Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~-belit berselok-belok; berselit; ~ sepit ki berbelit-belit, berbelok-belok; pandai ~ sepit pandai melepaskan diri drpd kesulitan; menyelit masuk di celah-celah (orang banyak dll), menyisip: dia ~ di celah-celah penonton yg ramai itu; menyelit-nyelit, selit-menyelit mence­lah-celah (di antara orang banyak dll), mencelah berliku-liku: ia menuju ke tempat orang ramai itu ~ masuk mencari tempat; maka alahlah Raja Kecil itu, lari dr Lingga selit-menyelit; menyelitkan memasukkan sesuatu di celah, menyelakan, menyisipkan: ia ~ kerisnya ke pinggang lalu berjalan; terselit terletak di celah (benda lain dll), terselip, tersisip: sebatang cerut ~ di bibir-nya; selitan sesuatu yg terselit di celah; penyelitan perihal (perbuatan) menyelitkan: ~ kata-kata dan ungkapan-ungkapan daerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
selit
Kata Terbitan : selit-belit, menyelit, menyelit-nyelit, terselit, selitan, penyelitan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Dia senyum sahaja apabila disapa. 2. Juruacara itu selit ke dalam penonton di bawah pentas. 3. Selitkan surat ini di bawah pintu. 4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja. 5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya. 6. Mereka sepakat dengan saya. 7. Pertandingan semalam berakhir dengan / diakhiri dengan keputusan seri. 8. Simpul tali itu telah longgar. 9. Tembakan itu sipi. 10. Kami sukacita dapat melancong ke luar negara secara percuma. Terima kasih.Berikut ayat-ayat yang telah dipinda.

1. Dia tersenyum  apabila disapa.
2. Juruacara itu menyelit bersama-sama penonton di bawah pentas.
 3. Selitkan surat ini di bawah pintu.
4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja.
5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya.
6. Mereka sepakat dengan saya.
 7. Pertandingan semalam berakhir dengan keputusan seri.
8. Simpulan tali itu telah longgar.
9. Tembakan itu sipi.
10. Kami gembira kerana dapat melancong ke luar negara secara percuma.
Tatabahasa13.03.2013

Kembali ke atas