Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lam.pit] | سلمڤيت

Definisi : dandan rambut (pintalan tali dll) yg pipih: maka ditambat orang pd tali kail itu tunda, maka ditarik ke atas, maka ditambat-kan pula ~ yg seni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lam.pit] | سلمڤيت

Definisi : cawat; berselampit memakai selampit, bercawat: jika ingin melihat Orang Asli masih ~, Kampung Peta bukan tempatnya berselampitkan memakai sesuatu sbg se­lam­pit; menyelampitkan mengenakan cawat, men­ca­watkan (kain dll): maka Pak Pandir pun ~ kainnya lalu berlari mengejar kawan kam-bing itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lam.pit] | سلمڤيت

Definisi : persembahan cerita yg sangat terkenal di Kelantan, yg diceritakan oleh pelipur lara atau tukang cerita dgn bahasa berirama sambil menggesek rebab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selampit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin tanya tentang pelipur lara.jenis,bentuk,peranan dan lain-lain yang berkenaan dengan pelipur lara.harap anda dapat membantu.terima kasih

Pelipur lara ialah orang yang pandai bercerita dengan panjang lebar dan pandai menyampaikan cerita sehingga boleh menarik perhatian pendengar( khalayak). Secara umum, orang yang menyampaikan sesuatu cerita (pada waktu dahulu) dikenali sebagai penglipur lara, namun terdapat nama lain atau panggilan lagi kepada pencerita berdasarkan daerah atau negeri. Contohnya di Perlis dan Langkawi di panggil Awang Batil atau Awang Belanga. Di Kedah pula dipanggil Tuk Jubang, sedangkan di Kelantan digelar Tuk Selampit dan di Pahang di panggil Pencerita sahaja.

Jenis-jenis cerita penglipur lara yang selalu dituturkan ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Terung Pipit dan beberapa lagi hikayat yang sangat popular dalam kalangan masyarakat dahulu.

Bentuk cerita penglipur lara mudah dan lurus. pada umumnya bentuk ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kelahiran wira, pengembaraan wira dan kejayaan wira dalam pengembaraan dan pulang ke negeri asalnya.

 

Lain-lain23.04.2008

Kembali ke atas