Salam, Komersialisasi dan Pengkomersialan 1. Adakah kedua-dua perkataan di atas diterima pakai buat masa ini? 2. Harap jelas penggolongan kata bagi perkataan-perkataan di atas. 3. Harap beri contoh frasa-frasa pendek bagi membezakan pembinaan ayat untuk perkataan-perkataan tersebut. Ribuan TK. | Perkataan komersialisasi dan pengkomersialan ialah padanan commercialization dalam bahasa Melayu. Dalam penggunaannya dalam bahasa Melayu komersialisasi bermaksud proses atau perbuatan menjadikan sesuatu mempunyai sifat perdagangan, manakala pengkomersialan ialah perihal mengkomersialkan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai barang dagangan. Contoh ayat: Perubahan struktural ini nantinya akan selari dengan proses komersialisasi sektor pertanian dan Pengkomersialan filem Hang Tuah telah mencetuskan kritikan. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) Caring for others is the top priority: Sifat penyayang terhadap orang lain diutamakan @ Sifat penyayang diberikan perhatian paling utama ? (2) “The Great Learning” (buku klasik konfusianisme tentang pemupukan nilai-nilai murni dsb) : Pengajian Agung @ Pengajian Besar @ Pembelajaran Agung? (3) A concrete embodiment of ancient Chinese philosopher’s concept : penjelmaan konkrit/kukuh konsep ahli falsafah China purba ? (4) A single remark makes a country prosper: Satu komen/teguran/sebuah ungkapan dapat membantu sesebuah negara berkembang maju ? (5) Influence others without preaching: Mempengaruhi orang lain tanpa bersyarah tentang ajaran? (memandangkan ‘berkhutbah’(preaching) hanya boleh digunakan dalam konteks agama Islam, bolehkah ‘preaching’ dalam ayat tersebut diterjemahkan menjadi “bersyarah tentang ajaran”? (6) has a complete image of the bamboo in his mind: wujudnya@timbulnya imejan yang lengkap tentang buluh dalam kepalanya@ fikirannya@ mindanya? (7) Parallel style: gaya sejajar @ selari (dalam konteks kesusasteraan) (8) Convey the spirit: menyebarkan semangat? Terima kasih. | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk frasa yang dinyatakan: 1. Caring for others is the top priority: Sifat penyayang terhadap orang lain diutamakan 2. The Great Learning: Pengajian Agung/Pembelajaran Agung 3. A concrete embodiment of ancient Chinese philosopher’s concept: Penjelmaan kukuh konsep ahli falsafah China purba 4. A single remark makes a country prosper: Satu teguran kecil mampu mengubah kekayaan negara 5. Influence others without preaching: Mempengaruhi tanpa perlu berkata-kata 6. has a complete image of the bamboo in his mind: seseorang yang mempunyai strategi awal yang jelas dalam fikirannya Frasa ini merupakan simpulan bahasa (idiom). 7. Parallel style: Gaya sejajar/selari 8. Convey the spirit: Memberikan semangat Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 13.10.2021 |
Apakah penggunaan 'capai' dalam "Capai Raya Meriah" sesuai? ia bermaksud kita hendak mencapai raya yang meriah. Jika tidak sesuai, apakah sebabnya dan apakah kata ganti yang sesuai yang selari dengan 'capai raya meriah' | Menurut kamu s Pelajar Edisi Kedua, maksud capai ialah: 1. (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dengan menghulurkan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu. 2 Sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun. 3 Mendapat (sesuatu maksud dan lain-lain); menyampaikan atau menjayakan (maksud dan lain-lain): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-citanya. 4 Mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi. Manakala maksud raya pula ialah besar Maka cadangan penggunaan ayat yang betul dan baik ialah "Mencapai Hari Raya yang Meriah" | Tatabahasa | 18.03.2021 |
