Berdasarkan laman http://prpm.dbp.gov.my/, yang berikut ialah keputusan semakan ejaan selsema/selesema: 1. selsema Tiada di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1991) - 2 hasil carian Istilah Malaysia - 1 hasil carian Istilah MABBIM - 1 hasil carian Bahasa Sukuan - 1 hasil carian Kamus Thai Melayu Dewan (2008) - 1 hasil carian Jumlah: 6 hasil carian 2. selesema Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 24 hasil carian Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008) - 8 hasil carian Kamus Pelajar (1987) - 5 hasil carian Kamus Inggeris Melayu Dewan (1991) - 48 hasil carian Istilah Malaysia - 10 hasil carian Kamus Sains - 1 hasil carian Kamus Thai Melayu Dewan (2008) - 1 hasil carian Jumlah: 97 hasil carian Dengan hasil carian seumpamanya (kedua-dua bentuk ejaan terdapat di dalam rujukan berkenaan), persoalan di sini, ejaan yang manakah sebenarnya yang diterima pakai oleh DBP? Kedua, adakah kedua-dua bentuk ejaan boleh diterima atau hanya perlu berpegang pada satu bentuk sahaja? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah selesema dan kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 24.01.2012 |
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih | Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Isi air ke dalam botol plastik. 2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4. Langkah-langkah penjimatan air 5. Menjalani kehidupan harian 6. Menghidap selesema 7. Apakah Jisim? 8. Pentafsiran impuls oleh otak kita | Tatabahasa | 07.11.2011 |