Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sehabis lewat (lambat), selambat-lambatnya: semua permintaan hen­daklah sampai ~ pd hari Sabtu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lewat
1. Dalam konteks usia
bersinonim dengan lanjut, lebih, larut,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan melampaui waktunya
( lambat, lat, sayup, kasip, )
(adverba:)
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : selewat-lewatnya, melewati, melewatkan, terlewat, kelewatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana struktur ayat yang betul: 1)...selewat-lewatnya hari Isnin atau 2)....selewat-lewatnya pada hari Isnin

Puan Robiaton,

Ayat yang betul ialah '... selewat-lewatnya pada hari Isnin atau ...

Tatabahasa06.05.2010
Selamat sejahtera. Saya mempunyai beberapa soalan yang ingin ditanya. Saya telah melampirkan fail dalam pertanyaan ini. Terima kasih atas bantuan dan kerjasama tuan/puan.

Pilihan jawapan yang betul ialah:

1. selewat-lewatnya pada
2. selewat-lewatnya pada hari
3. selewat-lewatnya pada hari
4. akan/boleh/dapat
5. dengan

Tatabahasa06.07.2021
Pihak Politeknik ibrahim Sultan ingin menerbitkan sebuah buku selewat lewatnya April 2013. Kami ingin bantuan khidmat pihak tuan untuk memberikan satu bengkel penulisan buku kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat. Mohon berikan khidmat nasihat dari pihak tuan. Sekian terima kasihSila kemukakan surat permohonan rasmi kepada:

Ketua,
Akademi DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.
Lain-lain25.10.2012
Maklumat yang telah dilengkapkan dan dikemaskini hendaklah die-melkan ke Bahagian ini selewat – lewatnya pada 27 Mac 2014, Khamis bagi tujuan penyelarasan menerusi e-mel kepada mirsha@kkr.gov.myMohon kemukakan soalan puan dengan jelas.Lain-lain19.03.2014
Sila pilih jawapan yang betul dari segi tatabahasa. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. Semoga soalan-soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). Terima kasih. 1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (bawah/di bawah) Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan. 2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan (bawah/di bawah) pasukan tentera Jepun ke-25. 3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan (bawah/di bawah) arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara. 4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton (bawah/di bawah) bimbingan jurulatihnya. 5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut (bawah/di bawah) pujukan kawannya. 6. (Salah satu/Salah satu daripada) faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. 7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang (pada/kepada) prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya.

Berikut merupakan ayat-ayat yang betul:



1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan.

2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan bawah pasukan tentera Jepun ke-25.

3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara.

4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton bawah bimbingan jurulatihnya.

5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut setelah dipujuk oleh kawannya.

6. Salah satu daripada faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.

7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang pada prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya

Tatabahasa22.09.2021
Sila pilih frasa/penanda wacana yang betul dari segi tatabahasa. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. Semoga soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). 1. Selain daripada itu 2. Selain dari itu 3. Lain daripada itu 4. Lain dari itu 5. Tambahan lagi

Penanda wacana yang betul ialah nombor 3 dan 5:Lain daripada itu” dan  “Tambahan lagi”.

Tatabahasa22.09.2021
Hope you can reply me regarding the query which I just sent you, as I need the reply urgently. Thank youKami akan memberikan jawapan selewat-lewatnya dalam tempoh tiga hari bekerja.Lain-lain16.07.2018
Sila pilih jawapan yang betul dari segi penggunaan istilah. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan sekiranya kedua-dua pilihan itu adalah betul. Semoga soalan-soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). Terima kasih. 1. Guru merupakan pekerjaan yang amat penting dalam (bidang/sektor) pendidikan. 2. Rasuah dapat dikaitkan dengan perlakuan memberikan sesuatu kepada orang yang berkuasa dengan harapan untuk mendapat (kepentingan/keistimewaan) sebagai balasan.

1. Bidang dan sektor. Kedua-duanya betul dan boleh digunakan.

2. Kepentingan dan keistimewaan. Kedua-duanya betul dan boleh digunakan.

Tatabahasa22.09.2021
Bilakah keputusan peraduan mengarang cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 akan diumumkan? Apakah media yang akan digunakan oleh anda untuk memberitahu para pemenang?Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Keputusan Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi Sekolah Menengah 2009 akan diumumkan selewat-lewatnya pada bulan Jun 2010. Surat akan dikirimkan kepada pemenang serta melalui laman sesawang DBP. Sekian, terima kasihLain-lain09.03.2010
Assalamualaikum, Saya masih lagi menunggu jawapan daripada pihak KNDBP berkenaan saolan saya. Diharapkan agar mendapat maklum balas dan kerjasama tuan secepat mungkin seperti yang dijanjikan. kndbp1@dbp.gov.my Actions To: Nor Idahyah Ismail Wednesday, 1 June, 2016 11:12:50 AM You replied on 9/6/2016 2:15:12 PM. Soalan tuan telah diterima dan sedang diproses.Jawapan akan diperoleh selewat-lewatnya dalam tempoh dua(2) hari bekerja. -------------------------------------------------------------------------------- Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. -------------------------------------------------------------------------------- Soalan : Salam. Bahagian kami akan menerbitkan ikon digital book bagi laman web Jabatan Penerangan Malaysia. Jadi, ingin minta nasihat untuk penulisan perkataan digital book yang betul. Adakah ditulis sebagai:- a)d-book b) D-Book c)D-book atau d)d-Book Mohon pencerahan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Tarikh dan Masa Pertanyaan : 01/06/2016 11:14:59 AM Sekian, terima kasih.Salam,

Buku digital adalah penerbitan buku elektronik (e-buku) yang menggunakan teknologi digital. Buku tersebut dicipta dan dibaca menggunakan peranti elektronik. Oleh sebab itu, singkatan yang sesuai digunakan ialah e-buku. DBP tidak menggunakan istilah buku digital kerana buku digital telah terangkum dalam e-buku.

Terima kasih.
Lain-lain09.06.2016
12

Kembali ke atas