Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara sekitar kawasan dengan kawasan sekitar?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan atau  wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal.Lain-lain28.09.2021
Kawasan sekitar ialah kawasan yang luas, manakala sekitar kawasan ialah kawasan yang kecil,keterangan saya betul ke?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan atau  wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal. Berdasarkan contoh ayat dan penerangan yang diberikan, kawasan sekitar merujuk kepada kawasan yang luas manakala sekitar kawasan pula ialah kawasan kecil.Lain-lain08.10.2021
Salam sejahtera.Saya nak tanya apakah perbezaan antara sekitar kawasan dan kawasan sekitar dari segi penggunaan dan makna?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan atau  wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu. Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal.
Lain-lain04.10.2021
Mengapakah masyarakat zaman sekarang tidak mahu memartabatkan bahasa Melayu dan ada yang malu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu apabila berada di sekitar kawasan bandar

Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan.

Pusat Dokumentasi Melayu, DBP

https://pustakav2.dbp.gov.my/

Lain-lain18.08.2025
Nor Hazlin Ramli Nov 26th, 3:54pm Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya kepada pihak DBP, sekiranya diadakan jualan istimewa sempena akhir tahun dan cuti sekolah bagi pengguna online. Banyak ekspo-ekspo buku diadakan sekitar kawasan Kuala Lumpur. Bagi saya yang menetap jauh dari kawasan tersebut, kekangan masa dan beberapa faktor lagi tidak mengizinkan kesana. Semasa jualan gudang DBP pada tahun lepas, saya amat teruja kerana terdapat banyak buku-buku lama yang sukar untuk didapati di mana-mana kedai buku sekarang.Diharap pihak DBP dapat mendengar cadangan saya mewakili pembaca dan pembeli online.Program ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat mutakhir.Lain-lain26.11.2015
PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. PBT WAJIB MENJALANKAN FUNGSINYA MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG SEDIA ADA DAN MEMPERKASA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. "KALAU ADA YANG TIDAK TERIMA BAHASA MELAYU , LEBIH BAIK JANGAN DUDUK DI MALAYSIA," YDPA SULTAN IBRAHIM SUDAH BERTITAH , PEGAWAI KERAJAAN TUNGGU APA LAGI ? SILA AMBIL TINDAKAN DENGAN SEGERA !Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga amat diambil berat kerana membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama.

Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuk keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna.

Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan (DBKL) berserta dengan gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut (nombor sijil atau nama penuh premis).

Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.
Lain-lain27.01.2026
Apa makna: 1. Penempatan 2. PetempatanBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil.   Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini.Makna14.05.2013
Kenapa peribahasa "Ke bukit sama didaki" bukan "ke gunung sama didaki"?Peribahasa merupakan salah satu sastera lisan yang dituturkan dan disebarkan daripada satu generasi kepada satu generasi sebagai warisan kearifan dan pemikiran sesebuah bangsa. Peribahasa yang dicipta pula berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang dilalui oleh sesebuah masyarakat berdasarkan sosial budaya termasuklah keadaan geografi sesebuah masyarakat itu tinggal. Oleh itu, peribahasa "ke bukit sama didaki" ini dapatlah menggambarkan kepada kita bahawa masyarakat yang mencipta peribahasa ini tinggal di sekitar kawasan bukit yang menjadi latar suasana dan seterusnya membentuk kehidupan masyarakat tersebut sehingga mempengaruhi pemilihan kata untuk peribahasa berkenaan.Sastera10.03.2024
Apakah perbezaan antara alam sekitar dengan persekitaran? Terima kasih.Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua alam sekitar ialah keadaan alam sekeliling, manakala Persekitaran pula ialah kawasan di sekeliling sesuatu tempat atau kawasan sekitar.Makna26.09.2018
apakah beza antara " penempatan " dengan " petempatan " ?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil.   Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini.Makna12.02.2012
1234

Kembali ke atas