Salam. Adakah ayat di bawah ini betul? Menurut Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), spesies Harimau Malaya dan seladang serta penyu spesies terancam. | Ayat yang betul ialah: Menurut Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), spesies harimau Malaya, seladang dan penyu merupakan spesies yang terancam. | Tatabahasa | 15.01.2022 |
Boleh saya tahu kata baru yang menggabungkan bahagian kata (Akronim) selain daripada Selembu (seladang + lembu), apa lagi ya? Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan, perkataan "AKRONIM" bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata), pawagam (panggung wayang gambar) dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkataan "AKRONIM", puan bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Tatabahasa Dewan sangat berkesan untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran tatabahasa Melayu. | Tatabahasa | 11.02.2021 |
Tuan, Apakah terjemahan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan "immerse" (istilah landskap) dalam petikan ini: MENAIK TARAF LANDSKAP KONSEP ‘IMMERSED’ BAGI EKSIBIT ZOO NEGARA UPGRADING LANDSCAPE WORKS IMMERSED CONCEPT ON NATIONAL ZOO EXHIBIT FRIM telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) untuk melaksanakan projek menaik taraf landskap Zoo Negara yang menampilkan konsep “immersed” untuk pameran haiwan. Projek ini telah disempurnakan pada 2019 dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Konsep ‘immersed’ ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih semula jadi, berbanding dengan bangunan buatan dan kandang, yang mana haiwan itu ditempatkan dan dijaga. Sebelum ini, pemisahan pelawat dan haiwan yang dipamerkan adalah terlalu fizikal dan tegar, iaitu, dalam bentuk pagar logam dan sangkar yang sering menyekat pandangan. Dengan konsep pameran ‘immersed’ ini, kewujudan pemisah di antara pelawat dan haiwan menjadi kurang ketara dengan penggunaan dinding kaca dan sempadan semula jadi seperti tali air dan tumbuh-tumbuhan yang diperkenalkan dalam reka bentuk landskap. Projek ini melibatkan kawasan-kawasan pameran untuk tapir, harimau, seladang dan rusa serta kawasan persekitaran Kompleks Pemuliharaan Panda Gergasi dan ruang terbuka yang lain di kawasan zoo berkenaan. Sekian, terima kasih. | Perkataan "immersed" dalam konteks ayat di atas dapat dipadankan sebagai terperinci. Walau bagaimanapun, kami tidak menyemak ayat tersebut secara keseluruhan. | Lain-lain | 11.03.2020 |