Adakah frasa berkubang dalam selimut betul . ----------------------------- | Frasa "berkubang dalam selimut" - betul dan boleh diterima dalam bahasa percakapan tetapi tidak dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 06.04.2009 |
Perbezaan antara seperti gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan musuh dalam selimut | Gunting dalam lipatan bermaksud membinasakan sahabat (bangsa,dll) sendiri; Api dalam sekam bermaksud perbuatan jahat yang tersembunyi; musuh dalam selimut bermaksud nusuh yang sangat dekat. | Makna | 09.05.2008 |
Peribahasa melayu membawa banyak makna tersirat sebagai medium komunikasi. Adakah peribahasa seperti "seperti kacang lupakan kulit". "gunting dalam selimut", marahkan nyamuk kelambu dibakar" boleh dikatakan membawa suatu konotasi negatif kepada masyarakat melayu? kerana peribahasa terhasil daripada ketajaman pemerhatian orang dahulu kala. | Peribahasa Melayu ialah salah satu medium komunikasi yang tercipta hasil daripada tuturan mulut ke mulut dan kemudian diwarisi kepada satu generasi kepada satu generasi sebagai satu etos bangsa. Etos ialah sistem nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Sifat sesebuah masyarakat diandaikan terbit daripada sistem nilai yang menjadi panduan kepada kehidupan mereka sebagai sebuah masyarakat yang terbentuk atas persetujuan para anggotanya untuk patuh kepada sesuatu pegangan hidup secara bersama. Pegangan hidup itu ialah nilai hidup yang menjadi ukuran kepada apa-apa yang baik dan tidak baik. Oleh itu, ketiga-tiga peribahasa di atas tidak membawa konotasi negatif, tetapi sebaliknya sebagai satu ingatan atau pesanan kepada pendengarnya agar tidak bersifat sedemikian. Secara tidak langsung, peribahasa-peribahasa tersebut ingin mengingatkan kita bahawa bangsa Melayu sangat berpegang kepada nilai-nilai atau etos yang baik demi kerukunan hidup bersama. | Sastera | 19.08.2024 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan-perkataan berikut: 1. Warm light 2. Warm glow 3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) 4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) 5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) 6. Governing law 7. Eventual tax debt Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikut ialah: 1. Warm light - Cahaya Hangat/Panas 2. Warm glow - Sinaran Hangat/Panas 3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) - Cahaya Dingin 4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) - Rasa Hangat 5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) - Sederhana Hangat 6. Governing law - Undang-Undang Pemerintah 7. Eventual tax debt - Hutang Cukai Akhir Terima kasih. | Makna | 04.09.2020 |
Apakah istilah sesuai untuk 'throw pillow' dan 'throw blanket' dalam bahasa Melayu? | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1) throw pillow: bantal serak 2) throw blanket: selimut serak Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 18.04.2022 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat. | 1. Ayat pertama betul. 2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh ke dalam mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat. | Tatabahasa | 13.08.2013 |