Assalamualaikum...salam sejahtera... Saya nak bertanya...perbezaan ejaan saidina dengan saiyidina...contoh...saidina ali. Soalan 2 Maksud mengawal selia... Maksud mengawasi.... Terima kasih. | Alaikumussalam. Ejaan yang tepat ialah "sayidina" Mengawal selia berasal daripada perkataan kawal selia yang bermaksud: tindakan atau usaha mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, tugas dsb supaya dpt berjalan lancar selaras dgn peraturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan. mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. pengawalseliaan perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. pengawal selia pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan. Mengawasi pula bermaksud: memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. memberikan perhatian serta mengawal (supaya teratur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelaksanaan sesuatu projek; ~ perjalanan mesyuarat; | Ejaan | 11.11.2014 |
KAWAL SELIA DALAM BAHASA INGGERIS | Saudara, Padanan bahasa Inggeris bagi perkataan tersebut ialah regulate. | Istilah | 09.10.2009 |
1)tadbir 2)kawal selia | 1)mentadbir 2)mengawal selia/pengawalseliaan | Istilah | 19.01.2011 |
Bolehkah perkataan/jawatan "Chief Regulatory Officer" diterjemahkan kepada "Ketua Pegawai Regulatori"? Pihak kami menggunakan padanan terjemahan "Kawal Selia" atau "Pengawalseliaan" selama ini untuk perkataan "Regulatory" atau "Regulation". | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan/jawatan "Chief Regulatory Officer" ialah Ketua Pegawai Kawal Selia | Makna | 03.03.2017 |
REGULATORY | KAWAL SELIA | Istilah | 26.10.2010 |
Salam, Saya ingin bertanya bagaimana untuk alih bahasa bagi nama bahagian kami ke bahasa inggeris dengan betul dan tepat. BAHAGIAN KAWAL SELIA RADIASI PERUBATAN. Terima kasih | DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan kepada bahasa Inggeris dan tidak boleh memberikan pengesahan untuk bahasa Inggeris. DBP hanya boleh membantu memberikan padanan istilah bahasa Inggeris untuk perkataan yang terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. bahagian - division/section kawal selia - regulatory radiasi - radiation perubatan - medical
| Penyemakan dan penterjemahan | 13.08.2016 |
Postal Regulatory Issue | Isu kawal selia pos | Lain-lain | 06.02.2007 |
Assamualaikum dalam sala sejahtera. Untuk makluman pihak tuan, pemohonan saya menyertai Dana Penerbitan Buku Sendiri 2014 telah diluluskan sebelum ini dan telah menerima pembayaran awal sebelumnya. Saya telah menghantar manuskrip penuh bertajuk Puteri Intan Di Awan Biru namun sehingga kini belum menerima apa-apa respon dan maklumbalas untuk tindakan saya seterusnya. Terima kasih | Alaikumussalam. tuan boleh menghubungi Bahagian Penyelarasan Penerbitan dan Kawal Selia Penswastaan melalui talian 03-21479492 atau 03-21479493 untuk mendapatkan maklum balas. Terima kasih. | Lain-lain | 05.01.2015 |
Selamat sejahtera, saya tidak pasti adakah ini saluan yang betul untuk bertanya soalan ini tetapi saya harap saudara atau saudari dapat membantu saya. Saya ingin mengetahu judul-judul buku terjemahan yang pernah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dari dahulu hingga sekarang, dari mana saya boleh mendapatkan senarai ini? Di harap saudara atau saudari dapa memberikan panduan. Terima kasih. Annie. | Salam Sejahtera. Bagi mendapatkan maklumat yang berkenaan Saudara boleh menghubungi pegawai di Bahagian Penyelerasan Penerbitan dan Kawal Selia Penswastaan, Encik Abdul Razak bin Mohammad arazak_m@dbp.gov.my 03-21479496 atau Encik Razid bin Sahran razid@dbp.gov.my 03-21479493. | Lain-lain | 09.08.2014 |
Assalammualaikum, saya ingin mengutarakan soalan mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, seperti yang saya maklum dibawah jabatan ini terbahagai kepada lima bahagian dan masing-masing mempunyai cara dan fungsi yang tersendiri. Soalan saya ialah seperti berikut: 1. Apakah peranan bagi setiap bahagian? 2. Pada tahun 2013 berapa program dan aktiviti yang telah diusahakan dan dijalankan oleh jabatan ini? | Jawapan soalan pertama iaitu, peranan setiap bahgian dalam Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP Kuala Lumpur termasuklah seperti yang berikut: · Mengembangkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, merangkumi pembinaan dokumentasi, pembangunan dan penggalakkan karyawan dan pemasyarakatan dan pengiktirafan dalam dan luar Negara. · Memperteguh sikap dan membentuk kefahaman masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu serta mempromosi bahasa dan sastera kebangsaan. · Memberikan pengiktirafan dan/atau penghargaan kepada individu dan institusi yang memberi sumbangan besar dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan, dan kepada karya-karya bermutu. · Mengawal selia dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan. · Mengenal pasti dan membina bakat penulis, penghayatan dan seni persembahan dan tenaga pakar (munsyi bahasa/sastera). · Mengembangkan bahasa kebangsaan pelbagai kaum, termasuk pengantarabangsaan bahasa dan sastera. · Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri). Untuk jawapan soalan kedua, DBP Kuala Lumpur tidak memberikan data jumlah keseluruhan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera kepada pihak yang tidak berkepentingan. Sekiranya puan mempunyai keperluan untuk mendapatkan data tersebut, mohon puan menghantar permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah DBP dengan menyatakan justifikasi maklumat tersebut diperlukan. Surat permohonan rasmi boleh terus dihantar kepada YBhg. Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah DBP Kuala Lumpur, Aras 30, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 24.03.2014 |