Salam, benarkah ayat ini " Adik sedang melipat selendang yang jarang itu." Dalam konteks ini, apakah makna "jarang"? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna "jarang" dalam ayat "Adik sedang melipat selendang yang jarang itu" ialah tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll). | Makna | 02.04.2013 |
ingin bertanya apitan yang tepat. ayat : Ahmad ___________ tunangnya, Shahidah sehelai selendang. apakah apitan yang tepat? menghadiahi atau menghadiahkan, mengapa? | Apitan yang betul ialah meN-...-i. Ahmad menghadiahi tunangnya, Shahidah sehelai selendang. | Tatabahasa | 29.03.2012 |
Tolong pastikan ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak? Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Selendang kain kapas yang dibeli oeh ayah sehalus sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung. | Jawapan yang betul ialah Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung. Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Yang betul : Rosli ingin mencari calon isteri yang halus budi bahasanya. Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah sehalus sutera. Yang betul: Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah selembut sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Yang betul: Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus kulit bayi. Saudara digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.12.2010 |
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat berikut? 2.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang terbuang sisa-sisa toksid ke dalam longkang. 3.Hidayah memakaikan selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya. 4.Kerajaan akan memperkenal plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan dinegara ini. 5. Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaikki bas ke sekolah. 6. Mereka telah memelawa kami untuk menghadiri majelis yang akan diadakan pada malam ini. 7.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempabumi di negara jiran amat mengalu-alukan oleh pihak kerajaan. 8.Para peserta krusus itu bertukar-tukarkan pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti. | 1.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam longkang. 2. Hidayah memakai selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya. 3. Kerajaan akan memperkenalkan plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini. 4.Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaiki bas ke sekolah. 5.Mereka telah mempelawa kami untuk menghadiri majlis yang akan diadakan pada malam ini. 6.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempa bumi di negara jiran amat dialu-alukan oleh pihak kerajaan. 7.Para peserta kursus itu bertukar-tukar pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti. | Tatabahasa | 22.03.2013 |
Ayat yang manakah menggunakan kata BERHURUF BESAR yang betu? 1. SEHALUS (a) Rosli ingin mencari calon isteri yang SEHALUS budi bahasa. (b)Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah SEHALUS sutera. (c) Banyak wanita menginginkan kulit muka yang SEHALUS bayi. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. BERARAK (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. (b) Kenangan silam BERARAK datang dalam fikirannya. (c) Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung BERARAK yang menandakan hujan akan turun. (d) Ahli pasukan unit beruniform BERARAK semasa ketua melakukan pemeriksaan barisan. 3. BERANSUR (a) Meja itu BERANSUR sedikit setelah dilanggar oleh adik. (b) Kenderaan yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. (d) Kami sekeluarga BERANSUR dari majlis itu ketika hari sudah lewat petang. | Jawapan yang betul ialah 1. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. 3. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. | Lain-lain | 04.11.2010 |