| permohonan saya pada 27hb masih lagi dalam proses pengesahan walhal permohonan yang selepas nya telah diluluskan. | Untuk semakan iklan dengan lebih cepat, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 03-2147 9692/9500 (Puan Putri Aishah) | Lain-lain | 28.02.2017 |
| adakah wajib 'nya' selepas perkataan 'terutama'? Contoh, terutama'nya'. | Perkataan bagi terutama dan terutamanya betul dan boleh digunakan. | Ejaan | 15.01.2021 |
| Salam Sejahtera. Mohon penerangan penggunaan kata -nya yang betul dalam ayat-ayat di bawah. a) Dia menjaga haiwan kesayangannya dengan baiknya. b) Dia menjaga haiwan kesayangannya dengan baik. Adakah penggunaan -nya selepas kata adjektif betul dalam ayat di bawah? a) Beg plastik itu diikat dengan kemasnya sebelum dibuang. b) Murid menyebut ayat tunggal dengan betulnya. Terima kasih. | Keempat-empat ayat boleh diterima. Untuk ayat 1(a), dan 1(b), kata "-nya" (haiwan kesayangannya)merupakan kata ganti diri orang ketiga yang merujuk kepada "dia". Untuk ayat 1(a), "...dengan baiknya", 2(a) "... dengan kemasnya", 2(b) "... dengan betulnya" merupakan keterangan cara yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti oleh kata adjektif baik, kemas, betul yang menerima kata pembenda -nya. | Tatabahasa | 09.02.2019 |
| Apakah tanda bacaan yang tepat untuk memulakan petikat ayat al-Quran, contoh; Ada disebut sebagaimana maksud firman-Nya: Ada disebut sebagaimana maksud firman-Nya, tanda koma atau noktah bertindih? | Penggunan tanda baca yang betul ialah titik bertindih selepas perkataan Firman-Nya: | Lain-lain | 28.08.2021 |
| Jika "nya" ialah kata ganti nama diri ke-3, apakah fungsi "nya" dalam ayat "Keterangan alat ialah unsur yang menerangkan perkakas atau benda yang digunakan yang bentukNYA terdiri daripada frasa sendi nama. Kata sendi namaNYA ialah dengan". Ayat ini dipetik daripada Tatabahasa Dewan Edisi ke-3. | Kata ganti nama diri orang ketiga –nya digunakan untuk merujuk manusia. Selain itu, dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk pascakata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan atau pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Oleh itu, fungsi –nya dalam ayat pertama ialah kata penekan dan ayat kedua ialah kata pembenda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2013), halaman 104 dan 295-296. | Tatabahasa | 06.12.2025 |
| A) Antara 2 ayat berikut, yang manakah lebih tepat 1) Kami akan kemaskan bilik ini semula selepas digunakan. 2) Akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan. Mengapa? B) Adakah terdapat kesalahan dalam ayat-ayat ini? 1) Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucurkan kita dengan rahmat-Nya. 2) Sejak dari semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan. | Ayat yang betul ialah ' akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan'. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat kedua: Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucuri kita dengan rahmat-Nya. Ayat ketiga: Sejak semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan. | Tatabahasa | 08.04.2008 |
| Tuan, saya faham bahawa: Dalam frasa 'dengan teliti' , perkataan 'teliti' ialah kata adjektif. Dengan berdasarkan rumus tatabahasa, kata adjektif tidak boleh hadir selepas kata sendi nama. Untuk menangani masalah ini, panel penulis Tatabahasa Dewan telah memasukkan kata pembenda -nya sebagai kata tugas dalam bahasa Melayu.Kata pembenda :-nya :ialah kata tugas yang menjadikan perkataan yang bukan kata nama sebagai kata nama. Oleh hal yang demikian, frasa 'dengan teliti' perlu dibetulkan menjadi 'dengan telitinya'. Bagaimanakah pula dengan perkataan seperti berikut : 1. dengan berhati-hati atau dengan berhati-hatinya. 2. dengan tertib atau dengan tertibnya 3. dengan bersungguh-sungguh atau dengan bersungguh-sungguhnya Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu. | Penggunaan frasa yang betul ialah “dengan telitinya”, “dengan berhati-hati”, “dengan tertibnya” dan “dengan bersungguh-sungguhnya”. Dalam frasa “dengan berhati-hati”, kata pembenda tidak digunakan kerana perkataan “berhati-hati” bukan kata adjektif, sebaliknya kata kerja. | Tatabahasa | 30.06.2022 |
| Tuan munsyi, 1.kucing berasa sakit kerana kakinya cedera. adakah ayat ini betul kerana nya harus rujuk manusia.minta komen 2.Ibu membimbit dua buah bakul ke pasar.adakah ayat ini betul memandangkan selepas kata kerja membimbit tidak boleh sisip sebarang kata antara KK dan KN 3.Kakak memiliki dua buah kereta atau kakak memiliki kereta dua buah.mana yang betul 4.kata bilangan tentu dan tak tentu boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dengan kata nama?cth,cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit .ayat ini betul atau salah 5. | 1. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak digunakan untuk bukan manusia. Ayat ini tidak gramatis dan lihat juga frasa "kucing berasa sakit". 2. Ayat ini betul, bakul ialah objek yang dilengkapkan dengan unit (dua) dan penjodoh bilangan (buah), dan dua buah bakul ialah frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja membimbit. 3. Kakak memiliki dua buah kereta. 4. Ayat "cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit" betul sama seperti ayat kedua di atas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 390 - 394. | Tatabahasa | 15.04.2014 |
| saya ingin bertanyakan apa perbezaan di antara pascasiswazah dan pascaijazah. bilakah penggunaan nya dalam ayat. | Pascasiswazah membawa maksud penuntut yang meneruskan pendidikan yang lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. Pascaijazah juga boleh membawa maksud yang sama. Lazimnya, istilah "pascasiswazah" digunakan. | Istilah | 17.09.2015 |
| 1. Adakah orang yang mengajar silat itu mahaguru? Contoh soalan: Ali yang sedang belajar ilmu silat itu asyik mendengar sambil memerhatikan tunjuk ajar ( mahaguru / jurulatih )nya. 2. Manakah ayat yang betul? A. Buah tembikai itu sudah diambil Ali semalam. B. Buah tembikai itu sudah diambil oleh Ali semalam. C. Buah tembikai itu sudah semalam Ali ambil. Saya berasa keliru dengan jawapan yang diberikan dalam buku. Harap tuan dapat menjawab kemusykilan saya ini. Terima kasih. | 1. Mahaguru bermaksud ketua sesuatu kumpulan silat. Dalam ayat yang dinyatakan, memadai menggunakan guru silat. 2. Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah. | Tatabahasa | 19.08.2013 |