SAYA MENGAJAR MURID-MURID PEMULIHAN SEKOLAH RENDAH, MEREKA AMAT LEMAH DALAM PENGUASAAN SUKUKATA KV , MANA YANG PERLU SAYA MULAKAN DULU, MENGAJAR KONSONAN DAHULU KEMUDIAN BARU VOKAL ATAU SEBALIKNYA. | Maklumat yang tuan perlukan tidak ada dalam sumber rujukan kami. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran ini sila rujuk kepada pihak yang arif berkaitan ilmu pedagogi, iaitu pensayarah di maktab dan universiti. Rujuk juga buku Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise.
| Lain-lain | 29.04.2013 |
Boleh bagi pengesahan jika ayat ini memang betul dari segi tatabahasa dan pengunaan perkataan "cenderung">> "Kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dengan cenderung kanak-kanak" Ayat diatas dipetik dari carian dlm web ini untuk penacarian "cenderung" | Ayat yang betul ialah kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dengan kecenderungan kanak-kanak. Kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut. | Tatabahasa | 18.01.2018 |
salam 1Malaysia, soalan saya: adakah perkataan "masing-masing" diletakkan dalam contoh ayat berikut sesuai digunakan bagi menjelaskan hasil keputusan analisis. mohon pembetulan. tq Contoh ayat: keputusan analisis menunjukkan perbezaan min kompetensi guru antara responden guru lelaki-perempuan (2.0), guru sekolah rendah-sekolah menengah (3.0) , guru berpengalaman mengajar 1-5 tahun - guru berpengalaman 6-10 tahun (4.0). Ini menunjukkan bahawa, min kompetensi responden guru Lelaki, guru Sekolah Rendah, dan guru yang berpengalaman mengajar 6-10 tahun masing-masing lebih tinggi berbanding responden guru Perempuan, guru SM, guru berpengalaman mengajar 1 – 5 tahun. | Keputusan analisis menunjukkan perbezaan yang minimum kompetensi guru antara responden guru lelaki dengan guru perempuan (2.0), antara guru sekolah rendah dengan guru sekolah menengah (3.0) , antara guru berpengalaman mengajar 1 -5 tahun dengan guru berpengalaman 6-10 tahun (4.0). Ini menunjukkan bahawa, minimum kompetensi responden guru Lelaki, guru Sekolah Rendah, dan guru yang berpengalaman mengajar 6-10 tahun masing-masing lebih tinggi berbanding responden guru Perempuan, guru SM dan guru berpengalaman mengajar 1 – 5 tahun. | Tatabahasa | 17.08.2015 |
Bagaimanakah tanda baca yang betul untuk menulis rangkai kata hari kemerdekaan? Sepanjang saya belajar di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, guru-guru mengajar saya supaya menulis 'Hari Kemerdekaan' ( h dan k ) ditulis dengan huruf besar. Persoalannya ialah, dalam buku KSSR tahun 1 ( SJKC ) di tulis dengan huruf kecil. Yang manakah tanda baca yang betul ? Jika tuan tidak keberatan, saya ingin mendapatkan jawapan segera. | Dalam Kamus Dewan dieja "hari Kemerdekaan" sama seperti hari Buruh dan hari Pahlawan. | Ejaan | 11.10.2011 |
salam 1 Malaysia, soalan saya. manakah ayat yang sesuai bagi contoh berikut (no. 1 atau 2); Mohon cadangan ayat yang paling sesuai. 1. Ini menunjukkan bahawa, masing-masing guru Sekolah Menengah dan kumpulan guru yang berpengalaman mengajar lebih sebelas tahun, lebih ramai yang berkompetensi berbanding guru Sekolah Rendah dan kumpulan guru pengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun dalam kompetensi kandungan ilmu mata pelajaran 2. Ini menunjukkan bahawa, dalam subkonstruk Kandungan Mata pelajaran, guru Sekolah Menengah dan kumpulan guru yang berpengalaman mengajar lebih sebelas tahun, masing-masing lebih ramai yang berkompetensi berbanding guru Sekolah Rendah dan kumpulan guru pengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun. tq | Ayat yang kedua lebih mudah difahami dan diperbaiki menjadi, Ini menunjukkan bahawa, dalam subkonstruk Kandungan Mata pelajaran, guru Sekolah Menengah dan kumpulan guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada sebelas tahun lebih ramai yang berkompetensi berbanding guru Sekolah Rendah dan kumpulan guru pengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun. | Tatabahasa | 09.08.2015 |
