Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selamat lah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi . Adakah ayat berikut betul ??? 1. Kita mestilah menghormati guru kita setiap masa. Soalannya: Perlukah saya mengajar murid saya meletak - lah di belakang perkataan kata bantu ??? Baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa dalam Ujian UPSR Bahagian C , jika murid menulis contohnya mestilah , patutlah , haruslah dikira salah . Adakah ini betul ??? Terima kasih .Partikel -lah, -tah dan -kah merupakan kata penegas. Ia dirangkaikan dengan kata yang ingin ditegaskan dan mengalami proses pendepanan. Contoh: Itulah rumah idamanku, bukan : Rumah idamanku itulah.

Ayat yang cikgu berikan adalah betul. Untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang penggunaan partikel -lah sebagai kata penegas, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261. 

Lain-lain31.07.2009
Selamat pagi. Apakah terdapat perbezaan anatar "termasuk" dan "termasuklah"? Misalnya, dalam ayat di bawah, adakah kedua-dua "termasuk/termasuklah" boleh digunakan? Perbezaannya adalah kali ini, bukan sahaja pengurus besar, tetapi rakan-rakan lain termasuk/termasuklah pekerja kesatuan pekerja semuanya sudi bekerjasama. Terima kasih.Lah ialah partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya. Kedua-dua perkataan, termasuk atau termasuklah boleh digunakan dalam ayat yang dikemukakan tersebut. Tatabahasa22.08.2021
Selamat pagi, saya ingin bertanya tentang pembahagian suku kata. Berapa suku katakah bagi perkataan seperti 'dua', 'ia', 'dia', 'ialah', 'tua', 'kuih', 'daun'?Saya sangat keliru tentang cara pengiraan suku kata bagi perkataan yang mengandungi vokal berganding. Bagaimana cara untuk mengenal pasti sama ada satu atau dua suku kata?Sekian, terima kasih.Suku kata dipenggal seperti yang berikut: (du + a), (I + a), (di + a), (i + a + lah), (tu + a), (ku + ih), (da + un). Vokal berganding dikira sebagai dua suku kata dan hal ini tidak sama seperti diftong yang dikira dalam satu suku kata.Tatabahasa27.06.2013
assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa yg saya ingin tuliskan di sini ialah mengenai dewan kosmik terbitan pihak dbp. alhamdulillah banyak input yang kami, sebagai pelajar dapat daripada majalah tersebut. namun apa yang saya kesal kan di sini ialah mengenai harga dan saiz. seperti mana yang diketahui karangkraf telah memberikan hakmilik dewan kosmik kepada pihak dbp semula.harga yang ditetapkan pihak dbp terlalu mahal. mmg lah ilmu itu penting. namun rm 6 dengan harga rm4.80(harga lama) mcm x munasabah. selain itu, jika dibandingkan kosmik lama dan baru, kosmik baru lebih pendek. dan pengisian agak kurang berbanding yg lepas. di harap pihak dbp dapat mempertimbangkan apa yang saya komenkan ini.terima kasih

Terima kasih dan syabas atas penghargaan saudara  kepada majalah Dewan Kosmik. Sebenarnya Karangkraf tidak memberikan hak milik Dewan Kosmik kepada DBP, seperti yang saudara sebutkan. Hak milik Dewan Kosmik ialah DBP kerana majalah ini diterbitkan mengikut Akta DBP. Saiz majalah Dewan Kosmik mengikut spesifikasi mesin cetak. Komen saudara tentang harga dan pengisiannya diambil maklum.

Lain-lain15.01.2008

Kembali ke atas