Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selepasnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, admin. Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan manakala, adakah perlu tanda koma selepasnya atau tidak perlu? Mohon penjelasan pihak dbp. Terima kasih.Manakala merupakan kata hubung dan tidak memerlukan tanda koma selepasnya.Tatabahasa15.05.2020
Penggunaan perkataan "ku" dan "mu". Adakah ia sentiasa bersambung dengan perkataan sebelumnya dan selepasnya? Contohnya: kurasakan, kucintai dirimu, aku menyintaimu, kaulah gadis idamanku, akan kutempuhi. Bantuan pihak tuan/puan amat saya hargai.Berdasarkan Kamus Dewan, 'ku' bersambung dengan perkataan sebelum atau selepasnya manakala 'mu' bersambung dengan perkataan sebelumnya.Tatabahasa08.12.2006
Slm, Minta check ayat di bawah. 1)Puisi-puisi beliau disanjungi dan diulas oleh para sasterawan Cina yang selepasnya. (perkataan yang harus dibuang?) 2)Beliau merupakan ahli astronomi, ahli matematik, pencipta, dan pemuisi. (tanda , sebelum dan perlu ada atau tidak?? thanks :)1. Puisi-puisi beliau dipuji dan dibicarakan oleh para sasterawan Cina selepasnya.
2. Beliau ialah ahli astronomi, ahli matematik, pencipta dan pemuisi.
Tatabahasa25.08.2015
Assalamualaikum, Adakah perkataan bahasa Arab yang dimulai dengan kalimah 'al' perlu diletakkan huruf besar selepasnya? Contohnya: al-Rihal, al-hikmah, al-nisa dan sebagainya (yang membawa maksud umum) Terima kasih.Perkataan bahasa Arab yang dimulai dengan kalimah 'al' sama sahaja sistem penggunaan huruf besar atau kecil dalam teks.  Jika penggunaan 'al' itu merupakan kata nama, maka diletakkan huruf besar selepasnya, jika bukan, maka huruf kecil digunakan.Ejaan25.02.2020
Adakah apitan men-kan boleh diikuti selepasnya Kata NamaDi bawah tajuk 6.3.2.3: Apitan Kata Nama, tidak ada apitan meN-...-kan untuk kata nama.Tatabahasa27.06.2011
Salam. Adalah awalan "ku-" masih bersambung dengan kata selepasnya sekiranya perkataan tersebut mempunyai awalan "di-"? Contohnya "diangkat", adakah "kudiangkat" betul atau "ku diangkat"? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah "kudiangkat." Kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Untuk kata ganti nama diri ku ialah (kependekan aku)  boleh digunakan dalam dua keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kubaca, kudengar, kulihat, kupegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku. Lain-lain30.07.2023
salam...tanda sempang (/), apakah kedudukan perkataan sebelum dan selepasnya? contoh: ibu membawa adik/abang ke kedai atau ibu membawa adik / abang ke kedai atau ibu membawa adik/ abang ke kedaiTidak perlu dijarakkan seperti ibu membawa adik/abang ke kedai. Ejaan14.09.2011
Apakah perbezaan antara meletak dan melatakkan?Perkataan meletak kebiasaannya perlu disusuli dengan perkataan lain selepasnya menjadi satu frasa, ungkapan, simpulan bahasa, kiasan atau ada makna khusus contohnnya seperti meletak tanda yang bermaksud memberi tanda seperti cincin kepada pihak pengantin perempuan. Contoh lain ialah meletak beras yang bermaksud menjerang nasi.
Meletakkan pula merupakan kata kerja transitif yang perlu ada objek selepasnya. Contoh ayat ialah Ah Lee meletakkan basikalnya di hadapan rumah.



Lain-lain16.10.2021
Penggunaan kata pemeri 'ialah' dan 'adalah', kata apakah yang mesti diikuti selepasnya?Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemerri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Tatabahasa01.06.2011
Selamat petang, Betulkah ejaan yang berpangkalkan 'kau' perlu dieja rapat dengan perkataan selepasnya? Contohnya: kauharungi, kauhadapi, kaumengutuk, kaumenerimanya, kauambil Terima kasih.Kata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima.Tatabahasa21.03.2013
12345678910

Kembali ke atas