Apakah beza selamat jalan dan selamat tinggal? | Kedua-dua frasa membawa maksud yang sama. | Makna | 13.09.2017 |
Bagaimana hendak menterjemah ucapan "bye" di penghujung perbualan telefon? | Bye-bye dalam penghujung perbualan telefon boleh diterjemahkan kepada perkataan lain yang sepadan dengan budaya kita, seperti selamat tinggal , selamat jalan atau mengakhirinya dengan ucapan salam. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.04.2015 |
apakah maksud perkataan 'selamat' | Antara makna selamat ialah 10ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. 2. terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gangguan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi. | Makna | 09.08.2010 |
JKJR akan mengadakan kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina. Tema yang ingin digunakan "Berhemah Dalam Perjalanan, Selamat Ke Destinasi". Soalannya betul atau salah dari segi tatabahasanya. Soalan kedua, JKJR akan mencetak risalah keselamatan jalan raya untuk diedarkan kepada pengguna jalan raya. Boleh atau tidak risalah tersebut dicetak secara dwibahasa. (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) | Pada pandangan kami, perkataan "Berhemah" tidak sesuai dalam konteks ini. Perkataan yang lebih sesuai ialah Berhati-hati . perkataan "Berhemah" lebih sesuai digunakan dalam konteks memandu, contohnya Berhemah Semasa Memandu. Oleh itu, tema yang dicadangkan ialah Berhati-hati dalam Perjalanan, Selamat ke Destinasi atau BERHATI-HATI DALAM PERJALANAN, SELAMAT KE DESTINASI. Sekiranya tidak menggunakan huruf besar untuk keseluruhan tema tersebut, perkataan "dalam" dan "ke" perlu ditulis dengan huruf kecil kerana kedua-dua perkataan ini ialah kata hubung. DBP tiada halangan sekiranya risalah tersebut dibuat dalam dwibahasa. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu hendaklah diutamakan, iaitu bahasa Melayu didahulukan kemudian diikuti oleh bahasa Inggeris.
| Tatabahasa | 29.12.2015 |
Selamat Sejahtera, Memohon jasa baik pihak DBP menyemak penggunaan alamat seperti di bawah. Perodua KL Main, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur Cadangan kami: 1. Perodua Cawangan Kuala Lumpur 2. Perodua Kuala Lumpur 3. Perodua - Kuala Lumpur Terima Kasih | Padanan yang sesuai ialah Perodua Cawangan Utama Kuala Lumpur, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 29.09.2017 |
Salam Aidilfitri, 1. Ungkapan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA NEGARA KE-55 atau SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55? 2. Ayat: Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah. BETUL / SALAH 3. Ayat: Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi ATAU Pameran kapal-kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi. 4. Ayat: Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kurang pengunjung ATAU Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung. 5. Ayat: Pihak polis telah menemui ATAU menemukan mayat di tepi jalan raya itu. Terima kasih. | 1. Ungkapan yang betul ialah SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55 2. Ayat "Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah." adalah betul. 3. Ayat yang betul ialah "Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi." 4. Ayat yang betul ialah "Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung." 5. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
| Tatabahasa | 31.08.2012 |
Selamat Sejahtera, Saya ingin meminta jasa baik pihak tuan/puan untuk menyemak dan membuat pengesahan perkataan SEROM bagi tujuan kelulusan Permohonan Pelan Nama Taman, Jalan dan Pernomboran. Untuk makluman pihak Tuan/Puan Perkataan SEROM ini berasal dari nama tempat tersebut, bagi memudahkan serta mendapat kesamaan pihak kami telah memilih nama berkenaan. Kami sertakan surat ulasan daripada pihak majlis. Kerjasama dan tindakan lanjut dari pihak Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih. | Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk penamaan nama taman, jalan dan pernomboran perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my. Setelah menerima id akses dan kata laluan, sila log masuk dan klik Daftar Permohonan dan Daftar Penamaan. Kemudian, lengkapkan maklumat (rujuk juga Panduan Pelanggan). | Lain-lain | 06.01.2020 |
Selamat sejahtera Tuan, saya cikgu mata pelajaran sejarah. Saya ingin tahu, adakah DBP ada jual buku teks sejarah Tingkatan 4 yang versi baru 2020 KSSM di HQ DBP Jalan Maharajalela? Hal ini disebabkan banyak kedai buku kata DBP belum hantar buku sekian, terima kasih=) | Salam tuan budiman, Dimaklumkan bahawa, buku teks sejarah Tingkatan 4 versi baru 2020 KSSM telah ada di Kedai buku DBP Jalan Maharajalela. Untuk makluman tambahan, buku terbitan DBP boleh di beli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// Sekian, terima kasih | Lain-lain | 26.12.2019 |
Salam 1 Malaysia, Saya Noraziela dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kuala Lumpur ingin bertanyakan tentang terjemahan. Pihak kami akan mengadakan satu kempen keselamatan yang dinamakan 'Walk of Life" bertemakan 'Make Road Safe'. Akan tetapi pihak kami memilih untuk menukarnya kepada Bahasa Melayu. Kami harap pihak DBP dapat memberi terjemahan yang paling tepat atau sesuai bagi nama kempen kami. Sekian. | Cadangan terjemahan kami bagi "Walk of Life" ialah "Perjalanan Selamat". Bagi "Make Road Safe" ialah "Jadikan Jalan Raya Selamat untuk Anda" Walau bagaimanapun, terjemahan ini bergantung pada konteks. | Istilah | 02.11.2011 |
Selamat petang, saya ingin bertanya. Dimanakah saya harus menghantar borang pemohonan kerja selepas mengisi borang tersebut? | Selamat pagi. Puan hendaklah menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama-sama salinan Kad Pengenalan, salinan Kad Pengenalan ibu bapa, salinan Ijazah/Diploma/STPM/SPM/SRP/PMR dan sijil-sijil bagi kelayakan yang disyaratkan kepada: KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, JALAN DEWAN BAHASA, 50460 KUALA LUMPUR. (u.p.: KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA). | Lain-lain | 11.03.2020 |