucapkan terima kasih atas cadangan istilah ini. | Istilah | 30.03.2009 |
Apakah kejayaan dan kegemilangan Bahasa Melayu sepanjang 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan? | Sdr. Nieeza, kejayaan dan kegemilangan Bahasa Melayu sepanjang 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan terlalu banyak.Pandanglah sekeliling anda berapa ramai ahli korporat yang telah menempa nama sebagai ahli korporat melalui sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Jadi untuk mendapatkan maklumat yang lebih banyakkanlah membaca buku sejarah tentang pembangunan negara dan juga kejayaan yang telah dicapai oleh negara semenjak negara mencapai kemerdekaan. Hanya itulah cara yang dapat memberikan maklumat yang banyak tentang kejayaan negara dan kegemilangan bahasa Melayu sepanjang 50 tahun yang lalu .Terima kasih. | Lain-lain | 12.09.2007 |
Apakah maksud "alam sekitar" menurut Kamus Dewan? | Maksud alam sekitar dalam istilah ialah alam sekitar fizikal sebuah kawasan. (2) Persekitaran sebuah sistem kebudayaan, kestabilan politik dan ekonomi yang mempengaruhi perkembangan dan kehidupan seseorang. Merujuk Kamus Dewan alam ialah dunia, bumi. Sekitar pula ialah sekeliling. Harap maklum. | Makna | 04.08.2008 |