Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalu I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih.Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan 
Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci. 
 
Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah.
Tatabahasa05.09.2012
Tuan, ayat yang mana satu betul? 1) Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. 2) Encik Ong selalu membelikan barang-barang kemas untuk isterinya.Ayat yang gramatis ialah Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas.Tatabahasa14.06.2012
Tuan, antara ayat di bawah yang mana salah? 1. Mereka bersenam selalu di padang. 2. Mereka bersenam di padang selalu.Ayat kedua salah kerana kata adverba (selalu) boleh hadir selepas atau sebelum kata kerja seperti dalam ayat pertama.Tatabahasa20.03.2011
1)Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut pusat pengajian tinggi.2)Semak-samun di belakang rumah itu belum dipotong.3)Seluar saya sama besar seluar Ahmad.TOLONG BETULKAN KALAU TERDAPAT SALAH.

Saudari/Saudara,

1. Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut di pusat pengajian tinggi.

2. Ayat tepat

3. Seluar saya dan Ahmad sama besar. (ayat yang diolah oleh saudara betul dari aspek tatabahasanya namun, kurang gramatis)

Tatabahasa05.09.2012
Apakah jawapan yang paling tepat bagi ayat berikut menjual atau menjaja 1. Mariam selalu membantu ibunya................. kuih-muih di warung mereka sebelum ke sekolah (soalan saya bertarikh 20 Feb.) Berdasarkan soalan di atas kedua-dua jawapan boleh diterima tetapi yang menjadi kekeliruan saya, di dalam kamus dewan edisi keempat perkataan menjaja tidak terdapat dalam kamus. Adakah jawapan itu masih boleh diterima? Jika dirujuk di dalam kamus juga menjaja itu bermaksud dari satu tempat ke satu tempat tetapi soalan saya terdapat perkataan "warung". terima kasihMerujuk Kamus Dewan jawapan yang betul bagi ayat tersebut ialah menjual. Betul seperti yang saudara maklumi menjajakan bermaksud menjual barang dagangan dengan membawanya berkeliling. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa27.02.2013
Apakah jawapan yang paling tepat bagi ayat berikut menjual atau menjaja 1. Mariam selalu membantu ibunya................. kuih-muih di warung mereka sebelum ke sekolah.Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa20.02.2013
Saya hendak bertanya ayat ini; 1. Acu cuba makan kuih ini. (Betul tak kenyataan ini? ) 2. a) Ahmad selalu mendapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang. b) Ahmad selalu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. ( Kenyataan a atau b yang betul ? )

1. Acu cuba makan kuih ini. - ayat ini tidak gramatis kerana kata acu juga bermaksud cuba. Oleh itu, ayat yang gramatis "Cuba makan kuih ini".

2. b) Ahmad selalu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. 

Tatabahasa21.08.2011
Salam sejahtera, 1) Apakah kesalahan dari segi tatabahasa dalam ayat ini -- Di sinikah awak selalu menghabiskan masa kelapangan bersama keluarga awak? 2) Apakah maksud ayat ini ---- Segala yang berlaku ke atas dirinya hanya sebagai penyebab. Terima kasih1) Di sinikah awak selalu menghabiskan masa kelapangan bersama keluarga awak? frasa yang betul ialah masa lapang.  
2) Segala yang berlaku ke atas dirinya hanya sebagai penyebab. Tidak tepat dari segi makna ayat, penyebab bermaksud orang yang menjadi sebab.
Tatabahasa14.05.2013
Tuan, Kami sebagai guru sering berhadapan dengan konflik kerana pihak JPN selalu memberikan keterangan bahasa yang bertentangan dengan DEP. Misalnya, perkataan jarang mengikut Kamus Dewan ialah tidak selalu, sekali-sekala; Jadi, ayat yang berbunyi 'Ali jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar' . betul atau sebaliknya? Mengikut jawapan daripada JPN, ialah jarang-jarang. Bukankah jarang-jarang bermaksud tidak rapat untuk gigi atau rambut? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai. Berdasarkan makna tersebut, perkataan jarang-jarang yang diberikan oleh pihak JPN dalam ayat tersebut adalah betul, iaitu Ali jarang-jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar. Tatabahasa30.05.2010
Apakah perbezaan maksud bagi istilah 'rumah pangsa' (flats), 'pangsapuri' (apartment), dan 'kondominium'?1.kondominium - bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. (selalu dikaitkan dengan kos mewah) 2.pangsapuri - rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas, dengan disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan. (selalu dikaitkan dengan kos sederhana) 3.flat - sama konsep dengan rumah pangsa tetapi dalam kos yang rendah.(selalu dikaitkan dengan kos rendah)Tatabahasa30.07.2007
12345

Kembali ke atas