Sekiranya saya ingin merujuk kepada 'a small pack of batteries/cigarettes' dalam Bahasa Melayu, yang manakah lebih tepat? Satu paket atau satu peket bateri/rokok? Atau kedua-duanya boleh digunakan? | Penggunaan yang betul ialah satu peket bateri/rokok. | Tatabahasa | 25.12.2019 |
Sekiranya mahu menggunakan kependekan, apakah kependekan yang sesuai untuk perkataan "Tajuk"? Taj./Tjk? Saya tidak menjumpai apa-apa rujukan setakat ini. Boleh saya mereka kependekan sendiri? | Tidak ada kependekan untuk tajuk. Pihak kami cadangkan perkataan "tajuk" dieja penuh. | Ejaan | 24.07.2019 |
Sekiranya saya ingin menjadikan ayat berikut sebagai soalan isi tempat kosong untuk kanak-kanak tadika. Adakah ayat berikut membawa intonasi yang sesuai untuk kanak-kanak: 1. Halim orang __________. 2. Ah Wei orang __________. 3. Muthu orang __________. Atau ayat berikut lebih sesuai: 1. Halim ialah orang Melayu. 2. Ah Wei ialah orang Cina. 3. Muthu ialah orang India. Adakah salah satu versi untuk ayat diatas lebih baik atau adakah kedua versi adalah Bahasa Melayu standard. Terima kasih. | Kedua-dua pola adalah betul, cuma jika encik hendak guna untuk kanak-kanak, pola ayat Halim orang Melayu, Ah Wei orang Cina, Muthu orang India lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 04.04.2018 |
Sekiranya "self-appraisal" adalah "swanilai", bagaimana pula dengan "self-health care"? Adakah penggunaan "swapenjagaan kesihatan" betul? Terima kasih atas nasihat. | Untuk makluman awalan asing "swa" memang telah diterima dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, swapenjagaan kesihatan adalah betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 21.03.2018 |
Sekiranya tajuk filem, lagu atau buku bahasa Inggeris disebut dalam rencana bahasa Melayu, adakah tajuk tersebut ditulis mengikut tatabahasa bahasa Inggeris? Contohnya: filem "Hachiko the Dog" atau lagu "I'm for You", adakah tajuk-tajuk Inggeris sebegini ditulis dalam rencana Melayu mengikut huruf kecil/huruf besar yang sama dengan bahasa Inggeris? Mana yang betul - Saya menonton filem Hachiko the Dog atau, Saya menonton filem Hachiko The Dog Tajuk filem, lagu dan buku dalam bahasa Inggeris selalunya ditulis dengan huruf pertama huruf besar kecuali coordinating conjunctions, articles dan prepositions. | Penulisan nama filem bahasa Inggeris dalam teks Bahasa Melayu dikekalkan bentuk asalnya dan dieja condong (italic). | Ejaan | 09.11.2017 |
Sekiranya saye merujuk kepada seorang budak kecil , bolehkah saye kata " Kanak itu" atau "kanak-kanak Itu". mohon pencerahan. | Perkataan yang betul ialah kanak-kanak | Lain-lain | 11.04.2017 |
Sekiranya pihak sekolah ingin bekerjasama dengan DBP untuk mengadakan seminar penulisan pada pelajar sekolah aliran sastera, siapa yang patut saya hubungi? | Pihak sekolah boleh menghubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21479525, e-mel: apam@dbp.gov.my atau Dr. Dahlina Daut melalui talian 03-21479224, e-mel: dahlina@dbp.gov.my. | Lain-lain | 08.02.2017 |
Sekiranya perkataan cikgu Ahmad digunakan di tengah ayat, perkataan cikgu, huruf " c " perlu ditulis secara huruf besar? Terima kasih. | Huruf "c" harus ditulis menggunakan huruf besar --> Cikgu Ahmad | Lain-lain | 07.03.2016 |
Sekiranya perkataan klinik 1 Malaysia digunakan di tengah ayat, perkataan klinik, huruf " k " perlu ditulis secara huruf besar? Terima kasih | Perkataan klinik 1 Malaysia perlu huruf kecil walaupun berada di tengah ayat kerana klinik 1 Malaysia merupakan kata nama am. Jika kata nama Khas perlu huruf besar seperti Klinik 1 Malaysia Sepang. | Tatabahasa | 07.03.2016 |
Sekiranya PAHAT diertikan sejenis alat utk mengukir, lancip dan tajam, adakah penjodoh bilangan, SEBILAH PAHAT sesuai dan dianggap betul? | Penjodoh bilangan yang paling hampir dengan pahat ialah bilah, sama seperti parang dan keris. | Tatabahasa | 29.01.2016 |