Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kedudukan perkataan "juga" dalam ayat perlu diletakkan di tengah ayat atau di akhir ayat. Contohnya : 1. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting "juga" dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain. atau 2. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain "juga".Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut juga penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain.Tatabahasa02.04.2015
Apakah kesaahan dalam ayat-ayat berikut: 1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 2. Ikan paus menggunakan udara dari peparunya untuk bernafas. 3. Orang tua itu terjatuh dari basikalnya.1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. - Tidak ada dialek yang standard kerana dialek dituturkan dalam kawasan/kumpulan tertentu sahaja. Ayat terlalu panjang dan ttidak menggunakan tanda baca atau kata hubung yang betul.
Ayat kedua dan ketiga betul.
Tatabahasa10.03.2013
Boleh saya tahu penggunaan kata 'juga' yang paling tepat antara 2 ayat yang berikut? 1. Selain itu, permainan bahasa juga dapat membantu... 2. Selain itu juga, permainan bahasa dapat membantu...Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud juga ialah sama halnya dengan yang lain atau dengan yang disebut sebelumnya; pula; pun atau selalu demikian halnya. maka kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa19.09.2019
Sila pilih frasa/penanda wacana yang betul dari segi tatabahasa. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. Semoga soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). 1. Selain daripada itu 2. Selain dari itu 3. Lain daripada itu 4. Lain dari itu 5. Tambahan lagi

Penanda wacana yang betul ialah nombor 3 dan 5:Lain daripada itu” dan  “Tambahan lagi”.

Tatabahasa22.09.2021
Mengikut kamus dewan, [lantaran]1. hal yang menjadi sebab sesuatu perkara;2. kerana, sebab. Adakah perkataan [lantaran itu] mempunyai maksud yang sama? Adakah penanda wacana ini wujud?Untuk pengetahuan tuan, saya mengetahui [selain] dan [selain itu] mempunyai makna yang berbeza. Adakah [lantaran itu] mempunyai maksud yang sama dengan [lantaran]?Jika lantaran bermaksud kerana atau sebab, maka lantaran itu samalah maknanya dengan kerana itu atau sebab itu.Tatabahasa23.10.2009
1) Asing pada pandangan matanya / Asing daripada pandangan matanya. 2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka. / Selain dari pak cik adalah ayah saudaranya.....Nadia suka.

1) Asing pada pandangan matanya

2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka.

Tatabahasa13.10.2011
Tuan, Selamat sejahtera. Bolehkah tuan terangkan kepada saya 1. perbezaan penggunaan antara 'selain itu' dengan 'di sampingan itu'? 2. Tolong menerangkan kedua-dua tanda wacana tersebut dengan memberikan ayat contoh. Saya tidak dapat membezakan kedua-dua tanda wacana tersebut kerana saya merujuk kamus dan mengatakan kedua-dua tana wacana tersbut adalah sama. tetapi dalam latihan pelbagai pilihan wujud kedua-dua tanda wacana tersebut sebagai pilihan. oleh itu, saya minta jasa baik daripada pihak tuan untuk menerangkan kepada saya. sekian terima kasih.Selain itu dan di samping itu, kedua-duanya sama sahaja penggunaannya dan berfungsi sebagai penghubung yang menyampaikan maklumat tambahan yang diperkatakan sebelumnya. Oleh itu, soalan peperiksaan sepatutnya meniadakan pilihan jawapan yang memberi makna yang sama atau mempunyai fungsi yang sama.Tatabahasa07.10.2010
Salam sejahtera. Soalan saya mengenai kesahihan susunan ayat berikut, dan harap dapat menunjuk ajar cara tulis yang betul jika salah. Selain itu, turut dapat diperhatikan pada filem calitan darah adalah kewujudan sel darah merah terkecut.Saya kurang jelas dengan maksud "darah merah terkecut" adakah ia merupakan  istilah khusus dalam bidang perubatan atau perkataan "terkecut" ini merujuk kepada darah beku? maka ayat tersebut boleh ditulis seperti berikut: 1) Selain itu, pada filem calitan darah terdapat darah merah beku. 2). Selain itu, terdapat darah merah beku pada filem calitan darah.Lain-lain21.09.2017
Salam hormat. Saya ingin bertanyakan tentang istilah 'jakun'. Adakah maksud lain bagi istilah itu selain daripada 1. suku kaum orang asli (OA), 2. halkum (Mn). Mengapakah masyarakat sering menggunakan istilah itu untuk menunjukkan sesuatu yang pelik, kolot dan seumpamanya. Terima kasih.Berdasarkan sumber rujukan kami hanya dua maksud yang tersebut membawa maksud jakun, berkemungkinan terdapat dialek di daerah tertentu memberikan peluasan makna kepada kata jakun untuk maksud yang lain lagi.Makna08.12.2010
1. Bolehkah perkataan “nya” digunakan untuk objek selain manusia? Sebagai contoh, “Walaupun rumah itu besar tetapi keadaannya sunyi”. 2. “Sejak kecil Anita lebih serong kepada bidang sukan.” Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 3. A.Lari!Jerit kakak kepada saya. B. “Lari!”jerit kakak kepada saya. Ayat manakah yang betul? 4. “Mereka mengakui persembahan itu tahan sahaja.”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 5. “Saya akan bertemu Aishah esok”, “Saya akan bertemu dengan Aishah esok”. Ayat manakah yang lebih gramatis. Sila berikan penerangan. 6.Apakah perbezaan antara “orang orang” dengan “orang-orang”? Terima kasih.

       1. Selain sebagai kata ganti nama diri manusia ketiga, kata –nya boleh berfungsi sebagai kata pascakata (kata penekan dan kata pembenda).  Rujuk tatabahasa Dewan halaman 295-296.   2.   Sejak kecil Anita lebih cenderung kepada bidang sukan.   3.   “Lari!” jerit kakak kepada saya.  4.   Saya akan bertemu dengan Aishah esok. 5. Ejaan yang betul ialah orang-orang.

Tatabahasa31.12.2014
12345678910...

Kembali ke atas