Assalam... 1. Mohon perbetulkan...selesai tugas atau tugas selesai? 2. Maksud 'review'? | 1. Sila berikan konteks penggunaan perkataan "tugas selesai" atau "selesai tugas" untuk kami menentukan kesesuaian perkataan tersebut. 2. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "review' bermaksud 1. mengkaji semula 2. meninjau semula 3. memeriksa barisan 4. mengulas, membuat /ulasan, resensi | Makna | 14.01.2017 |
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123). | Salam tuan budiman, manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi: Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my1"> 1"> | Lain-lain | 03.12.2019 |
Manakah ayat yang tepat: 1. Selepas semua selesai, kami pun beransur pulang. 2. Setelah selesai semua, kami pun beransur pulang. | 1. Ayat yang betul ialah, "Selepas semuanya selesai, kami pun beransur pulang". | Tatabahasa | 27.10.2022 |
Bolehkan perkataan "seusai" digunakan dalam ayat berikut: Saya bertemu dengannya seusai program itu? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, usai ditakrifkan sebagai 1. sudah selesai, berakhir, bubar (perayaan dll.); 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut); 3. sudah selesai (dikerjakan); 4. sudah lampau, sudah berlalu. Perkataan sudah pula ditakrifkan telah siap sedia, lengkap, selesai, telah berlaku. Sesudah bererti setelah sudah, sehabis, selepas. Sudah ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar, hlm. 204-205.) Perkataan seusai, dengan maksud sesudah digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license). Untuk pengucapan umum perkataan sesudah digunakan. | Sastera | 04.05.2011 |
Salam, Saya ingin bertanyakan bagaimana pihak DBP menyusun entri yang akan dipapar dalam carian PRPM? Contohnya, saya mencari perkataan 'selesai'. Maka, carian yang bakal saya peroleh ialah segala perkataan termasuk makna perkataan dan sebagainya yang mengandungi perkataan 'selesai' akan turut dipaparkan. Sedangkan makna perkataan 'selesai' yang ingin saya cari entah berada di halaman yang ke berapa. Saya cadangkan, pihak PRPM perlu memaparkan makna perkataan yang dicari mengikut urutan 1. (makna perkataan itu-tunggal mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat), disusuli mengikut kamus edisi kedua dan kamus pelajar. 2. (makna perkataan itu-kata ganda, kata majmuk dan sebagainya) Bukankah lebih mudah dan efisien jika sistemnya disusun dengan begitu sistematik dan mudah difahami? Bukankah PRPM ini untuk rujukan pantas selain melihat ke dalam Kamus Dewan Edisi Keempat itu sendiri? Maka, segalanya harus lebih mudah dan efisien di laman web ini. Harap maaf jika ada terkasar bahasa dan harap pihak DBP dapat ambil tindakan atas perkara ini. Terima kasih. | Terima kasih atas pandangan puan. Untuk makluman puan, Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) bukan hanya merakam Kamus Dewan Edisi Empat tetapi merakam pelabagai lagi rujukan seperti Peribahasa, Daftar Istilah, Kamus Pelajar dan lain-lain untuk pengguna bahasa. Puan boleh melayari Gerbang Kata melalui http://ekamus.dbp.gov.my untuk carian makna dalam Kamus Dewan dengan lebih fokus. | Tatabahasa | 27.09.2013 |
1. kerja-kerja membaiki jalan / kerja-kerja pembaikan jalan telah selesai. | Kedua-dua ayat di atas betul. | Lain-lain | 17.03.2010 |
1. Adakah ayat ni betul 'ke hentian bas'? 2. Adakah ayat in betul ' Selesai memandikan arwah saya pandang jam.' 3.Dapat di terimakah perkataan 'Dek kerana itu' 4. adalah perkataan ini betul ' titianSiratul Mustaqim'? | 1. Ayat itu betul. 2. Ayat tersebut tidak gramatis. 3. Dek bermaksud kerana, frasa deka kerana itu tidak gramatis penggunaannya. 4. Frasa 'siratal mustakim' bermaksud jalan yang lurus, penggunaannya harus sesuai dengan konteks maknanya. | Tatabahasa | 20.03.2012 |
Mohon pengesahan ejaan Bahasa Kebangsaan pada Visual | Sila betulkan ejaan: 1. DIBUKA 2. NOV. 3. Tingkat atas Setelah selesai pembetulan, kemukakan visual kepada domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk tujuan pengesahan. | Tatabahasa | 13.10.2014 |
Soalan ini pernah diajukan pada April 2022 dan dinyatakan status soalan tersebut selesai tanpa menyatakan jawapan. Berikut soalan tersebut: Terjemahan paling tepat bagi Rich Communication Services (RCS)? Rich Communication Services (RCS)[1] is a communication protocol between mobile telephone carriers and between phone and carrier, aiming at replacing SMS messages with a text-message system that is richer, provides phonebook polling (for service discovery), and can transmit in-call multimedia. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Rich Communication Services (RCS) ialah Perkhidmatan Komunikasi Aneka (RCS). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 09.02.2023 |
mohon penjelasan penggunaan kata KEMAS yang betul. 1. Soraya memegang tangan adiknya dengan KEMAS semasa mereka hendak melintas jalan. 2. Encik Omar menyemak hasil laporan itu dengan KEMAS sebelum menghantarnya kepada Tan Sri Hashim. | Perkataan "kemas" adalah bersinonim atau seerti dengan "rapi, terurus, teratur, tersusun, dll.". Perkataan "kemas " juga bersinonim dengan "kuat, teguh, erat, kukuh,bersih, segar, selesai, dll." | Tatabahasa | 19.05.2015 |