Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,

Puisi
 

Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Agak-agak bertutur malam hari.

Bermaksud :

Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.

 

Lihat selanjutnya...(6)

481

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza penggunaan kata nama ‘ajaran’ dengan ‘pengajaran’?

 “Ajaran” bermaksud sesuatu yang diajarkan oleh sesorang atau sesuatu seperti agama dan kitab.

“Pengajaran” bermaksud hal, proses atau perbuatan mengajar atau mengajarkan atau Pengalaman pahit yang dijadikan sebagai pedoman atau iktibar supaya tidak berulang.

Contoh ayat:

      i.       1. Iskandar selalu ingat akan ajaran gurunya.

     ii.       2. Pengajaran Cikgu Arifin tentang sejarah Bahasa Melayu ternyata sangat berkesan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 32.

Tatabahasa16.01.2024

Kembali ke atas