Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
petang (kata nama)
Bersinonim dengan sore, matahari turun;,
Kata Terbitan : sepetangan, sepetang-petangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang, Saya ingin membuat pengesahan pengunaan bahasa melayu yang betul seperti dalam lampiran.Selamat petang,

Saya telah meneliti lampiran yang disertakan dan mendapati visual tersebut tidak mengandungi sebarang kesalahan. Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
Lain-lain14.07.2015
mohon senggang waktu bagi setiap ucapan di bawah. selamat tengah hari selamat petang selamat malam *adakah tempoh tengah hari dari jam 12 hingga 12.59??

Encik Ahmad Sabri,

Ucapan selamat tengah hari diucapkan pada masa 12.00 hingga 1.59 tengah hari

Ucapan selamat petang bermula daripada pukul 2.00 petang hingg 6.59 petang

dan selamat malam bermula daripada pukul 7.00 hingga 1.59 malam

Lain-lain04.10.2010
Saudara, Saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak saudara tentang ucapan salam yang sering kita gunakan. Contohnya Selamat pagi, Selamat tengah hari dan Selamat petang dan Selamt malam. Yang mengelirukan saya ialah ucapan salam dalam bahasa Malaysia untuk 'Good evening'. Adakah kita menggunakan Selamat petang, Selamat senja atau Selamat malam? Dari pukul berapakah kita boleh menggunakan 'Good evening' di Malaysia? Atau, sehingga pukul berapakah kita boleh menggunakn Selamat petang? Sekian, terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SANUcapan selamat malam ialah padanan bagi ucapan good evening dalam bahasa Inggeris dan biasanya digunakan dari pukul 7.00 malam hingga pukul 12.59 malam. Waktu petang adalah dari pukul 2.00 petang  hingga 6.59 petang.Lain-lain09.11.2008
Liew Yann Pei 6HB JULAI 2.25 PTG Selamat petang kepada pihak DBP, saya ingin tanya pejabat utama DBP di KL ada buka pada hari sabtu? Saya ingin memohon rakan DBP hari sabtu saya bekerja separuh hari sahajaSelamat petang. Pusat Dokumentasi Melayu hanya beroperasi pada hari isnin hingga jumaat sahaja.Lain-lain13.07.2017
1. Bolehkah frasa "selamat pagi". "selamat tengah hari", "selamat petang", "selamat malam" dikategorikan sebagai "ucapan tatasusila"? 2. Adakah frasa "selamat tinggal", "terima kasih", "sama-sama", "maafkan saya", "apa khabar?", "khabar baik" dikategorikan sebagai "ucapan sopan" atau "ucapan tatasusila"? Terima kasihTidak ada kategori tertentu yang dikhaskan untuk mendefinisikan ucapan selamat mahupun ucapan yang lain.

Terima kasih.
Makna20.10.2017
Selamat petang, saya ingin bertanyakan tentang pengiraan bilangan patah perkataan untuk penanda wacana. Sebagai contoh, penanda wacana ""di samping itu"" dikira sebagai satu atau tiga patah perkataan?Tiada pengiraan khusus bagi penanda wacana. Lazimnya penanda wacana dikira sebagai satu perkataan sahaja. Contohnya "di samping itu" dikira sebagai satu perkataan sahaja dalam penulisan.Tatabahasa31.10.2024
Selamat petang Saya ingin mendapatkan pencerahan tentang penggunaan perkataan "di mana". Adalah di mana hanya digunakan untuk merujuk kepada tempat atau lokasi sahaja, atau boleh digunakan sebagai kata hubung dalam ayat. saya agak keliru kerana dimaklumkan "di mana" tidak boleh digunakan sebagai kata hubung untuk memberi penjelasan tentang sesuatu perkara. Ia hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada tempat atau lokasi. Diharap pihak tuan-puan boleh bantu memberi pencerahan. sekian terima kasih

Frasa 'di mana' digunakan dalam ayat tanya, bukan dalam ayat penyata.

Contoh: Di manakah awak tinggal?

Tatabahasa06.08.2024
Selamat petang. Saya tidak berpeluang melihat karya lukisan Maharaja Huizong (dari / pada) Dinasti Song yang tersimpan di Muzium Istana Kota Larangan. Dalam ayat di atas, "dari" dan "pada" yang manakah lebih sesuai? Atau ditulis sebagai Maharaja Huizong Dinasti Song? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya tidak berpeluang melihat karya lukisan Maharaja Huizong daripada Dinasti Song."Tatabahasa21.06.2024
Selamat petang tuan,saya mahu tanya mana yang betul:1.setiap orang pelajar 2.setiap pelajarJawapan yang betul ialah “setiap pelajar”. 
Kata bilangan pisahan “setiap” tidak perlu diikuti penjodoh bilangan.
Pelajar telah membawa maksud orang; tidak perlu pengulangan kata orang. 
Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan penjodoh bilangan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2015), halaman 288.

Lain-lain13.05.2024
Selamat petang tuan,saya mahu tanya adakah penggunaan pelbagai jenis tatabahasa betul?

Soalan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan ayat yang lengkap dan jelas.

Tatabahasa13.05.2024
12345678910...

Kembali ke atas