Pertanyaan tentang "berbadan dua" : 1. Apakah asal usul frasa ini? Kebanyakan bahasa lain seperti Inggeris (pregnant) dan Arab (hamil) tiada perkataan "dua" badan/jiwa untuk ini. Setahu saya, cuma Bahasa Georgia (orsuli) dan Mandarin sahaja yang ada konsep berbadan dua seperti Bahasa Malaysia. 2. Jikalau "triplets" atau "quadruplets", apakah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia menjadi berbadan tiga atau berbadan empat? Terima kasih | berbadan dua bh hamil: Aktor tersebut bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila isterinya disahkan berbadan dua. (KDP 2020:169) Frasa berbadan dua dalam Kamus Dewan Perdana bermaksud hamil. Frasa ini diletakkan label bh (bahasa halus), iaitu bahasa atau kata-kata yang lebih lembut dan sopan yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan supaya lebih beradab dan tidak menyentuh perasaan sesiapa, contoh lain ialah perkataan meninggal dunia utk mati. Frasa berbadan dua wujud daripada gambaran fizikal seorang wanita hamil. Semasa kehamilan perut wanita membesar, memberikan gambaran seolah-olah wanita tersebut memiliki "badan" tambahan. Ungkapan “berbadan dua” secara kiasan menggambarkan keadaan ini, iaitu memiliki "dua badan", badan sendiri dan badan bayi yang dikandung. Frasa berbadan dua telah menjadi ungkapan yang umum digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada hamil dan dianggap sebagai ungkapan yang sopan dan diterima secara meluas. Frasa berbadan tiga, berbadan empat dan seterusnya masih belum terakam dalam kamus DBP. Perakaman kata dan mana baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. | Makna | 04.02.2025 |
Soalan Pertama:Dedah pembelian secara terperinci PAC puas hati penjelasan isu harga vaksin COVID-19 Adakah kesalahan-kesalahan tersebut? Soalan kedua:Pengerusinya,Wong Kah Woh,berkata taklimat berkenaan selari dengan hasrat PAC dalam memastikan perbelanjaan kerajaan kebanar-benar telus demi manfaat rakyat secara keseluruhannya. Mengapakah ayat di sini mengunakan perkataan 'berkenaan' bukannya berkenan?Adakah perbelanjaan ada kesalahan atau ada kesalahan lain? Soalan ketiga:Bilakah menggunakan 'Bagaimanapun dan Walau bagaimanapun'' Soalan keempat:PAC komited membantu memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. Saya nak tanya bolehkah menggunakan dua kali imbuhan ''mem'' dalam satu ayat ?Contoh:membantu memberikan .Hal ini ialah betul atau salah? Soalan kelima:Setiap syarikat atau semua syarikat? Soalan keenam:Di kawasan rendah (untuk sentiasa )berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa. ''Untuk sentiasa''betul atau salah.Saya ada kekeliruan dalam ayat ini kerana ayat ini adalah ''untuk sentiasa dan diarahkan''sepatutnya diarahkan bukan ke belakang mampu tambah''oleh'' ya?Minta Puan/Tuan boleh memberikan penerangan.Terima kasih. | 1. Ayat tidak lengkap. Penggunaan bahasa dalam media perlu dilihat dengan berhati-hati kerana berlaku pemendekan ayat dengan menggugurkan imbuhan dan membuang kata sendi nama. PAC berpuas hati dengan penjelasan pihak kementerian tentang isu harga vaksin COVID-19. 2. Lihat maksud perkataan berkenaan dan berkenan. Penggunaan kata berkenaan dalam konteks ayat tersebut, betul. 3. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan bersilih ganti, sama ada bagaimanapun atau walau bagaimanapun. 4. PAC komited membantu kerajaan memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. 5. Kedua-duanya betul. 6. Penduduk di kawasan rendah hendaklah sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa. | Tatabahasa | 14.01.2021 |
Salam pihak DBP. Saya ada satu pertanyaan di sini. Apakah perbezaan di antara perkataan perpaduan dan kesepaduan?adakah ia mempunyai makna yang sama ataua makna yang berbeza? Saya ada mencari melalui carian google, terdapat satu carian yang menunjukka bahawa kedua makna perkataan ini mempunyai maksud berbeza Perpaduan-menjadi 1, berpadu, bergabung @bercampur sehingga kita tak mengenali bentuk asal Kesepaduan-seiring, bersama,selari @harmoni, tak bermaksud berpadu hingga hilang bentuk asalnya Adakah ini benar? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat kesepaduan bermaksud keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh. Perpaduan pula bermaksud penggabungan, peleburan; persesuaian, kecocokan; perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan. Daripada maksud yang diberikan, makna kedua-dua hampir sama dan boleh digunakan mengikut konteks. | Tatabahasa | 16.11.2016 |
