Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menyelinap 1. bergerak dgn pantas (utk menyembunyikan diri), menyorok, menyusup: tiga orang gerila berjalan kaki menuju persawahan dan akhirnya ~ ke hutan tebal; mereka melompat keluar dan ~ ke dlm lubang perlindungan; 2. bergerak dgn laju dan tidak kedengaran (spt ular dll), melantas, meluncur: kereta-kereta besar dan kecil ~ masuk ke pekarangan lapangan terbang itu; 3. meresap (menyerap) masuk: hawa malam yg sejuk ~ ke segala tulang sumsum; 4. timbul atau mendatang (fikiran, ingatan, dll): dan sekarang ketakutan yg lain pula ~ di dlm kalbunya; 5. menghilangkan diri dgn segera, menyembunyikan diri: be-rangkatlah Raja Maulana ke muara dgn sembunyi-sembunyi ~-nyelinap dlm gelap-gelita; menyelinapkan 1. memasukkan pantas-pantas, meresapkan; 2. menghilangkan (me-nyembunyikan, menyorokkan, dll) diri dgn pantas: Kohlar ~ dirinya hilang di belakang diplomat negara berkecuali ter­sebut; penyelinapan proses atau perbuatan me­nye­linap(kan); penyelinap orang yg menyelinap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menyelinap 1 menghindarkan diri dgn pantas; menyembunyikan diri; bergerak dgn laju tetapi tidak kedengaran: Kereta yg besar-besar ~ masuk ke pekarangan rumahnya. 2 ma­suk meresap; masuk terus: Segala ajaran gurunya ~ ke dlm hati sanubarinya. menyelinapkan memasukkan (mere­sapkan, menyembunyikan dsb) sesuatu dgn pantas atau dgn sembunyi-sembunyi: Mereka ~ barang yg dicopet itu dgn pantas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selinap
Kata Terbitan : menyelinap, menyelinapkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa terjemahan "stealth plane"?Cadangan padanan bagi istilah stealth plane dalam bahasa Melayu ialah pesawat selinap. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah14.08.2024

Kembali ke atas