Bolehkah istilah 'self-pickup' atau 'self-collection' dipadankan dengan 'swapungut'? Contoh penggunaan, there will not be postal fees if the customer goes for self-pickup/self-collection at our outlets diterjemahkan sebagai Caj pengeposan tidak akan dikenakan jika pembeli memilih untuk swapungut di cawangan kami. | Perkataan swapungut boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkataan yang lebih sesuai untuk "self-pickup" atau "self-collection" ialah ambil atau pungut sendiri. | Istilah | 15.10.2018 |
Saya ingin menyemak terjemahan perkataan self dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam bidang sosiologi, self-identity atau self-attachment. Saya menggunakan perkataan kendiri sekarang untuk tujuan penulisan akademik. Saya ingin mendapatkan nasihat dari pegawai DBP berkenaan hal ini. | Berdasarkan rujukan kami, "self-identity" dipadankan sebagai pengenalan diri dan "self-attachment" sebagai pertautan diri. Penggunaan perkataan "diri" atau "kendiri" yang merujuk kepada perkataan sumber "self" bergantung kepada konteks penggunaan. | Istilah | 14.11.2019 |
Assalam, Saya pensyarah uthm sedang membangunkan polisi memerlukan terjemahan tepat bagi perkataan berikut 1) self-reliant 2) self-improvement Terima kasih atas maklum balas Dr Alias | Waalaikumussalam... Terjemahan yang sesuai bagi: 1) self-reliant - berdikari 2) self-improvement - kemajuan diri | Makna | 12.06.2017 |
apakah padanan bagi takrifan kata self compassion (kompesi kendiri), self efficacy (efikasi kendiri), thought supression (pendam fikiran) yang bersesuaian jika diterjemahkan kepada ke bahasa melayu. terima kasih atas maklum balas | Untuk makluman puan, dalam data rujukan kami tiada padanan khusus bagi istilah self compassion dan thought supression dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam data kami,terdapat padanan bahasa Melayu bagi compassion, iaitu belas kasihan yang diigunakan dalam bidang sejarah. Manakala bagi padanan bahasa Melayu istilah supression ialah penekanan yang digunakan dalam istilah emotional supression, iaitu penekanan emosi yang digunakan dalam bidang pendidikan. Padanan bahasa Melayu bagi self efficacy ialah efikasi kendiri. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.03.2015 |
Salam sejahtera, Tuan, Saya sedang menulis tesis PHD di USM, justeru saya ingin mengetahui perkataan Melayu yang paling sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris yang berikut; 1. self-determination 2. self regulation 3.psychological empowerment 4.self realization Mohon jasa baik tuan untuk membantu saya. Sejuta penghargaan dan terima kasih saya dahului. Yang benar, Sohba Velloo Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang | Cadangan kami, frasa yang berikut diterjemahkan kepada: 1. self-determination - penentuan diri, penentuan nasib sendiri 2. self regulation - pengaturan diri, pengaturan sendiri 3. psychological empowerment - pengehakupayaan psikologi 4. self realization - realisasi kendiri Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2014 |
Self esteem: Apakah istilah terjemahan dalam Bahasa Malaysia ? | Terjemahan dalam bahasa Melayu ialah harga diri. | Istilah | 28.01.2008 |
dalam psikologi sukan,konsep kendiri salah satunya di pengaruhi oleh "self-vulnerability". Apakah istilah yg sesuai digunakan untuk "self-vulnerability"? | Tidak ada padanan self-vunerabilty dalam bahasa Melayu dalam sumber rujukan kami. Pada makna biasa vulnerable bermaksud mudah dipengaruhi dan dalam konteks yang saudara nyatakan self-vulnerabilty boleh membawa maksud mudah untuk dikalahkan. | Istilah | 08.05.2009 |
boelhkah saya menggantikan semua perkataan Inggeris 'self' kepada 'swa'. misalnya 'self monitoring glucose meter' kepada 'meter glukosa swapantau' | Untuk makluman awalan asing "swa" memang telah diterima dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, meter glukosa swapantau adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 14.03.2013 |
apakah perkataan lain untuk belajar sendiri (self study?) | Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi self -study ialah belajar sendiri yang digunakan dalam bidang pendidikan. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=self+study untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 13.06.2014 |
bolehkah 'self-heating meals' diterjemahkan sebagai makanan panas sendiri? | Tidak ada self-heating meals dalam pangkalan data kami. Cadangan kami self-heating meals diterjemahkan kepada makanan swapanas. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.02.2018 |