Salam sejahtera, Saya ingin mengetahui senarai penanda wacana isi baharu untuk ditulis dalam karangan. Bolehkah perkataan seperti 'tambahan pula, di samping itu, selanjutnya, lebih-lebih lagi, sebaliknya' digunakan dihadapan ayat?Adakah perkataan tersebut penanda wacana ataupun kata hubung? | Penanda wacana jenis penghubung tambahan ialah dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Penggunaan penanda wacana ini boleh digunakan di pangkal ayat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 526-527. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
salam.. saya ingin bertanyakan mengenai sifat bahasa..boleh berikan penerangan selanjutnya.. saya juga ingin meminta penerangan lebih mengenai salah satu sifat bahasa iaitu bahasa sebagai satu sistem..harap boleh berikan penerangan dengan terperinci memandangkan sumber yang ada tidak memenuhi di samping tidak mencukupi.. | Salah satu sifat bahasa ialah sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, dan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk pusat bahasa di IPTA dan rencana bahasa Melayu dalam http://wikipedia. | Lain-lain | 02.09.2007 |
Saya mendapati perkataan "masak" bersinonim dengan "matang", jadi boleh puan jelaskan dengan selanjutnya perbezaan antara dua perkataan ini ? "Buah-buahan masak" atau "Buahan-buahan matang."? Terima kasih puan. | Salam sejahtera, Frasa yang betul ialah 'buah-buahan yang masak' atau 'buah-buahan yang matang' Sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat saudara akan dapat melihat perbezaanya. Untuk memudahkan saudara, saudara boleh layari laman web http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan perkataan masak atau matang di kotak cari untuk mengetahui perbezaan di antara kedua-dua perkataan tersebut. | Tatabahasa | 07.11.2012 |
Contoh Ayat: Bersama-sama ini dikepilkan borang permohanan pertukaran pegawai dari politeknik ini untuk tindakan tuan selanjutnya. Soalan: adakah perkataan politeknik dalam ayat diatas ditulis dengan betul atau 'p'nya perlu ditulis dengan huruf besar. Terima kasih | Dalam contoh ayat yang saudara sertakan, perkataan Politeknik perlu ditulis dengan huruf besar kerana merujuk nama khas politeknik tersebut. Sekiranya saudara menyebut secara umum, perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh. Saya bercadang untuk menyambung pelajaran di politeknik. Dalam hal ini, politeknik ditulis dengan huruf kecil kerana disebut secara umum sahaja, tidak ditujukan kepada mana-mana politeknik. | Ejaan | 11.05.2009 |
Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Pelanggan kami berharap supaya Borang B yang dipulangkan tersebut adalah memuaskan. Sekian, terima kasih. | Tidak ada soalan yang dikemukakan. Jika semakan ayat yang dimaksudkan, ayat yang betul ialah "Kami diarahkan oleh pelanggan kami yang tersebut di atas supaya merujuk Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. Pelanggan kami berharap supaya Borang B yang dipulangkan telah lengkap. | Lain-lain | 23.05.2012 |
kedai pakaian | Bahasa yang digunakan ialah betul. Sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan untuk proses pengesahan selanjutnya. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Salam sejahtera. Terima kasih di atas jawapan yang pihak DBP berikan tehadap pertanyaan saya pada minggu lepas. Untuk selanjutnya, izinkan saya mendapatkan jumlah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi nama yang terdapat di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang diterbitkan pada 2007. Selain itu, saya ingin juga mengetahui adakah sistem perkamusan Bahasa Melayu akan diperbaharui jika ada istilah baharu dalam penggunaan Bahasa Melayu. | Untuk makluman saudara, Kamus Dewan tidak memasukkan kelas kata bagi entrinya. Oleh itu, kami tidak dapat membantu saudara mendapatkan jumlah bagi setiap kelas kata tersebut. Kata baharu atau peluasan makna bagi kata yang sedia ada akan dimasukkan apabila penyusunan kamus edisi baharu dilaksanakan. | Penyelidikan | 18.01.2011 |
hello saya ingin mencari kerja separuh masa kenalan saya memberitahu bahawa DBP mungkin memerlukan 'translator'? adakah ini benar? | Untuk maklumat selanjutnya, saudari boleh menghubungi pihak-pihakyang berkenaan seperti Institut Terjemahan Negara dan Persatuan Penterjemah Negara (03- 21424381) /Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia). Harap maklum. | Lain-lain | 08.06.2009 |
Maaf sekiranya soalan ini berulang, saya kurang pasti. Bolehkah saya menghantar artikel dalam b.Inggeris untuk penerbitan mana2 majalah tuan dan bagaimana cara atau tindakan selanjutnya. Terima kasih | Bahagian Majalah menerima makalah dalam bahasa Melayu untuk pertimbangan penerbitan. Sekiranya makalah sdr. berbahasa Inggeris, sdr diminta menterjemahkannya ke bahasa Melayu. | Lain-lain | 14.06.2007 |
Saya telah melanggan majalah dewan bahasa dan pelita bahasa namun dari bulan april hingga sekarang saya masih tidak mendapat langgan sedangkan saya telah membayar.Harap mendapat tindakan selanjutnya dari pihak tuan puan. | Perkara ini telah dipanjangkan kepada Koperasi DBP Sdn Bhd. Sdr boleh berhubung dengan pegawai yang berkenaan, Encik Mohd Isa bin Khamis, di talian 012-3219456. | Lain-lain | 19.06.2012 |