Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekumpulan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza antara segerombolan dan sekumpulan. Jika merujuk kamus dewan maksudnya sama.tp utk menjawab soalan objektif kena pilih satu jawapan shjMakna perkataan segerombolan dan sekumpulan adalah sama.  Walau bagaimanapun, bagi manusia biasa perkataan yang sesuai ialah sekumpulan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun pengganas dan sebagainya.Makna06.08.2016
Saya dan sekumpulan teman telah menerbitkan sebuah buku ketika kami di peringkat pengajian. Saya ingin bertanya jika kami ingin menjual kembali buku tersebut, bagaimana ya? Perlu kah diterbitkan semula atau hanya mencetaknya sahaja?Jika stok lama itu telah habis, bolehlah dicetak semula atas izin semua pengkaryanya.Lain-lain28.07.2012
Di situ terbaring/terbaringnya sekumpulan orang lumpuh. Dalam ayat di atas, adakah 'nya' wajib dibubuh untuk menjadikan ayat tersebut gramitis?Ayat yang betul ialah Di situ terbaring sekumpulan orang lumpuh/ Di situlah terbaring sekumpulan orang lumpuh.Tatabahasa05.09.2014
Salam sejahtera, adakah penggunaan ayat ' Sekumpulan orang dewasa sedang bersenam robik?' ini betul?Sekumpulan orang dewasa sedang bersenamrobik, ayat ini betul.Tatabahasa27.08.2015
Penjodoh bilangan yang paling sesuai. 1.sekumpulan gajah atau 2. Sekawan gajahPenjodoh bilangan "sekawan dan sekumpulan" boleh digunakan untuk haiwan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun, pengganas dan sebagainya.Lain-lain13.03.2017
Sekumpulan kerbau sedang berkubang di bawah pokok yang berdaun kurus itu. munsyi, adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? TKAyat yang gramatis Sekumpulan kerbau berkubang di bawah pokok yang berdaun kecil itu.Tatabahasa18.05.2012
Sekumpulan ahli payung terjun____ di udara pada paras 4 000 meter. A terayun-ayun B terumbang-ambing C terawang-awang D terolang-aling Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat? TKJawapan yang betul ialah C. terawang-awang (Sekumpulan ahli payung terjun terawang-awang di udara pada paras 4 000 meter.)Tatabahasa05.04.2012
Selamat petang. Saya Cikgu Yew dari SJKC Desa Jaya , Kepong. Saya menghadapi masalah dari segi tatabahasa. 1. sekumpulan kunang-kunang. Adakah penjodoh bilangan ini betul? Dalam Kamus Dewan ada tertulis "sekumpulan semut". Adakah "kumpulan" merujuk kepada haiwan kecil seperti serangga ? 2. berlari tunggang-langgang ketika dikejar anjing. Adakah kata ganda berentak ini salah? Saya sudah rujuki Kamus Dewan, jawapannya betul. Namun, guru-guru BM di sekolah saya kata tak sesuai.1. Kumpulan bukan penjodoh bilangan, sebaliknya unit untuk dirangkaikan dengan kata nama yang sesuai dengan maksudnya.
2. Perkataan "tunggang-langgang" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
Tatabahasa24.05.2016
Salam tuan di talian, Saya ingin memastikan bahawa penggunaan kata sendi nama dari adalah tepat dalam ayat di bawah. 1. Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? atau Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik daripada USM?Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman, kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos.

USM- tempat.
 Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? - TEPAT.
Tatabahasa02.08.2012
Manakah jwpn yg betul _____orang ramai segera melintas ketika lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau a. segerombolan b. sekumpulan skima jwapan diberi 'a' . adakah segerombolan hanya digunakan untuk pengganas atau penjahat shj.Bagi manusia perkataan yang sesuai ialah sekumpulan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun pengganas dan sebagainya.Tatabahasa27.05.2010
1234567

Kembali ke atas