Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lin.dung] | سليندوڠ

Definisi : ; berselindung 1. bersembunyi, me-nyorok: ia terus lari ~ di balik pohon kelapa; 2. ki tidak terang-terang (perbuatan dll): Jamilah tidak ~ lagi bahkan terus mengaku akan perbuatannya; berselindungkan sl menyembunyikan, me­nyo­­rokkan: segala monyet di dlm hutan itu pun berlarilah mencari tempat ~ dirinya; terselindung tertutup (dr pemandangan), tersorok, tersembunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lin.dung] | سليندوڠ

Definisi : ; berselindung bersembunyi (supaya tidak kelihatan dll): Ketika dikejar, dia telah lari ~ di dlm semak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selindung
Kata Terbitan : berselindung, terselindung,

Puisi
 

Saya tidak memandang bulan,
     Mari selindung sebalik tabir;
Saya tidak memandang tuan,
     Hati beramuk bagai nak hancur.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Adakah "salinan selindung" boleh disingkatkan kepada "SS" atau "SKS" (dijumpai di website Microsoft)? Jika sekiranya tidak, sila nyatakan sekiranya "Bcc" boleh digunakan atau jika pihak DBP mempunyai sebarang cadangan yang lain. Terima kasih.Salinan selindung ialah terjemahan blind carbon copy dan dalam bentuk singkatan ditulis bcc. Sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=carbon+copy untuk maklumat lanjut.Tatabahasa20.05.2015

Kembali ke atas