Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : (selésa) 1. tidak sempit, lega, luas: ketika mencari tempat berdiri yg lebih ~, dia ter­pijak kaki seorang anak kecil; 2. kesempatan, peluang; 3. (berasa) enak, sedap, senang: jika kita berdiri beberapa lama, kita berasa tidak ~; pakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si Tenggang; menyelesakan menjadikan selesa (enak, sedap); keselesaan perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa; ketidakselesaan keadaan tidak selesa: Puan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : /selésa/ 1 tidak sempit (bkn tempat); luas; lega. 2 enak atau puas ketika duduk dll; sedap: Saya berasa ~ duduk di kerusi ini. menyelesakan membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. keselesaan keadaan atau rasa selesa: Kami amat mementingkan ~ pelanggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesa (adjektif)
1. Bersinonim dengan luas: lega, tenggar, lebar, besar, lapang, lengang, lasar, banglas,
Berantonim dengan sempit

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, kelapangan, can, tempoh, cerlak, kelonggaran, masa, waktu terluang,

3. Bersinonim dengan sedap: menyenangkan, enak, segar, seronok, nyaman, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

Kata Terbitan : menyelesakan, keselesaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Lebih selesa daripada jangkaan anda ATAU lebih selesa dari jangkaan anda ? Terima KasihYang betul ialah Lebih selesa daripada jangkaan anda.Tatabahasa26.06.2008
kata lawan bagi selesaSalam saudari Nora,

Lawan bagi perkataan selesa ialah RIMAS
Makna17.09.2012
Saya ingin mengetahui maksud istidah "e" atau "i" yang sering diletakkan dihadapan sesuatu perkataan. Contohnya, e-dagang, e-perolehan, i-resort. Saya terlihat satu iklan projek perumahan yang yang bernama Selesa Apartment dan kemudiannya semasa projek tersebut giat dibangunkan oleh pemaju tersebut, iklan kedua projek tersebut ditukarkan ke nama baru Selesa 'i-Resort' Apartment. Apa pandangan atau yang difahami oleh pihak tuan terhadap kualiti kemudahan yang terdapat (disediakan) di apartment tersebut dan apa yang dimaksudkan dengan i-Resort tersebut.. Terima kasih.Maksud "e" di awal perkataan tersebut ialah "elektronik" Bagi "i" di awal perkataan, diharap pihak saudara boleh menghubungi pihak resort yang berkenaan.Tatabahasa12.12.2007
perkataan berlawan untuk selesaRimasMakna12.09.2007
wholesome relexationbersantai dengan selesa (baik)Lain-lain04.04.2007
adakah penggunaan perkataan "kondusif" di dalam teks ini adalah tepat? "Membudayakan persekitaran yang bersih, selesa, selamat serta kondusif dapat menggalakkan warga klinik berkerja dalam suasana yang ceria, bersatu- padu, berdisiplin dan berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan disamping menaikkan imej organisasi / jabatan".

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kondusif ialah sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Oleh itu istilah ini boleh digunakan dan sesuai dengan ayat yang saudara sertakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu berkerja sepatutnya bekerja, bersatu-padu sepatutnya bersatu padu (tiada tanda sempang), disamping sepatutnya di samping

Istilah08.06.2009
Bagaimana boleh dapat bantuan untuk menyemak bahasa projek saya yang mempunyai 90 muka surat... Tambahan pula, mesti dapat balik pada isnin atau selesa~_~ Harap dapat balas secepat mungkin... Sekian, terima kasih.Bahagian Penguatkuasaan menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen. Walau bagaimanapun proses tersebut hanya akan bermula jika tuan bersetuju dengan sebut harga yang kami beri dan kerja tersebut juga dilaksanakan dalam tempoh yang sesuai. Jika tuan bersetuju hubungi kami di: Bahagian Penguatkuasaan, Aras 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. atau e-mel aliah@dbp.gov.my.Lain-lain04.05.2012
maksud perkataan kondusif? cth ayat : tempat saya bekerja adalah kondusif untuk melakukan kerja.Kondusif dalam konteks yang diberikan bermakna keadaan yang selesa dari segi tempat, peralatan, dan ruang, serta suasana kerja yang tenang.Makna18.09.2006
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan berkaitan perkataan Mentua dan Mertua. Yang mana satu yang sesuai digunakan? saya telah rujuk kamus dan mengatakan Mentua itu asal dari perkataan jakarta. Saya lebih selesa menulis menggunakan perkataan Mertua. adakah ia salah atau ada maksud lain? Saya menulis untuk artikel majalah.Ejaan yang betul ialah mentua, seperti yang terakam dalam Kamus Dewan mertua ialah perkataan dalam bahasa Indonesia yang sama maksudnya dengan mentua.Tatabahasa11.11.2011
bagaimana untuk mengenalpasti sesutu ejaan didalam satu satu ayat itu betul penggunaanya.melalaui peredaran masa kini dan skop pembelajaran yang semakin lama semakin mencabar.kadang kala masih ada segelintir pengguna selesa dengan ejaan lama.begitu juga dengan tulisan jawi boleh jelaskan kepada saya dengan lebih terperinci.mungkin saya ni tergolong dalam golongan tersebut.Penggunaan Kamus Dewan dapat membantu saudara mengenal pasti ejaan yang betul untuk satu-satu perkataan, untuk mengetahui tentang tulisan Jawi sila rujuk Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (Edisi Kedua). Buku ini dapat membantu saudara dalam hal tulisan dan mengetahui pedoman/kaedah tulisan Jawi.Lain-lain19.11.2009
12

Kembali ke atas