| Yang manakah betul? Sukan Sekolah-sekolah ASEAN atau Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN? | Sukan Sekolah-sekolah ASEAN. | Ejaan | 27.10.2014 |
| Manakah yang betul?: 1. Guru-guru di sekolah-sekolah rendah. 2. Guru di sekolah-sekolah rendah. 3. Guru-guru di sekolah rendah. | Frasa yang betul, "guru di sekolah-sekolah rendah" dan "guru-guru di sekolah rendah". | Tatabahasa | 09.12.2014 |
| Poster pendidikan ialah poster yang ada di sekolah-sekolah. atau Poster Pendidikan ialah poster..... | Jika soalan puan berkenaan perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan perkataan 'yang ada di sekolah-sekolah', boleh juga gunakan perkatan seperti yang berikut: Poster Pendidikan ialah poster yang terdapat di sekolah-sekolah... | Lain-lain | 21.09.2017 |
| Assalam "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH" "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH" Mana satu yang betul? Terima kasih. | Frasa yang lebih tepat ialah KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH. | Tatabahasa | 25.07.2017 |
| .... mengatakan di sekolah-sekolah campuran, terutama dari / daripada usia 12 ke atas, pelajar perempuan kurang diberikan peluang.... | Dalam frasa di atas, penggunaan perkataan yang betul ialah daripada. | Tatabahasa | 01.11.2011 |
| Situasi : Perasmian 18 buah dewan sekolah dalam Parlimen Pagoh Untuk menulis bena ,antara berikut manakah yang betul? 1. Majlis Perasmian Dewan-dewan Sekolah Parlimen Pagoh 2. Majlis Perasmian Dewan Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh. | 1. Majlis Perasmian Dewan Sekolah Parlimen Pagoh. Tidak perlu dijamakkan perkataan dewan atau sekolah kerana Parlimen Pagoh di situ boleh menandakan tunggal atau jamak. | Tatabahasa | 29.03.2012 |
| saya ingin bertanya mengenai sistem tulisan dan ejaan bahasa melayu terkini yang digunakan di sekolah-sekolah iaitu sistem tulisan yang paling terkini. dan bolehkan saya dapat maklumat serba sedikit mengenai sistem ejaan tersebut. | Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 16.05.2018 |
| Ejaan bagi perkataan penandaarasan. Di IAB, penandaarasan merupakan satu program yang dijalankan oleh peserta kursus di sekolah-sekolah yang terpilih. Oleh itu ia dinamakan program Penandaarasan. Kemusykilan saya adalah berhubung ejaan penandaarasan. bagaimanakah mengeja penandaarasan yang betul. Adakah Penanda Aras, Penandarasan atau Penandaarasan. Sekian, terima kasih. | Tanda aras ialah piawai untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi. Manakala penandaarasan ialah perihal menentukan tanda aras. | Ejaan | 28.12.2012 |
| contoh penggunaan ayat nazir. Terima kasih | Sebelum bersara pada bulan Julai 1953, beliau bertugas sebagai "nazir" sekolah-sekolah di Pulau Pinang selama lima tahun. | Lain-lain | 21.02.2022 |
| Assalamualaikum. Saya berhasrat untuk menerbitkan semula karya sajak allayarham Usman Awang bertajuk GURU OH GURU untuk diterbitkan dalam bentuk poster besar untuk diedarkan di sekolah-sekolah. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar sekolah akan kepentingan jasa guru dalam mendidik mereka. Selain itu saya juga berhasrat untuk memohon kepada pihak DBP gambar Usman Awang dalam bentuk high resolution untuk diterbitkan bersama sajak beliau pada poster terbitan saya nanti. Oleh itu, saya inginkan kepastian pihak DBP apakah penerbitan sajak GURU OH GURU berserta gambar Usman Awang tersebut tertakluk kepada tuntutan bayaran ROYALTI atau TIADA CAJ ROYALTI? Sekiranya harus dibayar royalti apakah saya harus bayar kepada DBP atau pihak lain? Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam WBT. Untuk maklumat lanjut tuan boleh menghubungi Bahagian Harta Intelek DBP melalui talian telefon 03-21479522 atau 03-21479000. Terima kasih. | Lain-lain | 26.03.2019 |