Soalan saya: Apakah definisi"seksualiti"? Apakah bezanya maksud perkataan seksualiti dengan perkataan seks dan perkataan seksual? Saya berharap mendapat jawapan yang secepat mungkin daripada saudara. Terima kasih. | Seksualiti bermaksud sifat, tabii atau dorongan seks; keseksualan. | Makna | 18.01.2008 |
Assalamualaikum, Pertanyaan saya adalah mengenai istilah PENGKID. Dari mana asalnya istilah PENGKID yang merujuk wanita yang berpakaian dan bergaya seperti lelaki dan mempunyai selera seks terhadap kaum sejenis (wanita). Sekian Terima Kasih. | Saudara Sharah, Dalam sumber rujukan kami, belum ada istilah pengkid yang dirakamkan secara rasmi. Perkataan ini juga mungkin bersifat kolokial/slanga. Saudara digalakkan membuat rujukan di mana-mana pusat sumber untuk mengetahui asal usul perkataan ini. | Lain-lain | 27.08.2009 |
jawapan yang macam mana perlu kami berikan untuk soalan dibawah: 1. sistem pendidikan kebangsaan memasyarakatkan satu malaysia. 2. kegawatan sosial yang berlaku pada hari ini boleh menghalang proses pembinaan tamadun malaysia. untuk soalan kedua, bolehkah kami jawap soalannya seperti berikut topik: seks rambang, kemudian terdapat lima bahagian, iaitu 1. politik(imej negara), 2. pendidikan(kegagalan), 3. sosial(masyarakat), 4. jenayah(pembuangan bayi), 5. agama(peganagan agama yang tidak kuat) | Soalan esei lazimnya mempunyai skema jawapan yang telah ditentukan. Sila berbincang dengan pensyarah untuk dapatkan skema jawapan. Soalan saudara di luar skop perkhidmatan yang kami berikan. Khidmat Nasihat Bahasa menangani masalah berkaitan penggunaan bahasa Melayu antaranya termasuklah Ejaan Rumi dan jawi, Perkataan dan Istilah serta Tatabahasa. | Lain-lain | 23.01.2011 |
Salam sejahtera Pertama sekali, syabas saya ucapkan pada PRPM kerana berjaya mendekati masyarakat dengan lelaman interaktifnya. Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan 'gejala'. Menurut Kamus Dewan, gejala bermaksud sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu, tanda-tanda akan berlakunya sesuatu, atau keadaan yg menjadi tanda-tanda penyakit. Dewasa ini kita lihat ramai yang mengggunakan frasa "gejala sosial" atau "gejala seks rambang". Perkataan 'gejala' seakan-akan membawa maksud masalah. Apa ini dapat diterima? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). | Tatabahasa | 06.02.2009 |