Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selamat datang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, ayat di bawah yang manakah betul? 1. Selamat datang ke negeriku. 2. Selamat datang di negeriku. Minta tuan sertakan penjelasan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Selamat datang ke negeriku". Penggunaan sendi "di" adalah tidak tepat kerana ia adalah kata sendi nama yang menunjukkan tempat dan lain-lain. Sebagai contohnya, "Ali tinggal di Kuala Lumpur." Manakala sendi "ke" pula ialah kata sendi yang menunjukkan arah atau tempat dan lain-lain yang ditujui. Maka, penggunaan sendi "ke" adalah lebih tepat kerana ayat tersebut mengalu-alukan pelawat yang datang ke negerinya.Tatabahasa15.12.2014
SELAMAT DATANG KE GALERI TIME TUNNELSELAMAT DATANG KE GALERI TIME TUNNEL
Mohon jelaskan soalan.
Lain-lain30.05.2013
Assalamualaikum. Paparan ayat (di pintu atau tembok bangunan) yang mana satu sesuai bagi mengalukan kedatangan tetamu: 1. Selamat Datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat Datang, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar.Ayat yang betul ialah "Selamat Datang Jemaah Nazir dan Pegawai Jaminan Kualiti Cawangan Muar."Tatabahasa11.01.2014
Apakah perbezaan ayat di bawah: 1. Selamat datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat datang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar.Ayat pertama mengslu-alukan kedatangan tetamu ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, manakala ayat kedua mengalu-alukan kedatangan Jemaah Nazir dan kumpulan Jaminan Kualiti ke sesuatu tempat.Tatabahasa07.01.2014
Respon manakah yanh betul??? Selamat datang, Rajan. Silakan masuk. respon 1 : Baiklah, Puan Nora. respon 2 : Terima kasih, Puan Nora.Respons yang lebih sesuai:
 
"Selamat datang, Rajan. Silakan masuk."
"Terima kasih, Puan Nora."
Tatabahasa23.05.2018
apakah kata ganti yang paling sesuai untuk perkataan 'selamat datang'? perkataan tersebut mestilah mempunyai elemen mesra alam seperti istilah 'we are pleased to welcome you..." dalam bahasa inggeris.tidak boleh terlalu panjang, mesti pendek dan tepat.hrp saudari/i di DBP dapat membantuUngkapan Selamat Datang itu memang sudah cukup santun dan sesuai digunakan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat bahasa Inggeris.Tatabahasa30.10.2007
Salam, moto Selamat Datang Ke Khidmat Nasihat Dewan Bahasa & Pustaka, kenapa Ke, 'K' huruf besar? Bukankah 'ke' adalah kata sendi dan tidak perlu haruf besar?Ke ialah kata sendi dan seharusnya dieja dengan huruf kecil. maaf atas kesilapan yang berlaku. Terima kasih atas teguran.Tatabahasa13.11.2007
assalam, perlukan bantuan penggunaan ayat dibawah ini: "Selamat datang, rasai suasana baharu di Perodua" Terima kasih atas kerjasama anda.Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain05.08.2015
3. Pengerusi turut mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah serta selamat datang kepada ahli JLAKS yang baru dinaikkan ke pangkat Pemangku Laksamana Pertama mulai 19 Sep 13 seperti berikut: 4. Mesyuarat juga dimaklumkan, terdapat ahli JLAKS yang tidak dapat hadir pada mesyuarat kali ini seperti berikut:Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Lain-lain13.01.2014
SAYA INGINKAN SALINAN TENTANG PANTUN NASIHAT, PANTUN KLASIK, PANTUN SELAMAT DATANG DAN PANTUN SELAMA TINGGAL.Saudara boleh membuat rujukan pada buku Kurik Kundi Merah Saga, buku pantun terbitan DBP. Terdapat 5653 rangkap pantun di dalam buku ini termasuk pantun-pantun yang diperlukan oleh saudara. Bagi membantu, saudara juga boleh melayari laman web dbp di www.dbp.gov.my dan klik pada katalog awam dalam talian. Saudara boleh mendapatkan bahan carian dengan menaip jenis-jenis bahan yang diperlukan pada ruangan carian.Lain-lain13.03.2007
12345

Kembali ke atas