Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan. 1) Apakah perbezaan selamat sejahtera dan selamat pagi? 2) Antara selamat sejahtera dan selamat pagi yang mana lebih baik di gunakan? 3) Apakah maksud selamat sejahtera dan selamat pagi? Sekian terima kasih. | 1. Selamat sejahtera ialah ucapan atau doa yang berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera. Manakala, ucapan selamat pagi ialah kata sapaan yang biasa diucapkan; "Selamat tengah hari", "Selamat malam", "Selamat petang" dan "Selamat pagi". 2. Kedua-dua ucapan tersebut biasa digunakan masyarakat kita, bergantung pada konteks penggunaan. | Lain-lain | 12.04.2013 |
1) Selamat Tahun Baru Cina atau Selamat tahun baharu cina? 2) bandaraya atau bandar raya? | Ungkapan 'baru' atau 'baharu' boleh merujuk kepada 'new'. Ungkapan 'baru' hanya merujuk 'just'. Selamat Tahun Baharu Cina atau Selamat Tahun Baru Cina. Kedua-dua boleh digunakan. Begitu juga dengan kereta baru dan kereta baharu. Ejaan yang betul ialah Bandar Raya. | Tatabahasa | 25.01.2011 |
Yang mana satu betul untuk maklumkan kepada orang ramai: 1.Selamat Hari Raya Idul Adha 2.Selamat Hari Raya Aidiladha 3. Selamat Hari Raya Eidul’ Adha | Ejaan yang betul ialah Selamat Hari Raya Aidiladha. | Ejaan | 25.09.2012 |
minta pembetulan ayat ini 1. " SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI" 2. " JANGAN BIARKAN KUASA PENGARUHI NAFSU" | Jawapan yang betul ialah 1. " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" 2. " JANGAN BIARKAN KUASA DIPENGARUHI NAFSU" | Lain-lain | 30.09.2010 |
Soalan saya berdasarkan ayat nombor 1 berikut: 1. Selamat pagi. Apakah subjek dan predikat bagi ayat nombor 1 di atas. | 'Selamat pagi' bukan ayat tetapi frasa dan frasa tidak perlu dilengkapi subjek dan predikat. | Tatabahasa | 05.10.2011 |
mohon senggang waktu bagi setiap ucapan di bawah. selamat tengah hari selamat petang selamat malam *adakah tempoh tengah hari dari jam 12 hingga 12.59?? | Encik Ahmad Sabri, Ucapan selamat tengah hari diucapkan pada masa 12.00 hingga 1.59 tengah hari Ucapan selamat petang bermula daripada pukul 2.00 petang hingg 6.59 petang dan selamat malam bermula daripada pukul 7.00 hingga 1.59 malam | Lain-lain | 04.10.2010 |
1. lagu "Selamat Hari Jadi" atau 2.lagu Selamat Hari Jadi Mana satu baru betul?atau ada jawapan lain yang sesuai.tolong sertakan sebab. | lagu Selamat Hari Jadi - lagu ini telah diketahui umum dan dalam bahasa Melayu, penulisannya tidak perlu lagi dibubuh tanda petik. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
Salam, 1.Selamat pagi. Adakah ayat nombor 1 di atas mempunyai subjek dan predikat.Terima kasih | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 04.10.2011 |
Salam sejahtera, saya menghadapi beberapa kekeliruan; 1. Berkenaan ucapan salam terutamanya pada waktu tengah hari, petang dan malam. Sila rujuk keterangan di bawah. a) 12.00- 12.59 minit tengah hari - "selamat tengah hari" b) 1.00- 6.59 petang - "selamat petang" c) 7.00 - 12.00 - "selamat malam"(Bahasa Inggeris disebut Good Evening" d) 12.01 - 11.59 pagi - "selamat pagi" Adakah keterangan di atas benar atau sebaliknya. Tolong jelaskan. 2. Tolong berikan jawapan untuk soalan ini, Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A. Amat terindah B. Sungguh amat indah C. Amat sungguh terindah D. Sungguh amat terindah Soalan tentang tajuk ini pernah saya kemukakan sebelum ini namun saya masih lagi keliru. Sekian, terima kasih. | Saudara, Menurut maklumat yang dikemukakan bagi (a) ucapannya ialah "selamat tengah hari", (b) ucapannya ialah "selamat petang", (c) ucapannya ialah "selamat malam" dan (d) ucapannya ialah "selamat pagi". Kata amat, sangat dan sungguh merupakan kata penguat bebas yang letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Dalam hal ini salah satu kata sudah memadai digunakan dalam ayat. Contohnya, sungguh indah; amat indah. Awalan "ter-" ialah penanda darjah penghabisan dan digabungkan dengan kata penguat bebas . Contohnya, teramat indah; tersangat indah. | Tatabahasa | 28.11.2010 |
Salam Aidilfitri, 1. Ungkapan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA NEGARA KE-55 atau SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55? 2. Ayat: Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah. BETUL / SALAH 3. Ayat: Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi ATAU Pameran kapal-kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi. 4. Ayat: Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kurang pengunjung ATAU Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung. 5. Ayat: Pihak polis telah menemui ATAU menemukan mayat di tepi jalan raya itu. Terima kasih. | 1. Ungkapan yang betul ialah SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55 2. Ayat "Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah." adalah betul. 3. Ayat yang betul ialah "Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi." 4. Ayat yang betul ialah "Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung." 5. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
| Tatabahasa | 31.08.2012 |