Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lam.ba] | سلمبا

Definisi : 1. pd lahirnya macam biasa (sedang­kan sebenarnya telah berlaku sesuatu), ber-lagak seolah-olah tidak tahu, berpura-pura: kami pun turunlah buat muka ~ macam orang ada tiket kelas satu; 2. kurang ajar, tebal muka, tidak tahu malu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lam.ba] | سلمبا

Definisi : 1 kelihatan seolah-olah tidak tahu-menahu; berpura-pura. 2 tidak tahu malu; kurang ajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selamba (adjektif)
1. Bersinonim dengan berpura-pura: buat biasa, berlagak, berlakon, bersandiwara, berbohong,
Berantonim dengan bersungguh-sungguh

2. Bersinonim dengan tidak malu: kurang ajar, muka tebal, muka tarpal, muka tembok, biadab, kurang adat, tidak sopan, kurang asam, tambung, leleh,
Berantonim dengan sopan.



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan istilah 'blogger' . Adakah istilah 'blogger' ni dah dimasukkan ke dalam bahasa Melayu atau masih lagi 'pemblog' atau 'jurublog'. Nampaknya sekarang BERNAMA pun selamba je guna istilah tu. Sebagai agensi berita nasional, wajarkah mereka menggunakan istilah ini?Istilah yang betul untuk 'blogger' ialah pemblog.Istilah08.05.2011

Kembali ke atas