Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selesaikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong selesaikan kekeliruan ini:KK transitif dalam frasa 'membelikan Ahmad' dan 'membeli kasut' adalah tepat.pada fahaman saya kktr membelikan disertai objek yag bernyawa manakala kktr membeli untuk objek tidak bernyawa. Bagaimana pula antara 'memberi' dengan 'memberikan'.Kenapa memberikan Ahmad(objek bernyawa) dan memberi kasut(objek tidak bernyawa) salah pula? Tolong jelaskan kerana saya semakin pening kerana menentukan sama ada mahu menggunakan meN.... atau meN....kan.Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu. Kata kerja berawalan meN- boleh terdiri daripada kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Bagi perkataan memberi dan memberikan pula, perkataan 'memberi' digunakan untuk objek yang bernyawa, manakala perkataan 'memberikan' digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Hal ini sedemikian kerana aspek makna yang dibawa oleh kedua-dua perkataan tersebut. Memberi membawa maksud menyampaikan (sesuatu) kepada seseorang, manakala memberikan membawa maksud memberikan sesuatu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa07.04.2012
Bolehkah selesaikan kesalahan ayat di bawah ini disebabkan jawapan tidak dapat dicari. Terima kasih ~ 1Soalan telah dijawab.Tatabahasa29.07.2011
Salam. tolong selesaikan masalah ini. 1. Bintang yang ( berkerlipan / berkerdipan ) di angkasa itu indah dipandang. 2. ( Harap / Tolong ) beri laluan . Makanan ini panas. Ini adalah soalan percubaan UPSR. Saya tidak tahu untuk menerangkan kepada murid saya tentang jawapan yang betul. Terima kasih.1. Bagi DBP, Kedua-dua perkataan boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. Mohon rujuk KPM atau Lembaga Peperiksaan supaya mendapat jawapan yang betul.


2. Jawapan yang betul ialah harap. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu
Tatabahasa16.07.2013
Boleh tolong selesaikan kesalahan ayat di bawah ini ?Seperti Lampiran.Tatabahasa29.07.2011
Tuan, Tolong selesaikan kekusutan ini... 1."sudahkah __________ menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?" tanya Cikgu Tan kepada murid-murid 6 Arif. a. anda b. kamu c. kalian d. awak 2. Para penduduk sedang ___________ dahan-dahan pokok di sepanjang jalan kampung itu. a. memotong B. memangkas C. menebang D. membelah. Terima kasih .Yang paling tepat ialah b. kamu.Tatabahasa27.04.2010
Tuan, Tolong selesaikan kekusutan ini... 1."sudahkah __________ menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?" tanya Cikgu Tan kepada murid-murid 6 Arif. a. anda b. kamu c. kalian d. awak 2. Para penduduk sedang ___________ dahan-dahan pokok di sepanjang jalan kampung itu. a. memotong B. memengkas C. menebang D. membelah. Terima kasih .

1. Jawapan yang betul ialah b. kamu. Seorang guru boleh menggunakan kata ganti nama diri kamu apabila bercakap dengan pelajarnya, tetapi seorang pelajar tidak boleh membahasakan seorang guru dengan panggilan kamu kerana guru merupakan orang yang dihormati dan tinggi kedudukannya dalam masyarakat.

2. Jawapan yang tepat ialah memangkas. Walau bagaimanapun, saudara telah tersalah mengeja perkataan memangkas pada jawapan B. Ejaan yang betul ialah memangkas, bukan memengkas. 

Tatabahasa27.04.2010
Masalah itu akan beliau selesaikan atau masalah itu beliau akan selesaikan...?Beliau ialah kata ganti nama diri ketiga, ayat pasif yang betul ialah "masalah itu akan diseleseaikan oleh beliau".Tatabahasa19.04.2014
Assalamualaikum, Pihak Pemprosessan Saman dan Waran Tangkap Cawangan Trafik, PDRM ingin mendapatkan pandangan daripada pihak Tuan untuk kegunaan slogan di POL 257 Cadangan Slogan seperti berikut: "Gagal selesaikan, Waran Tangkap Dikeluarkan" Mohon nasihat untuk pembaiikkan dan digunapakai. Insp Nooraini Ali Cawangan Trafik PDRM, Bukit Aman.Bagi slogan "Gagal Selesaikan, Waran Tangkap Dikeluarkan". Apakah yang gagal diselesaikan? Saman atau denda atau selainnya. Pada pandangan kami slogan ini tidak dapat difahami dengan jelas. Pertanyaan yang hamper sama pernah kami terima dan pernah mencadangkan "Gagal Hadir di Mahkamah, Waran Tangkap Dikeluarkan".Tatabahasa03.11.2015
1. Tiba-tiba terpandang olehku ular sawa melulur kambing. Adakah ayat ini gramatis (ayat ini daripada kamus pelajar)? 2. Sesetengah guru di Pulau Pinang mengatakan bahawa "terdapat" tidak boleh digunakan di depan ayat. Namun saya mendapati perkataan "terdapat" pernah digunakan dalam petikan UPSR tahun yang lalu. Bolehkah "terdapat" digunakan di depan ayat dan sila berikan contoh. 3. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? (a) Kamu mesti menyelesaikan masalah ini. (b) Kami mesti selesaikan masalah ini. (c) Masalah ini mesti kamu selesaikan. (ayat pasif) (d) Masalah ini kamu mesti selesaikan. (e) Masalah ini kamu mesti menyelesaikan. (ayat songsang)

1. Ayat itu betul.

2. Terdapat boleh digunakan di permulaan ayat dan kebiasaannya digunakan dalam bentuk pasif.

3. Ayat yang betul ialah (a) Kamu mesti menyelesaikan masalah ini. (b) Kami mesti selesaikan masalah ini. (c) Masalah ini mesti kamu selesaikan. (d) Masalah ini kamu mesti selesaikan.

Tatabahasa29.06.2008
saya memerlukan jasa baik tn. untuk selesaikan kesulitan yang saya hadapi bagi menentukan bentuk kata dan golongan kata..harap pihak tn. dapat membantuDilampirkan bersama-sama bentuk kata dan golongan kata yang telah ditentukan. Terdapat beberapa pindaan yang dihitamkan yakni terdapat kesalahan ejaan dan telah dibetulkan.Tatabahasa12.02.2013
1234

Kembali ke atas