Adakah perkataan "temui" itu wujud? Sekilas aku melihat, gadis yang baru sahaja aku temui itu telah pun jauh berjalan ke dalam hutan meninggalkanku sendirian. Adakah perkataan lain yang dapat digunakan untuk menggantikan perkataan "temui" itu? Sebabnya saya tidak mahu terlalu menampakkan kekerapan penggunaan perkataan "temui" itu dalam penulisan. Sekian | Kata dasar "temui" ialah "temu" yang bermaksud berjumpa; bersua. Oleh itu, kata yang sinonim dengan temu ialah jumpa dan sua. | Tatabahasa | 11.10.2021 |
Minta tolong salurkan aduan ini kepada pentadbir Gerbang Kata. Sila beri pilihan untuk memuatkan lebih daripada 20 (mungkin seratus atau dua ratus sekali gus) istilah dalam satu halaman. Sangatlah sukar untuk membaca sekilas kerana sudah lebih 30 halaman. | Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388. | Lain-lain | 20.04.2019 |
Boleh atau tidak frasa kerja tidak mempunyai subjek yang tersembunyi seperti ayat , "Azizah,ceraikan kau." Yang mana, kata ganti diri pertama disembunyikan daripada disebut oleh pelafaz. adakah boleh diterima penggunaan bahasa tersebut. Pada sekilas pandang seolah-olahnya Azizah telah menceraikan kau, sedangkan pelafaz bermaksud untuk menceraikan Azizah . | "Azizah, ceraikan kau." Ayat ini tidak sempurna, pengguguran kata menjejaskan struktur dan makna ayat. Walau bagaimanapun, aspek lain, seperti hukum agama (jika berkaitan) perlulah dirujuk kepada pihak yang berwenang. | Tatabahasa | 01.12.2023 |
Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih | 1. Boleh digunakan juga perkataan minda 2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja. 3. tempoh 4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya | Tatabahasa | 06.10.2010 |
Salam sejahtera tuan atau puan di DBP Saya ingin sangat mengetahui apakan peranan utama Dewan Bahasa dan Pustaka ini dan bagaimanakan pihak DBP menjalinkan kerjasama dengan negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain dalam kegitan pemodenan dan perancangan bahasa Melayu ini. Diharapkan agar pihak DBP dapat berkong si serba sedikit tentang peranan DBP dan kerjasama serantau. Sekia | Dalam ruangan yang terhad ini sedikit maklumat yang dapat disampaikan tentang kerjasama kebahasaan serantau dengan negara anggota ASEAN. Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau MABBIM menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khasnya dalam bidang penyelarasan peristilahan antara ketiga-tiga negara. Negara Singapura walaupun tidak menjadi ahli dalam Majlis tersebut tetapi turut sama menyumbangkan tenaga/ilmu sebagai anggota pemerhati. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Mabbim wahana kebahasaan serantau yang akrab, mantap dan berwibawa, DBP. 1992; Sekilas MABBIM, Pusat Bahasa (Indonesia), 2008; dan 25 Tahun MABBIM, terbitan DBP, juga artikel Mabbim menyatukan bahasa serantau, | Noresah Baharom, | Utusan Malaysia | 02.03.1998. |
| Lain-lain | 04.09.2011 |