Tuan, Ayat berikut adalah benar atau salah: 1. Dia jarang lewat pergi ke sekolahnya. 2. Dia jarang-jarang lewat ke sekolahnya. Apakah perbezaan antara jarang dengan jarang-jarang? Terima kasih. Ms Ong | Salam sejahtera, Berdasarkan makna jarang dan jarang-jarang dalam kamus kedua-dua contoh ayat yang diberi membawa maksud yang sama. Walau bagaimanpun untuk membawa maksud tidak kerap kita menggunakan perkataan jarang-jarang dan untuk maksud tidak kedap perkataan jarang yang digunakan. Berdasarkan maksud tersebut, ayat 2. Dia jarang-jarang lewat ke sekolah. | Lain-lain | 26.09.2016 |
Tuan, Apakah perbezaan di antara "bertaburan" dan "berselerakan" ? Jawaban yang paling tepat untuk ayat di bawah ialah "bertaburan" atau "berselerakan"? 1) Buku sekolahnya ______ di atas mejanya. Sekian terima kasih. | Buku sekolahnya bertaburan/berserakan di atas mejanya. Berserakan bermaksud tidak tersusun atau tidak kemas, atau bertaburan. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berserakan. | Makna | 23.04.2012 |
Saya keliru penggunaan huruf besar/kecil dalam ayat di bawah: 1.Ahmad menyertai pertandingan membuat logo semasa kempen bulan kesihatan di sekolahnya. 2.Kelas 2 Anggerik telah memenangi pertandingan kelas terbersih dan ceria minggu lalu. Tuan, saya keliru tentang penggunaan huruf kedua-dua pertandingan tersebut. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. Ahmad menyertai Pertandingan Membuat Logo semasa kempen bulan kesihatan di sekolahnya. 2. Kelas 2 Anggerik telah memenangi Pertandingan Kelas Terbersih dan ceria minggu lalu. | Tatabahasa | 23.03.2015 |
1.Guru besar itu sedang merasmikan majlis di sekolahnya.(perkataa "guru besar " dalam konteks ayat tersebut nama khas atau nama am? Adakah perlu ditulis dgn huruf besar? 2. Penjodoh bilangn bagi halia dan tulang ikan. | 1. Guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tersebut. 2. Penjodoh bilangan bagi halia mengikut konteks penggunaannya. Manakala, tidak terdapat penjodh bilangan bagi tulang ikan. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
Balqis menyiapkan kerja sekolah sementara menunggu ayahnya tiba | Balqis menyiapkan kerja sekolahnya sementara menunggu ayahnya tiba. | Tatabahasa | 13.05.2019 |
Adakah ayat-ayat ini betul. Kalau salah, mengapa ? 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. | 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. - tidak gramatis kerana penggunaan kata jamak sekali sahaj dalam satu ayat. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. tidak gramatis kerana tinggi ialah kata dajektif dan kata adjektif tidak boleh hadir sebagai objek untuk melengkapkan ayat. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. - betul 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. tidak gramatis, perkataan acara tidak perlu dijamakkan. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. - betul | Tatabahasa | 08.08.2012 |
Asnor tersenyum bangga apabila namanya dinobatkan sebagai pemenang Pingat Emas bagi kategori murid terbaik di sekolahnya. Adakah penggunaan perkataan "dinobatkan" sesuai digunakan dalam ayat di atas?terima kasih. | Sdr. Ming, Perkataan nobat tidak sesuai digunakan sebaliknya yang lebih tepat ialah diistiharkan atau diumumkan. | Tatabahasa | 28.09.2010 |
Salam, saya dilanda masalah dengan pilihan jawapan bagi soalan berikut (isi tempat kosong) : Zulaikha merupakan seorang murid yang pintar di sekolahnya. Dia sangat (rajin / tekun) belajar. Dia akan sentiasa menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Dia juga (rajin / tekun) mengulang kaji pelajaran. Diharap tuan / puan dapat memberi saya tunjuk ajar. Terima kasih. | Dia sangat rajin/tekun belajar. Dia akan sentiasa menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Dia juga rajin/tekun mengulang kaji pelajaran. - kedua-dua kata, iaitu rajin dan tekun boleh menjadi pilihan jawaban bagi ayat tersebut. | Tatabahasa | 29.10.2010 |
1. Apakah yang mesti ada dalam ayat pasif tak transitif? 2. Adakah ayat di bawah ini betul? a. Norisah telah diisytiharkan sebagai olahragawati sekolahnya. b. Setiap tetamu yang hadir akan diberikan kupon untuk cabutan bertuah. | 1. Untuk melihat ciri-ciri ayat pasif tak transitif seperti contoh ayat yang tuan berikan, boleh merujuk ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang ditandai dengan kata kerja apitan di-...-kan. 2. Kedua-dua ayat yang diberikan itu betul. | Tatabahasa | 11.03.2015 |
Selamat petang, saya nak tanya soalan ini hendak pilih jawapan yang mana satu? Saya tak pasti jawapannya ialah lepas itu atau oleh itu, dan apakah sebabnya? Ameera berjaya memenangi pertandingan syarahan di peringkat sekolah. ___________, dia akan mewakili sekolahnya untuk bertanding di peringkat zon. A. Lepas itu B. Justeru C. Kalau begitu D. Oleh itu Terima kasih untuk jawab soalan saya. | Jawapan yang betul ialah D. "Oleh itu", bagi contoh ayat "Ameera berjaya memenangi pertandingan syarahan di peringkat sekolah. "Oleh itu," dia akan mewakili sekolahnya untuk bertanding di peringkat zon." Dalam ayat tersebut "oleh itu" merupakan penanda wacana penghubung musabab (sebab berlakunya sesuatu). | Tatabahasa | 17.03.2022 |