Adakah penggunaan kata sendi "di" bagi ayat berikut betul? 1. pegawai yang boleh dihubungi berkaitan perkara di atas adalah.... 2. ...memanjangkan perkara tersebut kepada semua kakitangan di bawah seliaan tuan | Salam sejahtera, Penggunaan kata "di" bagi contoh ayat satu dan dua adalah tepat. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 04.03.2020 |
Saya ingin tahu "di bawah" boleh digunakan dalam tajuk seperti berikut: Kualiti Guru Pelatih yang Dibimbing di Bawah Penyelia Terima kasih. | Kami mencadangkan ayat tersebut diubah menjadi "Kualiti Guru Pelatih yang Dibimbing di Bawah Seliaan...", frasa di bawah boleh digunakan dalam konteks tempat yang abstrak. | Tatabahasa | 13.11.2014 |
Saya mohon penjelasa untuk maksud perkataan di bawah dalam Bahasa Melayu 1.Chief Regulatory Officer 2.Supervision Apakah maksud perkataan yang paling sesuai untuk Regulatory. Terima Kasih | Padanan yang dicadangkan untuk Chief Regulatory Officer ialah Ketua Pegawai Pengawal Seliaan. Maksud "supervision" ialah penyeliaan/pengawasan | Makna | 23.02.2017 |
(1) Sabah Negeri di Bawah Bayu atau Sabah Negeri Bawah Bayu? (2) Di bawah penyeliaan saya atau bawah penyeliaan saya? Terima kasih. | 1. Berdasarkan carian kami di laman web kerjaan negeri Sabah, penggunaan yang betul ialah Sabah Negeri di Bawah Bayu, lihat http://sabah.gov.my/about.asp. 2. Frasa yang betul ialah ialah "bawah seliaan saya" kerana tidak ruang yang jelas yang boleh dilihat secara fizikal. | Lain-lain | 02.01.2013 |