Apakah perbezaan antara cikgu dan guru | Perkataan cikgu dan guru mempunyai makna yang hampir sama tetapi laras dan kaedah penggunaannya adalah berbeza. Perkataan cikgu digunakan dalam bahasa basahan untuk merujuk kepada guru, iaitu orang yang kerjanya mengajar atau mendidik pelajar secara formal di sekolah. Cikgu juga digunakan sebagai kata panggilan kepada orang yang mengajar secara formal di sekolah. Saya memetik olahan cikgu dan guru daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk rujukan saudara, iaitu: cikgu n 1 panggilan kpd orang yg mengajar secara formal di sekolah: Cikgu Sahar membawa murid-muridnya beriadah di Taman Tasik Titiwangsa. Saya ingin belajar tarian ini, boleh cikgu tunjukkan caranya? 2 bb orang yg mengajar secara formal di sekolah; guru: Kedua-dua cikgu itu baru tahun ini mengajar di sekolah kami. guru n 1 orang yg kerjanya mengajar atau mendidik pelajar secara formal di sekolah: Pelajar perlu menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dlm kelas. 2 orang yg mengajar atau mendidik ttg sst perkara, bidang dsb: Masalahnya bermula apb guru kelas gimnastik enggan meneruskan kelasnya. tGuru beliau dlm bidang fiqah ialah Sufyan al-Sauri, Malik bin Anas dan Abu Hanifah. 3 pemimpin agama Hindu; | Makna | 24.08.2023 |
saya rohimah toanongo sedang belajar di universiti fatoni kelas dasar,saya ingin bertanya tentang perkataan 'Guru' berasal dari bahasa apa dan apakah pengertiannya dan terimakasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat guru membawa maksud : orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920. | Makna | 22.09.2014 |
Saya mempunyai satu kemusykilan berkaitan dengan moto sekolah di tempat saya mengajar iaitu PERJUANGAN NON ZERO. Saya dapati wujud percampuran bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Adakah percampuran bahasa ini dibenarkan atau menjadi kesalahan yang perlu diperbetulkan. Apakah pandangan pihak tuan berkenaan hal ini ? | Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan mempunyai impak yang sangat besar kepada pelajar dan masyarakat. Sekolah dari segala aspek perlulah sentiasa dalam keadaan baik (dan betul) seperti bilik darjah, persekitaran dan juga segala sesuatu yang dikaitkan dengan citra sekolah termasuklah moto sekolah. Penggunaan bahasa bercampur harus dielakkan dalam memaparkan citra sekolah. Banyak perkataan lain yang boleh kita gantikan dengan perkataan non zero dalam ungkapan "Perjuangan Non Zero". Lazimnya elemen yang dikaitkan dengan perjuangan ini ialah sesuatu yang hebat dan mengesankan seperti "perjuangan tiada berpenghujung". | Tatabahasa | 27.01.2014 |
Salam sejahtera. Semasa di sekolah rendah, guru mengajar bahawa Kata Ganti Nama ke-3 "ia" khas untuk binatang dan benda bukan untuk manusia. Kemudian saya mendapati bahawa "ia" juga dipakai untuk manusia. Sebuah buku tatabahasa menunjukkan kesalahan umum seperti berikut; "Makanlah ikan kerana IA mengandungi protein", sepatutnya "Makanlah ikan kerana IKAN mengandungi proten", dan "Ikan-ikan itu mati kerana MEREKA terkena racun", sepatutnya "Ikan-ikan itu mati kerana IKAN-IKAN terkena racun." Bagi pendapat saya, saya lebih selesa dengan ayat yang dinyatakan sebagai kesalahan umum di atas kerana ikan dan ikan-ikan tidak perlu disebut 2 kali dalam setiap frasa ayat, memadai menggunakan KGN ke-3, "ia". Sila betulkan saya. Terima kasih. | Pendapatan saudara/i tentang penggunaan "ia" tidak tepat. Perkataan ia sememangnya digunakan untuk merujuk manusia. Perkataan ia merupakan kependekan daripada perkataan dia yang digolongkan sebagai kata ganti nama diri ketiga. Berdasarkan contoh yang diberi, ayat "Makanlah ikan kerana iakan mengandungi protein" betul, untuk ayat kedua cukup sekadar menulis "Ikan-ikan itu mati kerana terkena racun". | Tatabahasa | 06.04.2013 |
Selamat Pagi. Saya, seorang guru sekolah rendah yang baru mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia. Saya ingin menanya beberapa soalan yang berkaitan dengan penggunaan kata. Bolehkah 'dalam' digunakan di depan perkataan 'rumah'? Seperti ayat : Adik sedang berehat di dalam rumah. Bolehkah 'sepakan' diikuti dengan perkataan 'pantas'? Seperti ayat: Sepakannya yang pantas telah menerjah bola ke jaring gol. Harap kalian dapat memberi bimbingan kepada saya, budak yang baru. Sekian, terima kasih. | Kedua-dua ayat : Adik sedang berehat di dalam rumah dan Adik sedang berehat di rumah betul. Dalam ayat kedua perkataan yang lebih sesuai ialah kuat. | Tatabahasa | 03.04.2008 |