mana satu betul selain itu atau selain daripada itu | Selain itu. | Tatabahasa | 20.08.2009 |
salam, yg manakah benar, "selain itu" dan "selain daripada itu"? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'Selain' bermaksud 'di samping'. Oleh itu, penanda wacana 'Selain itu' tidak perlu ditambah 'daripada' kerana kata sendi nama 'daripada' hanya boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan. | Tatabahasa | 08.03.2012 |
Merujuk kepada kamus dewan, 'selain' bermaksud di samping, bersama-sama dgn. Adakah penggunaan 'selain' dalam frasa berikut gramatis? a) Selain acara lompat tinggi, ... b) Selain daripada acara lompat tinggi, ... | Ayat yang gramatis ialah ayat (a). Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain sudah bermaksud lain daripada. | Tatabahasa | 12.07.2009 |
Minta kepastian daripada DBP. Yang mana betul ? selain itu / selain daripada itu; salah satu / salah satu daripada; melentur bulur biar dari rebung / melentur buluh daripada rebung; semua data murid perlu dimasukkan. . ./ data murid perlu dimasukkan. . Terima kasih. | Frasa yang betul ialah selain itu, salah satu daripada, peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung", ...semua data murid perlu dimasukkan. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Mengapakah kita tidak boleh menggunakan perkataan"selain daripada itu"? | Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada. | Tatabahasa | 24.06.2009 |
Adakah penggunaan penanda wacana 'selain daripada itu menepati sistem bahasa yang tepat? | Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada. | Tatabahasa | 20.09.2006 |
Helo, Apa khabar? Mana satu penanda wacana yg betul? Selain itu atau Selain daripada itu? Oleh kerana atau oleh sebab? Dalam pada itu atau dalam itu? | Penanda wacana yang digunakan ialah selain itu, oleh sebab dan dalam pada itu. | Tatabahasa | 30.01.2008 |
kesalahan penggunaan selain daripada itu.... | 'Selain itu' tidak perlu ditambah 'daripada' kerana kata sendi nama 'daripada' hanya boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan. Penggunaan yang betul dan tepat ialah 'selain itu'. | Tatabahasa | 12.07.2012 |
apakah perbezaan di antara penggunaan : selain itu dengan selain daripada itu? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'Selain' bermaksud 'di samping'. Oleh itu, penanda wacana 'Selain itu' tidak perlu ditambah 'daripada' kerana kata sendi nama 'daripada' hanya boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan. Penggunaan yang betul ialah 'selain itu'. | Tatabahasa | 25.02.2011 |
Selain itu, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata seru "Amboi" dan "Wah". Apakah jawapan yang betul untuk soalan di bawah dengan dua pilihan kata seru tadi? 1.___________, cantik sungguh awak hari ini! 2.___________, buruknya kereta Cikgu Chong! 3.___________, besarnya rumah kamu! 4.___________, kasihan betul adik yang demam! Apakah perbezaannya antara kedua-dua kata seru ini dari segi penggunaannya? | Salam sejahtera, Tuan, "Wah" dan " Amboi" merupakan kata seruan yang digunakan dalam ayat seruan. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Dalam konteks ayat yang diberi, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kecuali ayat nombor 2 dan nombor 4. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 10.07.2018 |