Salam Sejahtera, Saya ingin memohon semakan serta pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa yang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Frasa-frasa ini akan digunakan sebagai teaser bagi fasa seterusnya dalam kempen kami. Justeru, kami amat berharap pihak DBP dapat membantu menyemak kesesuaian frasa tersebut agar selari dengan tatabahasa yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam konteks komunikasi rasmi. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: Nantikannya di stesen PETRONAS. Sesuatu yang istimewa akan tiba! Nantikannya, pasti buat anda teruja! Ada kejutan istimewa menanti. Tunggu! Terimak kasih. | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: 1. Hadiah menarik menanti anda di stesen PETRONAS! 2. Nantikan ... anda pasti teruja! 3. Kejutan istimewa menanti anda. Nantikan! Ayat ini betul dan boleh digunakan: Sesuatu yang istimewa akan tiba! | Tatabahasa | 04.08.2025 |
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "parallel universe", "alternate universe" dan "alternate history"? Terima kasih. | 1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. Parallel universe: Alam semesta selari 2. Alternate universe: Alam semesta silang 3. Alternate history: Sejarah silang Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 04.05.2021 |
Terdapat perbezaan penggunaan hamzah (perkataan Jawi) di dalam kamus DBP dengan system online DBP. Contoh perkataan seperti laut, buih, main dan sebagainya. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Ejaan pada kedua-dua sumber, iaitu sistem dalam talian dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu:Rumi-Sebutan-Jawi adalah sama. Penggunaan huruf hamzah juga sama. Yang membezakan antara kedua-dua sumber ialah pada buku, huruf hamzah ditulis 1/3 tinggi daripada paras huruf lain, manakala pada sistem, huruf hamzah ditulis selari dan sama paras dengan huruf lain. Hal ini kemungkinan disebabkan masalah teknikal. Kedudukan huruf hamzah yang paling tepat ialah pada buku Daftar Kata Bahasa Melayu:Rumi-Sebutan-Jawi. | Ejaan | 29.06.2016 |
Assalamualaikum Puan/Tuan Saya pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia ingin menanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan pengurusan manuskrip di bahagian koleksi Arkib @Galeri Dan Khas. Begini puan,saya bersama beberapa orang rakan diberi tugasan untuk mengkaji manuskrip Islam di Malaysia.Disini saya ingin mengajukan beberapa soalan yang berkaitan manuskrip yang berada di Dewan Bahasa dan Pustaka? (1) Sepertimana yang kami tahu, bahan manuskrip disimpan di bahagian Arkib.Adakah terdapat dibahagian lain yang menyimpan bahan manuskrip tersebut? (2) Bagaimana bahan manuskrip ini dikatalog? (3) Berapakah jumlah manuskrip yang ada di DBP? Koleksi Melayu dan Arab ? Dan jumlah manuskrip dalam bentuk digital ? (4) Manuskrip terdiri daripada pelbagai bidang/subjek seperti hikayat,tradisional,perubatan dan lain-lain.Jadi kebanyakan manuskrip di DBP merangkumi dalam bidang apa? (5) Sebagai pelajar atau orang luar, bagaimana cara untuk kami mengetahui manuskrip untuk dijadikan bahan rujukan dalam kajian ? Apakah cara untuk kami mengekses maklumat berkaitan manuskrip dengan mudah yang terdapat di DBP.? (6) Bagaimana prosedur yang dilakukan untuk memperolehi manuskrip ? 7) Apakah manuskrip yang paling istemewa yang terdapat di DBP? | Jawapan kepada soalan: 1. Manuskrip disimpan di dalam bilik khas simpanan manuskrip, berasingan daripada koleksi yg lain . 2. Manuskrip dikatalog menggunakan borang khas dengan format tertentu dan manuskrip yg telah dikatalog diberi nombor selari contoh MS 112 3. Jumlah koleksi manuskrip yang terdapat di PDM lebih kurang 268 judul kebanyakan dalam bahasa melayu, koleksi digital boleh dirujuk melalui laman web mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenston 4. Merangkumi pelbagai bidang paling banyak kategori hikayat dan syair 5. Boleh rujuk katalog di PDM untuk menetukan bahan kajian (perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu) atau memilih judul di dalaml aman web mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenston 6. Secara ringkas manuskrip diperolehi samaada melalui hadiah drpd orang perseorangan atau dibeli (untuk keterangan tentang prosedur perolehan manuskrip disaran datang ke PDM Dewan Bahasa dan Pustaka) 7. Antara koleksi yang istimewa adalah manuskrip sejarah melayu yang telah mendapat pengiktirafan pihak UNESCO dan di daftarkan di dalam daftar Memory of The World. Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan pihak puan untuk datang kesini untuk penjelasan yang lebih lanjut. | Lain-lain | 30.03.2011 |