Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sekolah peringkat menengah yg penuntut-penun­tutnya berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun (selepas pendidikan awal di sekolah rendah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sekolah yg peringkatnya antara institusi pengajian tinggi (spt universiti dsb) dan sekolah rendah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sekolah drpd tingkatan satu hingga tingkatan enam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, 1. Saya ingin bertanya tentang skop penerbitan novel remaja peringkat sekolah menengah. Apakah kriteria-kriteria yang perlu untuk menghasilkan manuskrip novel remaja peringkat sekolah menengah. Aspek lain seperti ketebalan manuskrip dan perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam penulisan novel remaja peringkat sekolah menengah. Terima kasih.

Salam.  Remaja terbahagi kepada dua iaitu remaja awal (13-15 tahun) dan remaja akhir (16-21 tahun).  Sebenarnya tiada batasan dalam skop penerbitan novel remaja, sama ada peringkat sekolah menengah atau peringkat yang lebih tinggi, yang penting adalah mesej yang hendak saudara sampaikan kepada khalayak saudara, iaitu para remaja.  Setiap mesej yang hendak disampaikan perlulah mempunyai nilai-nilai murni yang wajib diterapkan ke dalam jiwa setiap remaja. 

Manuskrip pula janganlah terlalu tebal, maksudnya lebih kurang dalam 200 - 250 halaman untuk remaja awal, kerana bagi setiap 100 halaman kertas kuarto, novel tersebut akan menjadi 200 halaman.  Bagi remaja akhir pula, lebih kurang 300 - 350 halaman, paling tebal pun 400 halaman, iaitu lebih kurang 200 halaman kertas kuarto.

Setiap karya yang ditulis hendaknya janganlah menyentuh sensitiviti kaum, agama dan adat resam serta budaya sesuatu kaum.  Pena itu lebih tajam daripada sebilah pedang, kerana itu apa sahaja yang hendak ditulis perlulah berhati-hati.  Saudara juga mesti membuat penyelidikan tentang apa yang hendak saudara tulis, supaya tidak berlaku bercanggah atau kelihatan tidak masuk akal atau mengarut, setiap fakta mesti dengan disokong dengan bukti.  Karya juga hendaklah sesuai dengan pembaca sasaran.

Lain-lain18.11.2009
Pengertian Kesusasteraan Melayu dalm konteks pembelajaran sekolah menengah atas?

Subjek Kesusasteraan Melayu ditawarkan di sekolah menengah atas adalah untuk membina negara bangsa yang merangkumi jati diri bangsa, tamadun bangsa, nilai-nilai murni, elemen perpaduan antara ras dan etnik, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana dalam karya kesusasteraan tedapat unsur-unsur seperti hiburan, falsafah, ilmu pengetahuan, keindahan, nilai-nilai murni dan sebagainya. Justeru, untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik pembinaan negara bangsa, saudara disarankan supaya membaca Dasar Pendidikan kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Dasar Pembangunan Wawasan. 

Lain-lain13.04.2008
apakah syarat2 pertandingan menulis cerpen sekolah menengah?

Terima kasih atas pertanyaan sdr. Syarat-syarat pertandingan menulis cerpen sekolah menengah pada kebiasaannya bergantung kepada beberapa faktor antaranya: tujuan pihak penganjur yang mengadakan pertandingan, tema yang ditentukan, skop pertandingan (tidak terbuka kepada umum),  jumlah perkataan yang ditentukan dan lain-lain. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memenuhi kepada pertanyaan sdr. Sekian dan salam.  

Lain-lain07.12.2008
Bilakah keputusan peraduan menulis cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 akan diumumkan?

Keputusan peraduan menulis cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 mungkin akan dikeluarkan pada bulan Mei 2010, buat masa ini pihak panel hakim masih dalam proses penilaian/penghakiman.  Mudah-mudahan karya saudara dipilih sebagai salah satu karya yang memenangi hadiah.

Lain-lain12.03.2010
Saya maksudkan keputusan peraduan menulis cerpen dan puisi sekolah menengah 2009.Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Peraduan Menulis Cerpen dan Puisi Sekolah Menengah 2009 masih di peringkat penilaian. Keputusan akan dimaklumkan kepada pemenang melalui surat dan e-mel. Sekian, terima kasih.Lain-lain08.06.2010
Jika boleh rujukan teks sastera baharu yang baru digunakan di sekolah-sekolah menengah diperbanyakkan. Ruangan laman web khas untuk guru-guru sastera diwujudkan supaya sastera akan kekal di sekolah kerana subjek kian dipinggirkan. Harap usaha ini boleh dipertimbangkan. "Perjuangan Belum Selesai..."Pihak kami sedang mengusahakan buku sokongan yang dapat menjadi rujukan pelajar selain daripada buku teks baharu yang telah diterbitkan.Lain-lain09.03.2010
Kesusasteraan Melayu dalam konteks pembelajaran peringkat sekolah menengah atas.Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah menengah sebagai komponen dalam subjek Bahasa Melayu atau Komsas dan sebagai subjek tersendiri,  iaitu Kesusasteraan Elektif bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Untuk keterangan lebih lanjut tentang pembelajaran kesusasteraan Melayu di sekolah, saudara disarankan supaya menghubungi Pusat Perkembangan Kurikulam, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi nombor telefon 03-88842000. Lain-lain13.04.2008
Bilakah keputusan peraduan mengarang cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 akan diumumkan? Apakah media yang akan digunakan oleh anda untuk memberitahu para pemenang?Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Keputusan Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi Sekolah Menengah 2009 akan diumumkan selewat-lewatnya pada bulan Jun 2010. Surat akan dikirimkan kepada pemenang serta melalui laman sesawang DBP. Sekian, terima kasihLain-lain09.03.2010
Salam sejahtera, 1. Adakah perkataan 'teknik' dalam contohnya 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik' dikelaskan sebagai kata nama? Jika ya, maka apakah terjemahan nama-nama tersebut ke dalam b.Inggeris? Adakah 'Shah Alam Technic Secondary School' dan 'Technic Teaching Institute'? 2. Kenapakah penggunaan 'teknikal' pula diguna dalam 'Universiti Teknikal Malaysia Melaka' dan bukannya 'Universiti Teknik Malaysia Melaka'? Adakah terjemahan ke bahasa Inggeris untuk UTeM ialah Technical University Malaysia Melaka yakni 'teknikal' bertugas menerangkan sifat universiti tersebut? 3) Kenapakah kata sifat 'teknikal' tidak digunakan dalam 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik'? Terima kasih.

1. Penggunaan teknik pada penamaan Sekolah Menengah Teknik Shah Alam dan Institut Perguruan Teknik (sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik) adalah betul. Cadangan terjemahannya pun betul.

2. Berhubung dengan penggunaan perkataan teknikal pada penamaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, pihak kami mencadangkan agar saudara merujuk perkara ini kepada pihak pengurusan universiti tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

3. Sila rujuk jawapan pada soalan 1.

Tatabahasa10.05.2010
Apakah istilah untuk perkataan 'feather school' , iaitu sekolah-sekolah rendah tertentu yang akan menghantar muridnya ke sebuah sekolah menengah yang tetap?Untuk makluman Puan Tan istilah feather school ini tidak ada dalam sumber rujukan kami, istilah tersebut telah kami kemukakan ke Bahagian Peristilahan dan masih dalam prose penyemakan, dan kami akan menghubungi nombor telefon puan dengan kadar yang segera.Istilah21.04.2010
12345678

Kembali ke atas