Assalammualaikum..dan selamat petang Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri ini,saya Noor Azreen Binti Jalaludin bekerja sebagai Guru di sebuah Sekolah Antrabangsa Islamik Greenview.Sukacitanya,sekira pihak DBP memberi peluang kepada murid-murid saya sekiranya terdapat pelbagai bentuk pertandingan untuk Tahap 1 dan Tahap 11 dan juga Menengah sekira mereka layak. Tujuan untuk memberi keyakinan dan pendedahan kepada mereka yang belajar di sekolah swasta atau antarabangsa sekaligus meningkatkan kualiti bahasa melayu mereka di peringkat lebih tinggi. Oleh itu,besar harapan saya sekiranya ada peluang yang diberi kepada sekolah kami. Yang benar, ---------------------- (Cikgu Azreen Haji Jalaludin) TIC-BM Greenview Islamic International School Bukit Jelutong | Salam puan budiman, Penyertaan dalam pertandingan anjuran DBP Dimaklumkan bahawa, Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama beberapa buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan menganjurkan Festival Perkampungan Seni 2019 7 November 2019, pukul 8.30 pagi hingga 10.30 malam, bertempat di Wisma DBP, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti telah dirancang, antaranya, Pertandingan Bengkel Seni Khat Jawi, Pertandingan Cerdas Istilah, Roda Kata, Dam Bahasa dan banyak lagi. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi: Encik Dinie Asyraf bin Rodzi melalui talian telefon: 03-2147 9684 atau e-mel asyraf@dbp.gov.my. Bersama-sama ini dilampirkan jadual tentatif pengisian program untuk makluman pihak puan selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.11.2019 |
Boleh tanya sama ada ayat di bawah betul? Sekira terdapat kesalahan, boleh tolong betulkan. Ayat: Antara kebolehan saya ialah melukis. 1) Setahu saya kata pemeri 'ialah' mesti diikuti dengan 'kata nama' dan bukannya kata kerja. 2) Namun begitu, saya agak keliru disebabkan seperi contoh ayat di atas, sesetengah penulis menggunakan ialah dan terdapat sesetengah penulis menggunakan adalah. Manakah yang betul? 3) Adalah terdapat hukum tatabahasa yang menyatakan bahawa permulaan ayat dengan perkataan "Antara" mesti diikuti dengan perkataan "ialah" dan bukannya adalah? (Rujukan ayat di atas) Sila memberi tunjuk ajar kepada saya, terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Ialah dan adalah merupakan kata pemeri. yang digunakan secara persamaan atau ekuatif dan secara huraian atau kualitatif. Ialah digunakan secara persamaan di hadapan frasa nama: Perkara yang mustahak ialah usaha mendorong pembaca berfikir. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang perkara tersebut. Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 23.07.2019 |
Unit Pengajian Am Kolej Matrikulasi Johor telah membina satu wahana untuk sumbangan pantun dalam bentuk digital yang dikenali Gerobok Pantun. Pihak amat berbesar hati sekira pihak DBP dapat memberi khidmat nasihat dalam usaha menambah baik usaha pihak kami untuk memasyhurkan pantun pada peringkat nusantara. Pihak kami menyertakan google site usaha kami untuk tujuan komentar pihak DBP. Terima kasih atas keprihatinan yang diberikan pihak DBP https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/gerobok-pantun/home | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengucapkan tahniah dan amat berbesar hati atas sokongan dan komitmen pihak saudara membantu DBP mengembangkan bahasa Melayu dalam pelbagai bentuk dalam usaha menyebarluaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Gerobok Pantun, sebuah portal yang dibina oleh pihak saudara amat bermanfaat dalam mengembangkan pantun sebagai salah satu pengucapan bahasa yang indah yang dimiliki oleh kita semua. Semoga usaha dan komitmen ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Sekali lagi, DBP mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha pihak saudara. Sekian, terima kasih. | Sastera | 08.02.2023 |
