Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lip] | سليڤ

Definisi : ; menyelipkan memasukkan di celah-celah benda yg lain, menyelitkan, menyisip­kan; terselip 1. termasuk di antara benda-benda lain, terselit, tersisip: ~ sebatang pensel di telinganya; 2. tersembunyi (di dalamnya), terkandung (di dalamnya): di dlm surat itu ada ~ sebuah kalimat yg menyirapkan darahnya; selipan sesuatu yg diselipkan; ® selit I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lip] | سليڤ

Definisi : 1. tergelincir, terpeleset; 2. Id, bp berselisih jalan; terselip = ~ keluar terlepas keluar dgn cepat, melecit keluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lip] | سليڤ

Definisi : ; menyelipkan memasukkan se­suatu di celah-celah benda lain; me­nye­litkan. terselip termasuk di antara benda-benda lain; terselit; tersisip: Surat itu ~ di antara halaman-halaman buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selip
Kata Terbitan : menyelipkan, terselip, selipan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAJAK HARI GURU Adakah sajak ini mengikut peraturan seterusnya dipandukan jasa seorang guru kepada murid-murid? Saya bersesuaian dengan balasan munsyi jikalau yang diterima memberi jawapan yang memuaskan. TERIMA KASIH CIKGU (diabadikan kpd semua warga guru) Jasamu setinggi gunung, Baktimu terus disanjung, Khidmatmu semua junjung, Ilmumu agung tak berpenghujung. Sumbanganmu banjaran, Nafasmu ajaran, Lafazmu mantera jaran, Ilmumu tiada ganjaran. Pengorbanan insan guru, Di sinilah ilmu diburu, Guru lama ilmu baru, Tanpamu negara celaru. Tanpamu di manaku? Tiadamu bangsa beku, Tanpamu negara kaku, Kau pereka tingkah laku. Kau melahirkan ilmuwan gagah, Kau menjana ilmiawan penggah, Kau mencanai cendekiawan pegah, Keranamu bangsa megah. Hadirmu bangsa merlip, Bimbingan guru murid kerlip, Tanpamu segalanya selip, Sentuhanmu cukup ghalib. Guruku menabur jasa, Pembentuk anak bangsa, Ilmumu bangsa sasa, Keranamu nusa perkasa. Ilmumu cukup cermat, Segalanya sempurna nikmat, Guru pusaka warisan hikmat, Selamat bertugas selamat berkhidmat.Pihak kami mencadangkan pihak tuan untuk menghantar sajak ini ke majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan yang seumpamanya.  Sajak tuan akan dinilai seterusnya jika memenuhi kriteria yang ditentukan akan diterbitkan dalam salah satu majalah tersebut.Sastera09.07.2018

Kembali ke atas