Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.kun.der] | سيکوندر

Definisi : (sékunder) yg kedua (pentingnya, tingkatannya, dll), tidak yg utama, yg terbit atau terhasil drpd sesuatu yg asas atau utama: manusia merupakan individu psikologikal yg wajib memenuhi beberapa keperluan asas dan ~; fungsi yg ~ ini boleh ada, boleh tidak; sumber-sumber ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekunder


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
secondarysekunderLain-lain15.05.2008
Apakah maksud "kumpulan primer" dan "kumpulan sekunder"?Perkataan “primer” bermaksud paling asas atau paling utama. Manakala perkataan “sekunder” pula bersifat bukan asas atau utama. Makna15.12.2021
Lapangan Terbang Kota Bharu merupakan "secondary hub" syarikat penerbangan Firefly. "Secondary hub" boleh diterjemahkan sebagai "hab sekunder"? Atau DBP mempunyai cadangan istilah lain?Istilah hab sekunder adalah betul dan boleh digunakan.Istilah18.08.2015
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu istilah yang lebih tepat bagi "secondhand smoke", iaitu asap yang dikeluarkan oleh perokok. Saya terjumpa beberapa penggunaan seperti asap rokok basi dan asap rokok sekunder. Manakah yang lebih sesuai? Terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah asap rokok sekunder.Istilah14.09.2016
Penggunaan terjemahan yang sesuai untuk i. Second Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan Asap Rokok Basi @ Asap Rokok Sekunder? ii. Third Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan sebagai Asap Rokok Tertier? Adakah betul terjemahan yang saya gunakan?Berdasarkan penjelasan tuan, cadangan terjemahan kami berdasarkan konsep yang berkaitan adalah seperti yang berikut:
1. "second hand smoke" = Asap Rokok Sekunder
2. "third hand smoke" = Asap Rokok Tertier
Penyemakan dan penterjemahan04.12.2015
Mohon semakan terjemahan ayat berikut: Unexpected events can arise secondary to use not according to the guidelines. Peristiwa tidak dijangka boleh berlaku sekunder terhadap penggunaan yang tidak mengikut garis panduan. Terima kasih

Terjemahan yang dicadangkan ialah “Peristiwa yang tidak dijangka boleh berlaku pada peringkat sekunder akibat penggunaan (dana, dsb.) yang tidak mengikut garis panduan”. Namun begitu, terjemahan yang sesuai juga bergantung pada ayat yang sebelum dan selepas ayat tersebut. Dalam bahasa Melayu perlu ada subjek/perkara selepas perkataan penggunaan sekiranya terjemahan tersebut sesuai.

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan10.03.2017
definisi industri berat dan definisi industri ringanMerujuk istilah, industri berat ialah Industri sekunder yang menggunakan jentera - jentera berat. Industri ringan ialah Industri yang mengeluarkan barang-barang yang kecil dan ringan seperti pakaian, percetakan dan lain-lain.Istilah21.09.2008
Salam. Saya ingin bertanya berkenaan terjemahan terkini untuk frasa "second hand smoke" dalam Bahasa Malaysia. Saya ada terjumpa artikel dalam akhbar yang bertarikh 7 Julai 2020 yang mengguna pakai frasa "asap rokok terpakai". Adakah frasa "asap rokok sekunder" tidak boleh diguna pakai lagi?Padanan istilah tersebut masih kekal seperti yang berikut:

second hand smoke - asap sekunder

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain22.11.2021
Saya sedang membuat penyelidikan mengenai PSYCHOLOGIKAL EMPOWERMENT Dan kepuasan kerja guru.. Pertanyaan saya ialah bolehkah saya menggunakan perkataan : 1. PSYCHOLOGIKAL itu di terjemah sebagai PSIKOLOGIKAL bukannya PSIKOLOGI..memandangkan psikplogokal adalah perkataan sekunder. 2. Perkataan EMPOWERMENT ini mempunyai banyak maksud iaitu memperkasa Dan pengupayaan. boleh atau tidak Dari segi bahasa saya memterjemahkan kepada PENGUPAYAAN PSIKOLOGIKAL.. 3..Adakah EMPOWERMWENT ini boleh dipinjamkan menjadi bahasa melaysia..Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk "psychological" ialah psikologi (tidak ada perkataan psikologikal dalam bahasa Melayu). Untuk menentukan sama ada perkataan memperkasa atau pengupayaan yang sesuai digunakan, bergantung pada konsep atau maksud perkataan tersebut. Oleh sebab DBP tidak mempunyai istilah tersebut dalam pangkalan data istilah, kami tidak pasti konsep istilah tersebut dan tidak dapat memberikan padanan yang tepat. Sekiranya tuan mengetahui konsep istilah tersebut, tuan boleh menentukan istilah yang lebih sesuai dan tepat.Istilah14.10.2014
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi "secondary accident"? Contoh ayat: Preventive measures for secondary accident. Terima kasih.Padanan untuk secondary accident ialah ‘kemalangan sekunder’.Istilah13.09.2014
12

Kembali ke atas