Apakah terjemahan yang sesuai untuk istilah 'Wet lab' dan pre-analytical'? kedua-dua istilah tersebut hendak digunakan untuk menamakan seksyen-seksyen kerja di dalam makmal perubatan (Wet lab section dan Pre-analytical section). | Untuk makluman puan, belum ada istilah khusus untuk "wet lab" dan "pre-analytical". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah makmal basah dan praanalisis. Oleh itu, nama bahagian yang dicadangkan ialah Bahagian Makmal Basah dan Bahagian Praanalisis. | Istilah | 10.08.2012 |
Manakah yang betul: Seksyen Audit Dan PENsijilan atau Seksyen Audit Dan PERsijilan? Seksyen ini menjalankan kerja-kerja audit, meluluskan dan mengeluarkan sijil-sijil Skim Pensijilan Jabatan. | Salam sejatera, Seksyen Audit dan Pensijilan. | Ejaan | 07.12.2012 |
Untuk makluman tuan saya ditugaskan di seksyen yang baru di jabatan kami. iaitu Seksyen Inspektorat. Tugas utama Seksyen ini adalah melaksanakan audit terhadap Pengurusan Rekod yang dilaksanakan di Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Saya mengalami masalah untuk memberi pengertian, makna dan perbezaan di antara: a. Isnpektorat b. Audit Apakah yang dimaksudkan dengan Inspektorat dan Audit ataupun pengauditan. Bolehkan tuan/puan memberi pandangan dari segi bahasa, istilah dan maksud bagi membolehkan kami melaksanakan tugas dan fungsi sesuai dengan yang dimaksudkan. Sekian, terima kasih | Merujuk sumber rujukan kami padanan kata inspectorate dalam sumber rujukan kami ialah Jemaah Pemeriksa, melihat-lihat dengan teliti untuk mengetahui betul tidaknya; atau dalam konteks sekolah/pendidikan ialah Jemaah Nazir. Kata audit pula bermaksud pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (berkaitan dengan akaun), manakala pengauditan merujuk hal memeriksa dan mengesahkan sesuatu akaun. Berdasarkan makna yang tersebut seksyen puan menjalankan kerja pemeriksaan (bukan audit/pengauditan) seperti sebuah Badan/Jemaah Pemeriksa. | Makna | 12.01.2011 |
Saya mohon bertanya cara tulis perkataan "seksyen" dalam akta tertentu dalam teks tesis, adakah bermula dengan huruf besar atau huruf kecil semua. Contoh: ..disebut dalam Seksyen 29 Akta Dagangan.. ..disebut dalam seksyen 29 Akta Dangan.. Terima kasih | Seksyen 29 Akta Dagangan - huruf awal ditulis dengan huruf besar kerana Seksyen merupakan nama khas atau bahagian daripada tajuk perkara. | Ejaan | 23.10.2018 |
Jalam ME Seksyen 2/2 | Sila beri soalan yang jelas untuk kami memahami maksud tuan dan menjawab persoalan yang diutarakan. Terima kasih. | Lain-lain | 27.03.2019 |
Assalamualaikum. Tuan, Jabatan kami ingin mewujudkan satu seksyen baharu. Ingin mendapatkan pandangan dari segi Bahasa Melayu yang betul/tepat: Group Operations Assurance Section = " SEKSYEN OPERASI ANSURANSI KUMPULAN" ? Pohon pandangan tuan. Tkasih | Waalaikumsalam, Cadangan padanan kami bagi soalan yang dikemukan oleh pihak tuan ialah Bahagian Jaminan Kumpulan Operasi atau Seksyen Jaminan Kumpulan Operasi. Frasa mengikut konteks dan penggunaanya. | Makna | 12.05.2020 |
Minta bantuan untuk terjemahan ke bahasa Malaysia untuk nama seksyen di bawah. Technology Risk & Analytics section Terima kasih. | Padanan terjemahan yang kami cadangkan ialah Seksyen Risiko Teknologi dan Analisis | Penyemakan dan penterjemahan | 04.01.2019 |
Apakah kata paling sesuai dan tepat untuk perkataan zoonotik dalam penggunaan sebagai Kata Nama? Seksyen Zoonotik & Kesihatan Awam Veterinar atau Seksyen Zoonosis & Kesihatan Awam Veterinar. Saya memohon penjelasan pihak tuan mengenai kata zoonosis dan zoonotik; kata nama atau kata adjektif atau selainnya. Sekian, terima kasih. Dr. Muhammad Nazri bin Khairuddin Jabatan Perkhidmatan Veterinar | Pembentukan kata atau istilah yang betul ialah Zoonosis yang bermaksud penyakit haiwan yang boleh menular kepada manusia seperti penyakit anjing gila. | Istilah | 05.02.2010 |
Boleh ke ditukarkan ayat "Lain-lain keistimewaan bagi orang-orang di bawah seksyen 2,3,4,5 dan 6". kepada "Keistimewaan lain bagi individu di bawah seksyen 2,3,4,5 dan 6". | Puan Azia, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Ayat yang Puan berikan tidak boleh ditukarkan kerana ayat pertama membawa maksud yang berlainan sama sekali dengan ayat kedua. Terima kasih | Makna | 07.09.2009 |
Saya mohon penjelasan tentang susunan jabatan, bahagian, seksyen dan unit bagi struktur organisasi sesebuah jabatan kerajaan dari yang besar sehingga yang paling kecil. | Susunan yang dicadangkan bagi sesuatu organisasi (termasuklah sama ada jabatan, institut, pusat, universiti, atau kolej) ialah Jabatan, Bahagian/Seksyen, dan Unit. Jabatan ialah organisasi paling induk yang diketuai oleh seorang ketua yang digelar sama ada Ketua Pengarah, Pengarah, Setiausaha Bahagian. Bahagian atau Seksyen pula merujuk kepada organisasi yang mengkhusus kepada bidang pentadbiran tertentu, seperti Kewangan, Sumber Manusia, dan Pentadbiran Am. Unit pula organisasi terkecil dalam sesebuah jabatan yang menjalankan fungsi lebih mengkhusus kepada bidang tertentu seperti unit perkhidmatan dan rekod, unit pinjaman, dan unit gaji dan saraan. | Istilah | 19.03.2014 |