Puan Rosmawar mengambil beberapa batang serai dan seketul kunyit hidup di belakang rumahnya. Soalannya penjodoh bilangan kunyit bolehkah kita menggunakan ketul dalam ayat ini? | Ketul ialah penjodoh bilangan untuk benda yang berketul, contohnya seketul tanah. Mengambil contoh seketul tanah maka bolehlah digunakan seketul kunyit dalam bentuk ketulan yang digali daripada dalam tanah. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
salam.apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk batu.sebiji atau seketul?Atau kedua-duanya boleh digunakan?tq | Sebiji batu dan seketul batu, kedua-duanya betul. Jika dalam saiz yang kecil lazimnya digunakan sebiji batu dan jika dalam bentuk gumpalan seperti tanah boleh digunakan seketul batu. | Tatabahasa | 10.08.2011 |
1.Lelaki itu jatuh...............apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar A.terduduk B.tersandar C.terjelepok D terperosok tolong berikan jawapan yang tepat tuan? | Lelaki itu jatuh terjelepok apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar. Perkataan terjelepok lebih sesuai kerena bermaksud jatuh terduduk. | Tatabahasa | 26.04.2011 |
Salam, betulkah penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat ini? - Chu Yong menyorok di belakang seketul batu besar. Terima kasih. | Jika dalam saiz yang kecil lazimnya digunakan sebiji batu, jika dalam bentuk gumpalan seperti tanah boleh digunakan seketul batu dan sekiranya besar sehingga orang boleh menyorok di belakang, tidak perlu diletakkan penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 11.08.2014 |
Salam, bolehkah nilai harga 70 sen ditulis begini? 1. Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga tujuh puluh sen seketul. Atau, adakah perlu ditulis tanpa menggugurkan perkataan 'Ringgit Malaysia'? 2, Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70 seketul. Apakah alasannya? Terima kasih. | Mengikut buku Gaya Dewan, DBP menetapkan untuk menyatakan jumlah ringgit dan sen, gunakan lambang ringgit Malaysia (RM) dan eja perkataan sen. Cara penulisan yang betul adalah seperti yang berikut: (i) Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga 70 sen; atau (ii) Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70. | Tatabahasa | 21.05.2014 |
1. Ali tersepak seketul batu. Perkataan “tersepak” digolongkan dalam kategori kata kerja transitif, kata kerja tak transitif atau kata kerja pasif? Sila berikan penjelasan. 2. “Pakaian itu diderma oleh Ali kepada mangsa banjir.”, “Pakaian itu diderma kepada mangsa banjir oleh Ali.” Ayat manakah yang betul? 3. “Bersama-sama surat ini saya sertakan wang pos.”, “Bersama-sama surat ini saya menyertakan wang pos.” Ayat manakah yang gramatis? Terima kasih. | 1. Perkataan tersepak dalam ayat tersebut ialah kata kerja transitif. 2. Ayat yang betul ialah Pakaian itu diderma oleh Ali kepada mangsa banjir daripada ayat aktif Ali menderma pakaian itu kepada mangsa banjir. 3. Bersama-sama surat ini saya sertakan wang pos. | Tatabahasa | 13.02.2015 |
1.____air apabila Aiman menjatuhkan seketul batu ke dalam sungai itu. A Bergolek B Bersembur C Berkocek D Beroleng munsyi, apakah jawaban yang sesuai? TK | Salam sejahtera, Jawapan yang sebetulnya ialah 'berkocak' bukan berkocek. | Tatabahasa | 09.01.2013 |
Penggunaan penjodoh bilangan manakah yang betul? i) seketul getah pemadam ii) sebiji getah pemadam | Penjodoh bilangan yang betul ialah ii) sebiji getah pemadam. | Tatabahasa | 09.04.2013 |
Salam sejahtera, 1. Apakah penjodoh bilangan bagi karipap? (seketul / sekeping / sebiji/) Terima kasih. | Yang betul ialah sebiji karipap. | Lain-lain | 08.08.2019 |
Apakah simpulan bahasa yang betul sebiji karipap atau seketul karipap | Yang betul ialah sebiji karipap. | Lain-lain | 17.11.2011 |