1.PERLANGGARAN ATAU PELANGGARAN 2.APAKAH PERBEZAAN MENIDURKAN DAN MENIDURI 3.BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN DISEBABKAN OLEH DAN OLEH KERANA | Puan Norfaharin, Sekira puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan mengetahui perbezaan perkataan pelanggaran, pelanggaran, menidurkan dan meniduri. Bersama-sama ini disertakan pentakrifan kata-kata tersebut seperti yang berikut: perlanggaranperihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; pelanggaran1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah.meniduri1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; Penggunaan "oleh kerana" tidak tepat kerana kata 'oleh' merupakan kata sendi dan "kerana" juga merupakan kata sendi. Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukan 'oleh kerana'. Kata 'sebab' ialah kata nama. | Tatabahasa | 18.03.2009 |
Terima kasih atas respon di pihak DBP. Ikut pemahaman saya terhadap jawapan tuan, bercuti boleh diguna pakai walaupun berlibur dalam tempoh sehari. Ada pendapat yang menyatakan bahawa bercuti harus digunakan sekiranya ada aktiviti bermalam. Sekira tak bermalam, ianya dikategorikan sebagai melawat. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Melawat bermaksud 1. pergi mengunjungi (negara asing dan lain-lain); 2. menziarahi jenazah. Manakala bercuti bermaksud 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain), berlibur. Sehubungan dengan itu, bercuti dan melawat boleh digunakan walaupun dalam tempoh setengah hari atau lebih. | Makna | 31.03.2021 |
Saya mempunyai karya sajak dan cerpen tapi saya tidak tahu macam mana nak hantar kepada pihak DBP, boleh saya dapatkan sebarang alamat atau email untuk saya menghantar karya-karya saya? | Salam. Saudara boleh menghantar karya tersebut kepada Editor Dewan Sastera, atau Ketua Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menera DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Sekira karya saudara dalam bentuk kumpulan, sila hantar kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11 Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 19.12.2010 |
saya, pelajar asing yang mengambil kelas Bahasa Melayu 1, untuk keperluan akademik. soalan saya : bagaimanakah kita dapat menulis bahasa melayu dengan betul, dalam penulisan laporan, thesis dan sebagainya. kedua pembentangan kertas kerja menggunakan bahasa melayu formal atau tak formal? misalnya: saya atau saye ( dalam pengucapan ). terima kasih | Misinem terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Untuk soalan pertama Sdr. sepatutnya lebih banyak membuat rujukan daripada hasil tulisan pakar dalam bidang bahasa/. Buku rujukan mengenai bahasa dan penulisan memang banyak terdapat di kedai-kedai buku. Bagi soalan kedua sama ada saya atau saye bukanlah menjadi suatu masalah yang besar. Sekira Sdr. lebih selesa menggunakan sebutan baku maka sudah tentulah bunyi saya, akan tetapi jika hendaka bercakap mengikut gaya sebutan rakyat tempatan - tujuan perbualan , boleh sahaja kita sebut saye. Terima kasih | Lain-lain | 15.10.2009 |
salam sejahtera, baru baru ini saya ada menghantar beberapa sajak kepada editor DBP. saya hanya ingin mengetahui adakah sajak saya diterima oleh pihak DBP. Alamat yang saya tulis ada sedikit kesilapan iaitu (No 70, Jalan Bunga Pekan 4, 42700 Banting, Selangor) | Mohon maaf, saudara tidak memberitahu sajak itu dihantar kepada siapa, cuma editor DBP, kerana di DBP ada ramai editor, adakah editor majalah atau editor buku sastera, atau umum sahaja, maksudnya editor DBP sahaja. Jika sajak tersebut dihantar melalui pos dengan alamat editor DBP sahaja, agak sukarlah untuk kami mengesan sajak tersebut. Cara terbaik, saudara boleh menghantar semula sajak tersebut kepada Editor Majalah Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekira sajak itu mahu dimuatkan dalam majalah, tetapi jika mahu diterbitkan dalam bentuk buku, saudara boleh menghantarnya semula kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 01.02.2009 |