Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan. 1) Apakah perbezaan selamat sejahtera dan selamat pagi? 2) Antara selamat sejahtera dan selamat pagi yang mana lebih baik di gunakan? 3) Apakah maksud selamat sejahtera dan selamat pagi? Sekian terima kasih. | 1. Selamat sejahtera ialah ucapan atau doa yang berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera. Manakala, ucapan selamat pagi ialah kata sapaan yang biasa diucapkan; "Selamat tengah hari", "Selamat malam", "Selamat petang" dan "Selamat pagi". 2. Kedua-dua ucapan tersebut biasa digunakan masyarakat kita, bergantung pada konteks penggunaan. | Lain-lain | 12.04.2013 |
1. Bolehkah frasa "selamat pagi". "selamat tengah hari", "selamat petang", "selamat malam" dikategorikan sebagai "ucapan tatasusila"? 2. Adakah frasa "selamat tinggal", "terima kasih", "sama-sama", "maafkan saya", "apa khabar?", "khabar baik" dikategorikan sebagai "ucapan sopan" atau "ucapan tatasusila"? Terima kasih | Tidak ada kategori tertentu yang dikhaskan untuk mendefinisikan ucapan selamat mahupun ucapan yang lain. Terima kasih. | Makna | 20.10.2017 |
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dalam ayat berikut adalah perlu atau tidak? 1. Damya mengucapkan (terima kasih/Terima Kasih) kepada ibunya. 2. Lily mengucapkan (selamat pagi/Selamat Pagi) kepada Cikgu Khoo. 3. Bella mengucapkan (selamat malam/Selamat Malam) kepada neneknya. 4. Pekerja itu mengucapkan (selamat tengah hari/Selamat Tengah Hari) kepada pegawai atasan mereka. Sila berikan penjelasannya sekali. Terima kasih. | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap nama khas sahaja. Ucapan selamat pada mana-mana waktu, ucapan terima kasih bukan kata nama khas. Sila rujuk buku kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP; buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga, DBP dan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, DBP. | Ejaan | 14.07.2014 |
Tuan/Puan, Bagi maksud penulisan slogan “Kemas, Selamat, Ceria”, apakah penulisan yang betul? (i) “Kemas, Selamat, Ceria”; atau (ii) Kemas, Selamat, Ceria; atau (iii) Kemas, selamat dan ceria; atau (iv) KEMAS, SELAMAT, CERIA; atau (v) KEMAS, SELAMAT DAN CERIA? Sekian, terima kasih. | Kata hubung boleh ditiadakan dalam penulisan slogan, puan boleh menulis sebagai KEMAS, SELAMAT,CERIA atau KEMAS,SELAMAT DAN CERIA dan boleh juga dalam tulisan huruf kecil. | Tatabahasa | 14.01.2015 |
Betulkan ejaan Selamat Tahun Baharu atau Selamat Tahun Baru. Peruntukkan ke atau peruntukan. Sepertimana ke atau seperti. Hala tuju ke atau halatuju | Kedua-dua frasa Selamat Tahun Baharu atau Selamat Tahun Baru, betul kerana baharu dan baru dianggap sebagai varian dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul ialah peruntukan, seperti mana dan hala tuju. | Tatabahasa | 27.12.2011 |
Salam..mohon pengesahan penggunaan perkataan ini "Selamat menyambut tahun baharu" @ "selamat menyambut tahun baru" | Frasa yang gramatis ialah "Selamat menyambut tahun baharu". Walau bagaimanapun frasa "Selamat menyambut tahun baru" juga diterima selagi frasa tersebut digunakan dalam wacana umum seperti iklan. | Tatabahasa | 16.12.2015 |
Salam Ramadan! Soalan saya ialah, yang mana satu betul; Selamat Hari Raya (nama seseorang) / selamat hari raya (nama) / selamat Hari Raya (nama)? Sekian, terima kasih! | Selamat Hari Raya betul | Lain-lain | 12.05.2020 |
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN atau SELAMAT HARI MERDEKA. Terima kasih. | Frasa yang gramatis ialah "Selamat Hari Kemerdekaan". | Tatabahasa | 20.08.2014 |
Betulkah jika kita tulis frasa 'selamat pagi seperti berikut: -Selamat pagi. ( Huruf awal ditulis dengan huruf besar dan ada tanda noktah pada akhir frasa) | Ejaan yang betul ialah "Selamat pagi." | Ejaan | 07.10.2011 |
Mee Wee Ting SEL 9.19 PTG Maaf, sy ingin tnya, klu untuk mengucap selamat, selepas pukul 7pm disebut selamat petang ataupun selamat malam? | Terima kasih. Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. Harap maklum dan terima kasih. | Istilah | 23.05.2017 |