| Salam, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "rolling year"? Tahun bergulir, tahun berguling, tahun bergulung, tahun bergerak, tahun pusingan, tahun berpusing, tahun selanjar? Adakah apa-apa istilah khusus yang digunakan oleh industri perbankan/kewangan atau agensi kerajaan yang merujuk "rolling year"? Antara definisi yang ditemui di internet: Rolling year means the 12-month period measured backward from a particular given date. A rolling year is a period of 12 months that begins and ends on a set day. A rolling year is today and the 364 immediately-preceding days – updated daily. Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "rolling year" ialah tahun pusingan. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.07.2021 |
| Boleh dapatkan maklumat maksud bagi istilah tersebut: 1. Hybridization 2. Tangible 3. Seamless integration 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization 6. Engaging 7. Connectivity 8. Immersive 1. Hybridization - gabungan elemen fizikal dan digital 2. Tangible - melibatkan objek nyata 3. Seamless integration - mengintegrasi persekitaran fizikal dan digital dengan lancar 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization - interaksi fizikal yang menggalakkan pengalaman bermain yang personalized. customization pula keupayaan untuk mengubasuai permainan 6. Engaging - engage dengan pengguna 7. Connectivity - keupayaan untuk berhubung dengan peranti 8. Immersive - pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi hybridization ialah penghibridan, tangible ialah ketara, seamless integration ialah integrasi selanjar, multisensory and multicapital ialah multideria dan multimodal, personalization and customization ialah personalisasi dan pelangganan, engaging ialah penglibatan, connectivity ialah keterhubungan, dan immersive ialah mengasyikkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.01.2024 |