Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ku.lar] | سيکولر

Definisi : (sékular) berkaitan dgn keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dgn keagamaan: Islam tidak mengiktiraf pemisah­an kehidupan agama dgn kehidupan ~; pen-didikan ~ pendidikan yg memberikan pelajaran atau pengetahuan yg bukan bersifat atau ber-kaitan dgn keagamaan; mensekularkan menjadikan sesuatu (sis­tem, fahaman, dll) bersifat sekular: orientalis Barat cenderung utk ~ sistem perundangan Islam; kesekularan keadaan sekular; pensekularan proses mengubah nilai-nilai keluhuran keagamaan kpd nilai kehidupan duniawi, sekularisasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekular


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud sekular?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna sekular ialah (sékular) berkaitan dgn keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dgn keagamaan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna25.04.2009
Adakah ayat boleh dimulakan dengan perkataan juga. contohnya ayat di bawah, adakah tepat: Juga ia dengan tidak tepat telah memasukkan ahli falsafah sekular sebagai sumber perundangan Islam tradisionalisme, tersalah mengklasifikasikan kesejarahan sebagai kecenderungan modenis dan tidak membezakan antara pelbagai arus dalam aliran modenisme Islam.

Ayat tidak boleh dimulakan dengan perkataan “juga”. Contoh ayat yang betul ialah “Penulis juga telah memasukkan maklumat yang tidak tepat dengan menyatakan bahawa ahli falsafah sekular sebagai sumber perundangan Islam tradisionalisme dan tersalah mengklasifikasikan kesejarahan sebagai kecenderungan modenis dan tidak membezakan antara pelbagai arus dalam aliran modenisme Islam”.

Tatabahasa27.11.2022

Kembali ke atas