| Sekian. Terima kasih atau Sekian, terima kasih. tuan, mohon jawapan yang mana betul? | Jawapan yang betul ialah Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 15.12.2021 |
| Selamat Sejahtera. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya memiliki beberapa jenis buku encyclopedia dan sebagainya milik bapa saya. Saya inging menyumbangkan buku buku tersebut kepada dewan bahasa dan pustaka. Apakah cara atau bagaimana saya boleh sumbangkan buku buku tersebut. Sekian Terima kasih Sekian Rizuan Bin Abdullah 012-6526079 | Salam Encik Rizuan budiman, Dengan hormatnya perbualan telefon pada 4 November 2019 (isnin) pukul 8.15 pagi dirujuk. Pihak DBP mengucapkan ribuan terima kasih dan sangat mengalu-alukan sumbangan buku ensiklopedia tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak tuan bolehlah menghantar buku-buku tersebut kepada: Ketua Bahagian, Bahagian Komunikasi Korporat, Aras 7, Menara DBP. Dewan Bahasa dan Pustaka. 50460 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi, Puan Siti Irni Yuslinda binti Mosman, melalui talian telefon, 03-2147 9483 atau e-mel sitiirni@dbp.gov.my, Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.10.2019 |
| Maaf, saya ingin bertanya. Adakah wujud perkataan "bimbingkan" di dalam bahasa Melayu? Harap pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, bimbing + kan (bimbingkan) boleh digunakan dalam ayat suruhan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 30.09.2020 |
| Assalamualaikum, Jikalau tuan hendak belayar, seyogia/seyogianyanya hamba dibawa. Adakah perkataan "seyogia" itu perlu ditambahkan dengan "nya" ataupun cukup sahaja dengan mengekalkan perkataan "seyogia" sahaja? Sekian Terima kasih/Terima Kasih/terima kasih? Sekian yang dipinta ... | Seyogia bermaksud sewajarnya atau sepatutnya. Perkataan yang betul dalam contoh ayat yang diberikan ialah seyogianya, iaitu Jikalau tuan hendak belajar, seyogianya hamba dibawa. | Makna | 10.10.2021 |
| Salam sejahtera. Soalan sejahtera. Soalan saya: di bawah ini, mana satukah adalah tepat 1. e daftar atau E Daftar atau e-Daftar? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Penggunaan yang betul ialah e-daftar. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.12.2019 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon penerangan mengenai istilah 'satira'. Bilakah istilah ini masuk kedalam daftar kata Bahasa Melayu dan Kamus Dewan? Sekian terima kaseh. | Maklumat berkenaan dengan kata satira yang dimasukkan dalam kamus dan daftar kata terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah seperti yang dilampirkan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 05.05.2021 |
| Sy ingin tahun cara utk mengambil bahagian dlm Festival Bahasa dan Sastera. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Untuk makluman, maklumat berkaitan aktiviti Festival Bahasa dan Sastera boleh diperoleh daripada: Facebook Festival bahasa dan Sastera 2020 atau layari laman web DBP dan muat turun borang penyertaan tersebut seperti lampiran. Sekian, Terima kasih.
| Lain-lain | 02.03.2020 |
| Salam sejahtera, Para peniaga di pasar malam mulai/mula tiba. (perlu tambah imbuhan akhiran atau tidak perlu) Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Ayat yang tepat ialah Para peniaga di pasar malam mula tiba. perkataan Mula membawa maksud paling awal atau dahulu sekali. Oleh itu, imbuhan akhiran tidak perlu digunakan. Sekian. Tuan/puan boleh melayari pusat rujukan persuratan melayu atau prpm.dbp.gov,my untuk mengetahui lebih lanjut. | Pengembangan | 25.02.2020 |
| Assalamualaikum, Boleh saya dapatkan tarikh penganugerahan Hadiah Karya Ilmiah 2016/2018 (DBP-KPM)? Sekian, terima kasih | Salam sejahtera, Hadiah Karya Ilmiah Hadiah Karya Ilmiah merupakan pengiktirafan kepada karya-karya ilmiah yang terpilih bagi Kategori Sains dan Teknologi, serta Kategori Seni, Sains Sosial dan Kemanusiaan. Majlis penyampaian Hadiah Karya Ilmiah 2016-2018 telah diadakan pada 7 November 2019 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP bersempena dengan Sambutan Majlis Pelancaran Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan. Majlis dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Sekian, untuk makluman. | Lain-lain | 03.06.2020 |
| Wujud atau tidak perkataan TATAHIAS? Sekian terima kasih. | Kata tatahias wujud namun kata yang disarankan ialah tatarias. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 2268-2269). | Makna | 30.10.2023 |