Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ku.jur] | سکوجور

Definisi : seluruh, segenap, semua bahagian; ~ badan; kuyu matanya, sedangkan ~ tubuhnya berasa lesu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekujur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a) Apakah penjodoh bilangan untuk mayat dan hantu? b) Yang mana betul: seutas jam tangan atau sebuah jam tangan? c) Yang mana betul: kempen anti-merokok atau kempen antimerokok?a) Kami cadangkan sekujur mayat (sekujur=segenap, seluruh, semua), manakala hantu tidak perlu penjodoh bilangan. b) Yang betul: Seutas jam tangan c) Yang betul: Kempen antimerokokTatabahasa14.02.2007
Apakah penjodoh bilangan bagi mayat?Untuk pengetahuan puan, tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. bagi 'mayat', yang biasa digunakan ialah sekujur mayat. Harap maklum.Tatabahasa06.09.2008
Salam sejahtera, Adakah sesuai jika penjodoh bilangan untuk mayat ialah 'bujur', contohnya sebujur mayat. Jika 'bujur' boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk mayat, bolehkah kata bilangan tak tentu 'beberapa' digunakan bersama perkataan 'bujur', contohnya "Beberapa bujur mayat telah ditemui di tempat tersebut."Untuk pengetahuan tuan, tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Bagi "mayat" yang biasa digunakan ialah sekujur mayat. Manakala bagi banyak mayat, lebih sesuai menggandakan perkataan mayat menjadi mayat-mayat yang menunjukkan tidak tentu bilangan mayat. Harap maklum.Tatabahasa13.03.2013

Kembali ke atas