Boleh saya tahu apa beza senggara dan selenggara | Senggara dan selenggara sama sahaja maksudnya, perkataan senggara apabila menerima sisipan "el" menerbitkan kata selenggara. | Tatabahasa | 05.05.2015 |
Adakah terdapat perbezaan makna bagi perkataan senggara dan selenggara. | Perkataan selenggara berasal daripada senggara yang telah ditambah dengan sisipan "el". Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, senggara bermaksud mengurus, mengendalikan atau menyelenggarakan. Kedua-dua kata tersebut sama makna dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Assalamualaikum, Apakah perbezaan antara 'selenggara' dan 'senggara'? | Perkataan senggara dan selenggara sama sahaja maknanya. Perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
selenggara | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan apakah bentuk soalan saudara. Sekiranya saudara ingin mencari maksud selenggara, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, selenggara bermaksud . mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. membela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam. | Istilah | 07.02.2010 |
Senggara atau Selenggara. menyenggara atau menyelenggara. Apa perbezaan dan bila perlu digunakan | Senggara dan selenggara sama sahaja, perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara. Maka perkataan menyenggara dan menyelengggara juga sama sahaja. | Makna | 15.08.2012 |
Apakah perbezaan selenggara dan senggara? Selenggaraan dan penyenggaraan? | Salam sejahtera, Tuan, Senggara dan selenggara sama sahaja maksudnya, perkataan senggara apabila menerima sisipan "el" menerbitkan kata selenggara. Begitu juga dengan senggaraan atau penyenggaraan yang mempunyai maksud sama iaitu perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 04.01.2018 |
maksud serta penggunaan perkataan selenggara dan senggara. Apa perbezaan antara 2 perkataan ini? | Tuan Jol, Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll). Penjelasan terperinci tentang kedua-dua kata ini boleh dirujuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. senggara; menyenggarakanmengurus, mengendalikan, menyelenggarakan; penyenggaraanperbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan; lihat juga selenggara. | Istilah | 25.03.2009 |
Saya sedikit keliru, yang manakah perkataan yang betul 'senggara' atau 'selenggara'. Saya lihat JKR menggunakan senggara manakala DBP menggunakan selenggara contohnya 'penyelenggaraan Biodata' yang terdapat di website ini. Minta dijelaskan. Terima kasih | Kedua-duanya betul. Selenggara ialah istilah lama. | Istilah | 22.11.2009 |
Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung perkataan yang sesuai yang boleh digunakan dalam laporan iaitu sama ada SENGGARA ATAU SELENGGARA? Apakah perbezaan dan apakah keadaan atau ayat yang sesuai bagi penggunaannya? Terima kasih. | Senggara dengan selenggara kedua-duanya sama sahaja maknanya. Perkataan senggara apabila menerima sisipan "el" menjadi selenggara. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks yang sama. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
Saya ingin bertanyakan tentang perkataan senggara dan selenggara serta penggunaannya dalam ayat. Adakah ia membawa maksud yang sama atau ada perbezaan di antara keduanya? Terima kasih. | Perkataan selenggara berasal daripada senggara yang telah ditambah dengan sisipan "el". Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, senggara bermaksud mengurus, mengendalikan atau menyelenggarakan. Kedua-dua kata tersebut sama makna dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 22.02.2011 |